Bismillahhirahmanirrahim
Bermula dari 22 April hingga 5 Mei 2013 yang lalu, Persatuan
Perubatan Islam Malaysia- Volgograd Student Chapter (IMAM-VSC) telah menganjurkan
“Fortnight of IMAM”. Selama 2 minggu berlangsungnya FOI ini, pelbagai pertandingan
telah diadakan secara online melalui medium Facebook.
Biro Media telah menganjurkan 4
aktiviti iaitu pertandingan mencipta poster, pertandingan menulis cerpen,
pertandingan melengkapkan jigsaw puzzle dan photo contest. Kesemua aktiviti tersebut
bertemakan dunia perubatan. Aktiviti-aktiviti di bawah biro ini bermula pada 21
April.
Sementara itu, Biro Ekonomi juga turut
mengadakan pertandingan yang tidak kurang menariknya seperti kuiz teka pendapatan
negara, kuiz teka harga. Bersesuaian dengan fungsi biro, pihak biro ekonomi telah
menyelitkan tips-tips hemat berbelanja ketika berlangsungnya kuiz-kuiz tersebut.
Biro Ekonomi mula mengadakan kuiz-kuiz tersebut pada 23 April 2013. Sebanyak 3
soalan disediakan bagi setiap kuiz. Pusingan akhir bagi setiap kuiz telah diadakan
pada Majlis Penutup FOI 2013.
Biro Akademik juga telah mengadakan
kuiz-kuiz yang menguji pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar perubatan di
sini. Antara kuiz yang telah dianjurkan ialah King of Diagnosis, Physical
Examination, Kuiz Kenali Tokoh, dan Kuiz Teka Silangkata.Pertandingan King of
Diagnosis dan Physical Examination telah diadakan ketika Majlis Penutup FOI
2013 yang berlangsung pada 4 Mei 2013.
Majlis tersebut telah diadakan di
Hostel Hiroshima seawal jam 930 pagi . Bagi memeriahkan majlis penutup tersebut,
pusingan akhir kuiz teka harga dan kuiz teka punca pendapatan negara telah diadakan.
Majlis berakhir dengan upacara penyampaian hadiah untuk aktiviti yang telah
dijalankan. Para pemenang memperoleh pelbagai habuan
hadiah berupa hamper dan juga wang tunai yang hampir bernilai 21000 rubles.
Dengan berlangsungnya F.O.I ini
pelbagai hadaf telah tercapai dalam menghasilkan doktor muslim yang bukan
sahaja perlu menguasai dengan baik ilmu perubatan malah cakna dengan pelbagai
isu semasa yang lain. Marilah sama-sama menambahkan tsaqafah dalam semua aspek
dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya.
"Apabila kamu tidak tahan LELAHnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya keBODOHan" -Imam As-Syafie.
wallahu'alam..
Post a Comment