FAMILY DAY MESSP 13

3 comments
Bismillahirahmanirrahim..

Saint Petersburg, 18 Mei - Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana "Family Day" yang  dianjurkan oleh MESSP telah berjaya diadakan. Program ini disertai seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar SMTU. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 5 orang  brothers dari MMASO. Program dimulakan seawal 8.30 pagi dengan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan sebelum aktiviti BBQ dijalankan. Para peserta juga telah menyediakan bahan-bahan untuk berBBQ sebelum aktiviti ini berlangsung.

Pelbagai aktiviti sukaneka telah dianjurkan oleh pihak MESSP antaranya adalah, berlari dalam beg Groceries Okei, bola ping pong dan botol mineral, lari berpasangan sambil mengikat kaki dan acara tuju botol menggunakan frisbee. Para peserta dibahagikan dengan 3 Rumah Sukan iaitu , Rumah Indah, Rumah Bahagia dan Rumah Perkasa. Setelah aktiviti sukaneka berakhir, acara penyampaian hadiah kepada para peserta telah diadakan. Untuk penyampaian hadiah kali ini, para peserta dikehendaki mengambil nama salah seorang peserta secara rawak untuk diberikan kepadanya. Untuk itu, para peserta diberi masa selama seminggu untuk memikirkan hadiah pertukaran. Alhamdulillah semua peserta kelihatan puas hati dengan hadiah yang diterima.

Family Day MESSP diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan sedikit ucapaan penghargaan oleh presiden MESSP iaitu, Tuan al Wafi. Diharapkan program Family Day kali ini dapat menyulam ikatan ukhuwah yang kuat dalam kalangan para peserta tanpa mengira usia.




Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]

wallahua'lam..



3 comments:

  1. Perlu baiki sedikit tulisan. Bagi nampak profesional sikit dalam jurnalisma. Ejaan juga kena jaga.

    ReplyDelete
  2. pergh abg fathi, boleh jd journalis lah. Haha..

    ReplyDelete
  3. Ana memang jurnalis pun. Sekadar berkongsi pengalaman. Hahaha.

    ReplyDelete