Bismillah.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hampir tamat sudah semester 2012/2013 yang kita hadapi selama ini. Namun, peperiksaan yang bakal kita tempuhi masih belum tamat. Saki baki perjuangan yang harus kita tempuhi adalah titik tolak untuk ke semester yang seterusnya. Semoga semua masih punyai Himmah untuk terus berusaha, insyaAllah.
Kali ini, team kulinari Azam akan membawakan resipi muffin berperisa Lemon. Mungkin boleh menyegarkan anda tatkala sedang menelaah pelajaran. Atau menjadi makanan petang tatkala berehat sebentar.
Bahan-bahan.
-140gm Tepung
-1/2 sudu kecil baking powder
- 150gm Marjerin
- 100gm cream cheese
- 140gm gula halus
- 2 sudu kecil lemon zest (kulit lemon yang di sagat. Pastikan tidak terkena bahagian putih kulit lemon kerana akan menyebabkan muffin menjadi pahit.)
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil jus lemon dari lemon yang diperah tadi atau jus lemon segera.
Cara-cara
1. Pukul marjerin dan cheese sehingga kembang.
2. Masukkan lemon zest dan gula
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga kembang.
4. Masukkan tepung dan lemon jus. Pukul sehingga sebati dan jangan terlalu lama.
5. Masukkan dalam bekas muffin dalam 2 sudu besar setiap satu. Bakar dalam suhu 180 darjah selsius selama 25 minit sehingga kekuning-kuningan.
6. Sejukkan dan hiaskan mengikut citarasa.
Post a Comment