MINI iSISWI GAMES

0 comments

Bismillahirahmanirrahim..

Moscow, 9 Mei - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana limpah dan karuniaNya pihak Azam Russia telah berjaya menganjurkan satu program Mini iSiswi Games di perkarangan Hostel Pushkin. Program ini dijalankan seawal 8.30 pagi dan dihadiri seramai 60 orang peserta  yang menetap di hostel tesebut.

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Azam Russia adalah Netball dan juga Explorace.  Kesemua peserta telah melibatkan diri secara langsung dalam kedua dua aktiviti tersebut. Sebelum program ini bermula, para peserta disajikan dengan sarapan pagi dan kemudiannya melakukan aktiviti Senaman Aerobik.
 
Sebanyak tiga team netball yang bertanding dan setiap satu team menghantar 10 orang peserta. Para peserta telah bermain dengan penuh iltizam lantas, banyak bakat-bakat atlet yang terpendam dapat dicungkil keluar. Bagi Explorace pula, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut warna iaitu hijau, kuning, biru, merah dan putih. Semasa aktiviti Explorace juga, para peserta diwajibkan untuk  berta’aruf sesama mereka.  Para peserta begitu semangat menghabiskan setiap tugasan yang diberikan. Antara tugasan yang diberikan ialah, menghafaz potongan ayat Quran, Food Factor dan sebagainya. Di tugasan yang terakhir, para peserta memiliki himmah yang tinggi di mana mereka harus mencari Hidden Flag seperti bendera Palestin, Syria, Mesir, Lubnan dan juga Turki bagi menentukan ‘Siapakah Juara?’ .

Setelah itu, upacara penyampaian hadiah bagi setiap pemenang telah berlangsung. Sebelum program ini berakhir, dua orang peserta telah berkongsi rasa dan pendapat tentang program yang dianjurkan ini. Selepas itu, para peserta telah disajikan dengan makanan tengahari sebelum mereka bersurai. Diharapkan dengan adanya program ini di Hostel Pushkin dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka dan juga secara tidak langsung mereka telah memenuhi salah satu Muwasofat Tarbiyah iaitu Qawiyyul Jismi (tubuh badan yang kuat), insyaAllah J





"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" 
(Riwayat Muslim)

Dengan memiliki tubuh badan yang kuat, dapatlah kita melaksanakan ibadah yang betul J

Wallahu’alam..




Post a Comment