Bebaskan Diri, Bebaskan Palestin!

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Dalam sama-sama kita mengingati,mengambil tahu dan prihatin akan saudara-saudara seaqidah kita di Palestin sempena An Nakbah maka haruslah kita juga mengkaji di mana kekuatan dan kelemahan kita sebagai umat Islam sekarang.

Pernah tak anda terbaca satu artikel mengenai thesis ''Why are Jews are so smart'' yang telah ditulis oleh Dr. Steven Carr Leon yang telah mengambil masa selama 8 tahun.

Dr. Steven Carr Leon, berasal dari California yang membuat 'internship' di beberapa buah hospital di Israel.Antara penemuan beliau dalam 8 tahun ini:-

1)Persiapan awal bagi ibu yang mengandung dengan bermain piano,menyanyi dan menyelesaikan soalan matematik untuk kebaikan anak dalam kandungan.

2)Ibu mengandung mempraktikkan buah kurma,badam dan susu dalam diet seharian.

3)Campuran daging dan ikan tidak baik dimakan bersama mengikut masyarakat Israel.

4)Amat membenci akan rokok terutama di kawasan perumahan.

5)Makanan awal anak-anak yahudi ialah susu,kurma,badam,minyak ikan.

6)Pendidikan awal kanak-kanak dengan piano dan biola.

7)Kanak-kanak seawal tahap 1 hingga 6 didedahkan dengan ilmu matematik dalam perniagaan.

8)Olahraga menjadi kewajipan di setiap peringkat persekolahan.

9)Mengharuskan pelajar sekolah tinggi untuk mencipta sesuatu produk.


Celikkan mata hati kita! [Kredit]
Seperti yang kita tahu, bakat muzik, matematik dapat menggerakkan fungsi otak kanan dengan lebih optimum, olahraga yang mencerdaskan minda dan mencergaskan tubuh badan, mendorong sifat rekacipta untuk menghasilkan pelbagai sudut daya kreativiti dan mereka juga mengambil beberapa sunah dan amalan Rasulullah dalam kehidupan seharian. Kita sendiri tak dapat nafikan,Israel mendahului dalam aspek ekonomi, sains, media, pendidikan dan banyak lagi.

Will you just pretend we don't exist? [Kredit]
Masih tak cukupkah kita melihat gambar anak anak Palestin yang berlumuran darah menyirami bumi? Siapa kita bagi saudara kita di Palestin? Adakah kita sedar apa yang perlu kita lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin? Sudah cukup kah amalan, usaha, daya atau ilmu kita untuk membantu mereka.Adakah kita sudah bersedia untuk menjawab apabila Allah bertanya pada hari akhirat nanti apa yang kita sudah lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin?

Kita ada Allah. Kita ada Al Quran dan Sunnah.Kita sudah ada petunjuk yang memang pasti dari Yang Maha Mengetahui. Jom kita tanya diri kita setakat mana kita mengejar redha Allah dalam hidup kita sebagai usaha untuk membebaskan tanah Palestin. Ada yang berkempen,ada yang ambil tahu setiap update, ada yang memboikot,ada yang mengamalkan qunut nazilah dan ada yang berdoa.

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”

[Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim]

Mungkin ada yang melakukan sebahagian dan ada yang semuanya.Mungkin cara kita berbeza,tapi hakikat matlamat kita sama.Bebaskan diri dari mimpi-mimpi indah dunia yang direka oleh Israel untuk menjatuhkan umat Islam.Bebaskan Palestin!

Ayuh bersatu membebaskan Palestin!
Dengan keazaman kita bermula. InsyaAllah.

Wallahu'alam.


Post a Comment