Pertandingan Bulan Kemanusiaan AZAM

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk bernafas dan menikmati rahmatNya sehingga ke hari ini. Alhamdulillah thumma alhamdulillah..


InsyaAllah, tema bulan Mei ini ialah 'BULAN KEMANUSIAAN'. Seperti yang umum ketahui, banyak isu kemanusiaan yang diketengahkan oleh media massa pada ketika ini. Isu kemanusiaan bukanlah suatu isu yang tertakluk tentang kekejaman sesuatu golongan kepada golongan yang lain ataupun kekejaman seorang diktator pada rakyatnya. Isu kemanusiaan ini sebenarnya merupakan isu yang sangat luas. Malah sekecil-kecil isu akhlak remaja zaman sekarang yang kurang baik juga boleh dikira sebagai isu kemanusiaan apabila adanya pihak yang terkorban. Atas sebab ini, AZAM Russia ingin mengajurkan beberapa pertandingan bagi membangkitkan rasa kasih dan sayang kepada mereka di sekeliling kita.

1) Pertandingan Doodle Dialogue


  • Terbuka kepada semua pelajar Malaysian di Rusia (termasuk non-muslim).
  • Ahli AZAM Russia dibenarkan bertanding kecuali PARA JURI yang dilantik.
  • Tema dialogue adalah kemanusiaan.
  • Penulisan dialog hanya boleh menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris.
  • Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu penyertaan sahaja.
  • Hasil dialog hendaklah hasil nukilan sendiri, tanpa diciplak dari mana-mana sumber.
  • Tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman dan sebagainya.
  • Karya akan dinilai berdasarkan penyampaian mesej dan kreativiti.
  • Setiap karya yang dihantar kepada pihak kami tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik AZAM Rusia. Pihak AZAM Rusia mempunyai hak untuk menggunakan hasil karya peserta.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

2) Pertandingan Khat
  • Terbuka kepada semua pelajar Malaysian di Rusia (termasuk non-muslim).
  • Ahli AZAM Russia dibenarkan bertanding kecuali PARA JURI yang dilantik.
  • Potongan ayat khat yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:-

 اَنقِذُواْ غَزَّة
(Save Gaza)



غَزَّة، لَستِ وَحِيدَةً
(Gaza, You are not alone)


اِنْسَانِيِّة وَ سَلَامٌ
(Humanity and Peace)

غَزَّة فِي قُلُوبِنَا
(Gaza, in Our Hearts)
  • Peserta dikehendaki untuk memilih salah satu daripada empat ayat di atas.
  • Maksimum hasil khat yang dihantar kepada pihak kami adalah sebanyak 2 penyertaan bagi setiap peserta.
  • Menggunakan salah satu jenis khat iaitu nasakh, thuluth, diwani, kufi, dan riq'ah.
  • Peserta yang menulis selain dari jenis khat di atas terkeluar dari pertandingan dan tidak diadili.
  • Hasil khat mestilah ORIGINAL tanpa menciplak hasil karya orang lain yang sedia ada. Sekiranya didapati ada di antara anda yang menghantar karya yang tidak original, penyertaan anda akan dibatalkan sama sekali.
  • Peserta hanya dibenarkan menggunakan dakwat hitam sahaja untuk tulisan. Warna tambahan tidak dibenarkan kecuali awan larat yang sederhana yang tidak menenggelamkan tulisan khat.
  • Setiap karya yang dihantar kepada pihak kami tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik AZAM Rusia. Pihak AZAM Rusia mempunyai hak untuk menggunakan hasil karya peserta.
  • Penghakiman berdasarkan kaedah khat yang muktabar, susunan huruf, kreativiti, kebersihan dan keseimbangan huruf.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
Tarikh tutup: 28 Mei 2013 (Selasa)

Peserta perlu menyertakan nama penuhemailtahun pengajian serta tempat pengajian. Semua penyertaan boleh dihantar kepada wakil lokaliti masing-masing: -

Moscow - Adam Aizat Hamnusi, Norsyafika Abizaid
Nizhniy Novgorod - Muhammad Faaez bin Hamid, Fatin Syahirah Nahrowi
Volgograd - Wazien Ahmad, Nor Suriya Murni Abdul Razak
St. Petersburg - Azlina binti Hashim
Kursk - Siti Suhana bt Haji Mohamad Rosli, Akram Hafiz Sazzaly

Hadiah-hadiah yang menanti para pemenang:-
  1. Tempat Pertama: Majalah JOM! dan hamper
  2. Tempat Kedua: Hamper
  3. Tempat Ketiga: Hamper

Ayuh! Apa tunggu lagi?? :) Mari turut serta! 


2 comments:

  1. kenapa karya peserta tak akan di pulangkan?

    ReplyDelete
  2. Utk saudara fathi..tidak akan dipulangkan tu kerna itu dikira sebagai bukti penyertaan..senang nanti utk dijadikan rujukan di masa hadapan...wallahualam

    ReplyDelete