Bersediakah Kita?

0 comments
Bismilllahirahmanirrahim.

Melihat kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak kelihatan umat Islam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu. Dan bersatulah Islam seluruhnya, berdemonstrasilah hingga beratus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan dan Baitul Maqdis dapat dibebaskan.

Biar kita jadi lebih kuat dari superman. [Kredit]
Musuh Islam sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana mereka takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi mereka berhenti sekejap kerana penat. Apabila penatnya reda, maka mereka akan berbuat apa-apa saja. 

Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya. Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.

Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila bilangan umat Islam yang turun solat Subuh seperti jumlah mereka yang turun solat Jumaat .Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Rasanya tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat.

Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjemaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat.

Jangan lemah , kita sebagai Muslim harus kuat! [Kredit]
Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. (Hadis Riwayat Muslim)

Tetapi, untuk kita yang berada di perantauan, walaupun masjid susah untuk ditemui, dan mungkin ada, tapi sedikit jauh dari asrama kita, itu bukanlah alasan untuk kita tidak menunaikan solat subuh secara berjemaah. Ya,mungkin sukar untuk dilakukan dalam jumlah yang ramai berikutan masalah ruang bilik yang agak kecil. Tapi, tidak mengapa. Solat berdua pun sudah dikira berjemaah. Ajaklah "roomates" untuk solat berjemaah. Kita bina kekuatan tu secara perlahan-lahan. Sumbanglah apa yang termampu pada Islam.

Lawan tetap lawan! Jangan kalah dengan bisikan syaitan yang direjam! [Kredit]
Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjemaah seperti solat Jumaat. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya .Insya Allah.

Melihat pula pada waktu subuh pada musim panas di Rusia sekarang, tentu kita akan rasa mustahil untuk bangun solat Subuh di awal waktu dan secara berjemaah. Berjihadlah. Berjihadlah dengan hawa nafsu.

Seperti mana firman Allah :


"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” (At-Taubah, 9: 41)

Kita punya cita-cita untuk menakluk Palestin kembali, tapi Subuh kita masih Subuh "dinasour, gajah" dan sebagainya. Berjihadlah. Berjihad dengan diri sendiri dahulu sebelum kita ingin berjihad membebaskan Palestin. Berusahalah. Berusaha mengubah diri kita sedikit demi sedikit. Mungkin kita tidak nampak kesan perubahan diri kita pada Palestin, tapi percayalah, perubahan kita itu sebenarnya melemahkan Yahudi sedikit demi sedikit. Kita sedang membina asas yang kuat. Kita sedang menaiki anak tangga untuk ke Ustaziatul Alam. Jangan mengalah sahabat. Teruskan berjuang. Untuk diri kita, untuk saudara kita. :’)

Wallahu'alam.


Post a Comment