Tips: Motivasi diri bak pejuang Palestina

0 comments
Bismilahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt.

Sejarah Palestin telah ditoreh dengan perjuangan air mata, darah dan nyawa. Ia adalah sebuah epik perjuangan yang benar-benar berlaku dan bukannya khalayan atau dogengan sebuah filem peperangan atau pertempuran.

Perjuangan Palestin ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh pemimpin, pejuang dan perajurit yang sangat hebat , berwibawa dan luar biasa keperibadian dan semangat juang mereka. Sama ada mereka dikenali atau tidak – betapa sesungguhnya sejarah perjuangan Palestin yang panjang ini digencarkan oleh pejuang-pejuang yang hidup dan mati mereka adalah untuk perjuangan yang suci ini.

Mereka, anda, saya, kita semua. Bukan bangsa atau umur menjadi ukuran layaknya sebuah perjuangan demi al-Haq. Tetapi apa yang membezakan tahap juang kita dan mereka di Palestin? 

Di sini dihimpunkan kata-kata mutiara yang sangat berbisa dan mempunyai aura yang luar biasa yang lahir daripada jiwa-jiwa yang berjuang dengan keimanan, keikhlasan dan keyakinan hanya kepada Allah SWT.


1. “Sekiranya saya mati, akan bangkit 1000 lagi orang seperti saya.”

Ucapan terakhir Syeikh Ahmad Yassin, pengasas dan pemimpin HAMAS sebelum dibunuh. Kata-kata beliau ini mengambarkan sebuah keyakinan dan harapan kepada generasi muda yang dipimpin beliau dalam HAMAS.

Nadi pengerakan dan pengkaderan HAMAS ialah tarbiyah imaniyah. Mereka benar-benar menggerakan tarbiyah ini sehingga lahirnya pejuang-pejuang yang tidak dikenali di mata masyarakat tetapi kemahuan mereka kuat, tinggi hubungan dengan Allah SWT dan sangat-sangat tekun dalam memelihara amal soleh.

2. “Kematian tetaplah kematian, meskipun kerana dibunuh atau kanser. Sama sahaja. Tidak ada bezanya, mati disebabkan oleh sebuah ‘apache’ atau serangan jantung. Tetapi saya lebih memilih terbunuh oleh ‘apache’.”

UngkapanAs-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi pemimpin HAMAS yang menggantikan Syeikh Ahmad Yassin. Luar biasa kecintaannya kepada jihad dan mati syahid sehingga beliau tidak takut kepada sesiapa pun kecuali Allah SWT. Perjuangan yang digalasnya bersama rakan-rakan HAMAS akhirnya membawa kepada kejayaanNya menemui Allah SWT melalui pintu syahid. 

Sejarah Dr Abdul Aziz Rantisi akan menggugah jiwa anda untuk mencontohi beliau. Dari semua segi, kepintarannya, kelembutannya, kewarakan dan kesungguhannya dalam berjuang!

3. “Kami bukan bermain dengan keganasan ataupun kekejaman. Kami sedang bekerja!”

Mahmoud Zahhar, salah seorang pemimpin dalam barisan kepimpinan kolektif HAMAS. Menyingkap kehidupannya membuatkan kita terpegun, kagum dan rasa begitu takjub. Beliau dikatakan antara pemimpin  barisan hadapan HAMAS selepas pemergian Dr Abdul Aziz Rantisi. 

HAMAS terpaksa merahsiakan identiti pengganti Rantisi agar ketua tertinggi HAMAS tidak diketahui umum sebagai langkah keselamatan. Namun, daripada sumber-sumber rakyat Palestin – Mahmoud Zahhar, adalah salah seorang kepimpinan HAMAS yang menjadi mastermind untuk HAMAS era baru ini.

Beliau terus-menerus bekerja, bekerja dan bekerja. Tegas, penuh disiplin dan memberikan komitmen 100% kepada perjuangan Palestin. Kerana itu, ruhnya benar-benar membakar jiwa para pejuang.

4. “ Sehari di dalam penjara seperti sejam di luar penjara.”

Ungkapan penuh bertenaga daripada Syeikh Salah Syahadah. Beliau adalah pengasas Briged Izzudin Qassam, salah satu sayap penting dalam HAMAS. Beliau terkenal dengan seorang yang teguh berpegang kepada prinsip perjuangan, berani dan gagah. Mahir dalam seni mempertahankan diri terutama Judo dan memiliki tubuh badan yang sasa dan gagah.

Beliau ditahan di dalam penjara rejim selamat 14 tahun. Namun, baginya itu tidak melunturkan langsung semangatnya, bahkan di dalam penjara beliau telah melatih para tahanan dengan senaman yang lasak, pelbagai seni pertahanan diri, berkhutbah, membaca dan menghafal Al-Quran.

Beliau juga syahid akibat serangan rejim Zionis dengan taktik paling kotor iaitu membedil bangunan 
rumahnya sehingga hancur!

5. “Silakan kau pilih wahai isteriku yang tercinta, melepaskan aku sebagai suamimu atau hidup bersama-sama dengan jihad di dalamnya.”

Tutur bicara lembut Yahya Ayyas kepada isterinya yang tercinta, Ummu Barra tentang perjuangan dan pemilihan hidupnya. Siapakah beliau? 

Beliau adalah pahlawan, ikon dan wira bagi anak muda Palestin. Beliau muncul sebagai pemimpin sayap komanda HAMAS dan pakar bom yang dapat menghasilkan impak yang kuat daripada bahan-bahan kimia yang mudah diperoleh dan ubat-ubatan sahaja. Lantaran, kemahiran dan kepakaran inilah beliau ditakuti dan digeruni oleh pihak Zionis Israel. Beliau syahid akibat dibunuh oleh rejim Zionis dengan bantuan ejen mereka daripada kalangan orang Palestin sendiri.

Mereka membuktikan harga sebuah perjuangan
Inilah mereka. Inilah kisah perjuangan mereka.
Semoga jiwa kita terbangkit dengannya!
Perjuangan sebenar menuntut air mata, tenaga, darah, hatta nyawa!

Sumber: langitilahi.com


Post a Comment