Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Nizhny Novgorod
2 Mei : Satu program Hari
Keluarga peringkat Nizhny Novgorod telah dianjurkan, seramai 118 lelaki dan perempuan telah mengambil
bahagian. Acara dimulakan seawall 10
pagi dan dimulakan dengan upacara pembukaan dan senamrobik yang diketuaioleh saudara
Adib Yahya. Kemudian pihak ikhwah dan akhwat berpecah ke destinasi masing-masing.
2 hari sebelum berprogram peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap
kumpulan telah dibekalkan dengan 2 ekor ayam dan 3 ekor ikan. Penganjur turut menyediakan
bahan-bahan untuk ber’bbq’. Pelbagai aktiviti telah disediakan buat peserta.
Bagi ikhwah sebanyak 4 aktiviti telah diadakan
iaitu boling ragbi dan biskut ukhwah, diamana peserta perlu menjatuhkan botol-botol
air menggunakan bola ragbi dan selepas selesai perlulah membawa 10 batang biskut
panjang yang perlu dibawa oleh 2 orang bagi setiap biskut. Futsal berkain pelikat.
Pecahkan belon di kaki lawan dan akhir sekali kuiz yang merangkumi pelbagai kategori
daripada tema kemanusiaan sehinggalah sukan. Aktviti bagi pihak akhwat ialah fear
X-factor. Terdapat juga aktiviti di mana mereka perlu makan magi menggunakan lidi,
garfu ataupun chopstick dan pemenang dikira berdasarkan masa yang paling
pantas. Dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan.
Pihak penganjur telah menyediakan pelbagai
hadiah bagi para peserta. Setiap peserta diberikan button khas hari keluarga dan
juga cenderahti sebagai token apresiasi menyertai program yang dianjurkan ini. Diharapkan
aktiviti hari keluarga ini dapat menyulam ukhwah yang kuat dalam kalangan peserta.
Volgograd
Alhamdulillah, pada 1 dan 2 Mei yang lalu para pelajar Volgograd telah menghadirkan diri dalam program Rehlah bagi memenuhi salah satu wasilah tarbiyyah.
[muslimin]
2 Mei - Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, Family Day Musim Bunga Ikhwah telah berjaya diadakan bertempat di Naberezhnaya, Volgograd. Kali ini program adalah hasil kerjasama antara AZAM Russia, Kelab Umno Volgograd, dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia.
Matlamat program kali adalah untuk mengumpulkan pelajar muslimin di Volgograd untuk sama-sama berkumpul, mentadabur alam, dan beraktiviti. Program yang bermula pada pukul 10:30 pagi ini telah dihadiri seramai 40 orang muslimin.
Program dimulakan bacaan doa pembuka oleh Yusri Syamsuddin, diikuti pula dengan kata- kata aluan oleh Ketua Projek, Syahiedzat Nordin. Beliau mengutarakan jutaan terima kasih buat semua yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis. Kemudiannya acara diteruskan lagi dengan tazkirah bertemakan persaudaraan dalam Islam oleh Raja Muhammad Faisal. Dalam tazkirahnya, hadirin diingatkan bahawa dalam kita menjaga hubungan kita dengan Allah, kita tidak dapat menafikan akan peri pentinganya jua untuk menjaga hubungan sesame manusia. Juga hadirin dipesan berkenaan hak-hak seorang muslim ke atas muslim yang lain yang wajib dipenuhi .
Sebelum acara diteruskan lagi, hadirin dijamu dengan sarapan pagi. Aktiviti pada hari tersebut dikelolakan oleh saudara Khairul Anuar. Antara aktiviti- aktiviti yang telah dilajankan termasuklah “Bawa bola tanpa tangan” yang membawa mesej dalam kerja berkumpulan, kita perlu menerima kelemahan ahli yang lain dan saling melengkapi. Aktivit yang lain termasuklah, menimbang bola rugby, dan Frisbee.
Setelah tamat beraktiviti, para pemenang diberi hadiah berupa hamper. Majlis diakhiri dengan makan tengah hari bermenukan nasi goring dan ayam BBQ. Akhir kata, diharapkan hadaf program ini tercapai dan agar Allah meredhai usaha yang kecil ini. Sabda Rasulullah saw “orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah”.
[muslimah]
1 Mei - Hari pertama cuti bermula dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar muslimah Volgograd dengan berehlah santai di Dacha milik universiti bertemakan “ Sebiru Hari Ini” inspirasi dari nasyid ukhuwah yang popular. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 45 minit dari centre dengan menaiki bas yang disewa membawa lebih kurang 70 orang pelajar.
Dedaunan hijau melambai-lambai bersama
salakan anjing menyambut baik ketibaan para pelajar. Kesempatan ini tidak dilepaskan
untuk bersama-sama mentadabbur alam. Majlis bermula dengan bacaan doa dan
pengumuman organisasi AZAM Volgograd bagi muslimah yang diketuai oleh saudari
Afifa Dzulkafi, pelajar tahun 4.
AZAM Volgograd (Muslimah)
Timbalan Ketua : Afifa Dzulkafli
Setiausaha : Siti Najihah Mahmud
Bendahari : Nor'Izzati Abdul Wahab
Biro Ekonomi : Nurul Idayu Mat Nawi
Biro Aktiviti: Atikah binti Jamil
Biro Media : Nur Suriya Murni Binti abdul Razak
Bendahari : Nor'Izzati Abdul Wahab
Biro Ekonomi : Nurul Idayu Mat Nawi
Biro Aktiviti: Atikah binti Jamil
Biro Media : Nur Suriya Murni Binti abdul Razak
Sementara menunggu hidangan BBQ siap dibakar,majlis
penutup telah dijalankan kira-kira pada pukul 12.30 tengahhari. Para peserta begitu
teruja mendapat hadiah yang menarik yang disediakan. Selain itu,,setiap peserta
juga mendapat sijil penyertaan dari AZAM RUSSIA. Kemudian,,para peserta yang
sudah kepenatan dan kelaparan menjamu selera dengan juadah yang enak seperti nasi
goreng,ayam bakar,sosej bakardan agar-agar berwarna-warni.
Kira-kira pukul 1.30 tengah hari, setelah menjalankan gotong-royong membersihkan tempat
rehlah, peserta bertolak pulang. Diharapkan rehlah
kali ini telah berjaya merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar muslimah
di Volgograd,menghilangkan kepenatan belajar dan mengisi masa lapang cuti dengan berfaedahnya.
MOSCOW
19 Mei 2013 bersamaan 9 Rejab 1434H,
para pelajar muslimin dan juga muslimah di Moscow telah memenuhi salah satu wasilah tarbiyyah
iaitu Rehlah.
[Muslimin]
Bagi pelajar muslimin, satu program khusus
telah diadakan untuk mereka iaitu “Spring Rehlah” yang telah dianjurkan oleh
pihak AZAM Moscow. Penyertaan yang menggalakkan oleh pelajar dari M1 dan MAI
diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan kemesraan antara para pelajar
di Moscow. Seramai 50 orang peserta
telah menampilkan diri bagi memeriahkan lagi program tersebut. Spartiv Park
berdekatan dengan Metro spartivnaya telah dipilih menjadi lokasi program.
Setiap peserta
digalakkan untuk membawa makanan untuk dijamu bersama-sama di akhir program ini
kerana rehlah ini bertemakan "potluck". Acara dimulakan dari pukul
10.00 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang. Beberapa aktiviti telah dirancang
oeh sekumpulan pelajar bagi menjadikan program tersebut lebih bermakna dan
alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan jayanya. Aktiviti bermula
dengan pembahagian peserta kepada beberapa kumpulan. Acara pembahagian kumpulan
yang cukup unik disambung dengan sesi ta'aruf dengan menggunakan pantun 4
kerat. Program diteruskan lagi dengan aktiviti yang dinamakan "tarik
tali" dimana setiap wakil kumpulan perlu menangkap ahli-ahli kumpulannya
dalam keadaan kaki diikat.
Aktiviti yang seterusnya pula dinamakan "ayat
berangkai". Aktiviti ini diambil dari salah satu siri lawak spontan dimana
setiap kumpulan hendaklah menyambungkan setiap perkataan untuk dijadikan satu
cerita. Setiap aktiviti yang dirancang mempunyai pengajaran yang boleh diambil,
dan tanggungjawab menyampaikan sedikit pengajaran dari aktiviti tersebut telah
diletakkan kepada pengerusi majlis, saudara Zarif. Program ini diakhiri dengan
penyampaian tazkirah ringkas oleh saudara Syahmi. Tepat jam 1.00 petang pelajar
dijemput untuk menjamah juadah yang dibawa oleh mereka sendiri. Program rehlah
ini diakhiri dengan sesi bergambar.
[Muslimah]
Bagi pelajar
muslimah pula, aktiviti
rehlah di adakan di perkarangan Hostel Puskhin. Seramai 80 orang peserta telah
menyertai program ini. Rehlah kami
dimeriahkan lagi dengan kehadiran akhawat dari Kursk. Para peserta dibahagikan
kepada 8 kumpulan dan setiap satu
kumpulan mempunyai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar M1 , M2 dan
juga Kursk. Program ini dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul
3 petang.
Satu-satunya aktiviti yang dianjurkan ialah World War III adalah permainan perang air
dimana para peserta dikehendaki mematikan pihak lawan dengan melemparkan span yang
basah kepada pihak lawan. Mereka juga dibekalkan dengan 2 batang payung bagi
setiap kumpulan sebagai pertahanan dan para peserta juga dikehendaki mengambil
bendera di kawasan pihak lawan masing-masing. Kumpulan Empat telah dinobatkan
sebagai juara bagi permainan ini diikuti oleh Kumpulan 7 dan Kumpulan 8.
Usai bermain,
para peserta disajikan dengan makanan yang dibawa secara potluck. Sebelum program ini berakhir, acara penyampaian hadiah
bagi pemenang dan juga sesi pertukaran hadiah. Bagi sesi pertukaran hadiah, para
peserta dikehendaki mengambil nama salah seorang peserta secara rawak dan
hadiah akan diberi mengikut nama yang diambil. Dengan adanya program ini dapat
mendedahkan kepada para peserta betapa pentingnya Tarbiyah Dzatiyyah dalam
kehidupan seorang individu muslim seperti diterapkan dalam aktiviti WW III. Diharapnya, hubungan fillah
antara para peserta dan pihak penganjur dapat dieratkan lagi, InsyaAllah.
Seperti yang kita ketahui dalam satu
hadith yang diriwayatkan oleh imam Bukhari, Rasulullah saw pernah ditanya oleh
seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat
memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan
menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat
dan engkau menyambung silaturahim”. Makanya, kalau kita mahu masuk syurga, ayuhh sambung silaturahim kita dan
bersahabatlah semata-mata kerana Allah.
wallahu'alam..
Post a Comment