FRIDAY WRAP (10-16 MEI 2013)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam 'Friday Wrap' pada minggu ini.

Jumaat, 10/05/2013
Gedung Putih: Pasukan AS Bertahan di Afghan Atas Permintaan



Pasukan AS akan berada di Afghanistan selepas 2014 hanya atas permintaan daripada kerajaan Afghanistan. Wartawan yang mengikuti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Texas mengatakan bahawa setiap kehadiran pasukan AS selepas tarikh tersebut merupakan permintaan pihak Afghanistan dan tertakluk pada perjanjian. Presiden Afghanistan Hamid Karzai berkata beliau belum mengizinkan Amerika Syarikat untuk menjaga sembilan pengkalan tentera di negara itu sebagai sebahagian daripada perjanjian keselamatan jangka panjang dengan Washington. Namun Carney mengatakan, "Amerika Syarikat tidak meminta pengkalan tentera kekal di Afghanistan Jumlah tentera yang bertahan belum disepakati. Namun anggaran antara 2,500 hingga 12,000.

Sabtu, 11/05/2013
Malcolm Shabazz, Cucu Malcom X Dilaporkan terkorban di Mexico


TIJUANA MEXICO - Seperti yang dilaporkan The Amsterdam News dan Kedutaan AS di Mexico, bahawa Malcolm Shabazz, cucu kepada Malcolm X meninggal di Mexico. Sebelumnya, laporan berkaitan kematiannya masih belum disahkan kebenarannya. Dia dikhabarkan meninggal pada pagi Khamis 9 Mei 2013, setelah dilempar keluar dari bangunan. Laporan lain menyebut Shabazz tewas ditembak setelah dirompak di Tijuana.

Ahli keluarga Malcolm Shabazz membenarkan berita kematiannya di Mexico, namun tidak disebutkan lokasi atau insiden yang menyebabkan ia terbunuh. Malcolm Shabazz pernah dituduh bersalah atas pembunuhan dan pembakaran. Ia dijatuhi hukuman 18 bulan tahanan remaja. Beberapa tahun selepas itu, Malcolm Shabazz dalam wawancara dengan Amsterdam News menafikan bahawa dia pernah melakukan pembakaran.

Isnin, 13/05/2013
HRW Desak Bangladesh Lakukan Penyelidikan Atas Rusuhan


DHAKA - Lembaga hak asasi manusia antarabangsa mendesak kerajaan Bangladesh untuk membentuk sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat rusuhan yang melibatkan polis dan aktivis Islam yang mengakibatkan ramai korban yang meninggal baru-baru ini.

"Bangladesh akan menghadapi demonstrasi besar tahun ini dalam menghadapi keputusan tambahan dari ICT dan dalam pemilihan umum nasional," kata Brad Adams, Pengarah Asia Human Rights Watch, dalam satu kenyataan yang diperoleh OnIslam.net Sabtu, 11 Mei. "Tanpa siasatan bebas, akauntabiliti, dan peningkatan kaedah dari pihak polis, kita boleh melihat pertumpahan darah yang berulang."

Puluhan penunjuk perasaan telah tewas setelah berlaku kekerasan dari pihak polis terhadap puluhan ribuan aktivis Islam di ibu negara Dhaka. Jumlah korban sepanjang demonstrasi 5 dan 6 Mei masih belum diketahui dengan jelas. Sumber berita bebas menyebutkan angka di sekitar 50 orang meninggal akibat kekerasan polis. HRW meminta kerajaan untuk secara terbuka memerintahkan pasukan keselamatan untuk mengikuti aturan hukum dalam menghadapi penunjuk perasaan. Organisasi hak asasi tersebut mendesa kerajaan Bangladesh untuk memikul tanggungjawab atas kekerasan yang terjadi.

Rabu, 15/05/2013
17 Anak Meninggal Gara-gara Sunat Tradisional


JOHANNESBURG, - Sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas menjalani tradisi sunat yang merupakan proses memasuki alam persekolahan di bahagian timur Afrika Selatan dalam masa kurang daripada satu minggu, demikian laporan media tempatan, Isnin 14/05.

"Semua kanak-kanak lelaki itu meninggal dalam kegiatan inisiasi tersebut yang berlangsung di Wilayah Mpumalanga di bahagian timur negeri tersebut," kata polis dari South African Broadcasting Corporation. Enam di antara mereka meninggal setelah dibawa ke hospital pada Rabu (08/05) dan Khamis (09/05), dan sebahagian lagi masih dirawat di pusat rawatan. Menurut kebiasaan setempat, inisiasi tradisional ini dipandang sebagai mesej kepada anak lelaki untuk memasuki alam dewasa. Namun, inisiasi kuno tahun ini menjadi kegiatan mematikan buat sejumlah kanaak-kanak lelaki. Polis telah melakukan penyelidikan mengenai kematian tersebut.

Khamis, 16/05/2013
Rakyat Palestin Kembali Memperingati Hari Nakba


TEPI BARAT - Ribuan warga Palestin yang berada di wilayah tersebut memperingati Hari Nakba, Rabu 15 Mei, yang menandakan pembentukan negara haram Israel di wilayah Palestin.

"Enam puluh lima tahun selepas Nakba, kami menegaskan bahawa kami tetap komited terhadap pengembalian hak sesuai dengan resolusi PBB 194," kata Gabenor Nablus Jibrin al-Bakri dalam demonstrasi di Ramallah. "Hak pengembalian adalah hak suci dan kita tidak boleh melepaskannya."

Ribuan rakyat Palestin tunjuk perasaan di kota Ramallah, ibu negara de facto Palestin. Para penunjuk perasaan juga mengangkat kunci tua yang merujuk ke rumah mereka yang hilang di mana mereka dipaksa untuk meninggalkannya. Sementara itu di Al-Khalil (Hebron) di Tebing Barat, demonstrasi bertempur dengan pasukan Israel di luar kem pelarian.

Polis Israel melepaskan bom tangan dan menahan beberapa orang selepas bertembung dengan penunjuk perasaan di luar kota tua Al-Quds atau Jerusalem Timur. Ribuan warga Palestin juga melakukan demonstrasi di Gaza, wilayah yang dikuasai Hamas untuk memperingati Hari Nakba. Setiap tahun pada tarikh 15 Mei, Palestin meratapi hilangnya wilayah Palestin dan pembentukan negara haram Israel di tanah Palestin tahun 1948.

Penunjuk perasaan berpendapat bahawa pembicaraan perdamaian dengan Israel adalah hal yang sia-sia untuk menamatkan pendudukan selama beberapa dekad dari tanah mereka. Selama ini perundingan-perundingan yang ditaja negara-negara barat selalu gagal kerana Israel menolak untuk menghentikan pembangunan permukiman di Tebing Barat. Israel juga menolak perjanjian bagi mengatur kembali pelarian Palestin ke kampung mereka.

Khamis, 16/05/2013
Al Qassam: Zionis Israel Hanya Mampu Dihancurkan Dengan Jihad


GAZA - Kelompok sayap tentera Hamas Brigade Izzudin Al-Qassam kembali menegaskan pilihan mereka dalam perlawanan dan jihad sebagai satu bentuk perjuangan. Menurut Al Qassam, perundingan tidak boleh merealisasikan hak kembali untuk para pelarian. Juru cakap Brigade Izzudin Al Qassam, Abu Ubaidah mengatakan, entiti Zionis Israel yang berdiri di atas lautan darah tidak akan hancur kecuali dengan pengorbanan dan pejuangan dengan jiwa dan darah.

Memperingati peristiwa Nakba, Brigade Al Qassam menegaskan akan senantiasa konsisten & istiqomah meneruskan jihad dan perlawanan sampai meraih kemerdekaan dan hak mereka kembali.

"Tidak ada cara untuk kembali ke tanah air yang dijajah hanya dengan penyelesaian ringan dan perundingan yang justru menambah prahara baru bagi rakyat Palestin," kata Abu Ubaidah dalam laporan yang dikeluarkan Al Qassam, seperti dikutip dari Info Palestin. Abu Ubaidah menyebutkan, jumlah pejuang Al Qassam yang gugur sampai pada peringatan Nakba ke 65 ini telah mencapai 1,948 orang yang syahid.


Sekian sahaja Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.








Post a Comment