FRIDAY WRAP (26 APRIL - 2 MEI 2013)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita dalam lintasan dunia pada kali ini.

Jumaat, 26/04/2013
IM Rancang Buka Kembali Pejabat di Syria


ISTANBUL - Ikhwanul Muslimin merancang untuk membuka kembali pejabat di Syria untuk mempercepat revolusi. "Pada awalnya kami mengatakan ini adalah masa untuk revolusi, bukan ideologi," kata Riad al-Shafqa, pemimpin dari Ikhwanul Muslimin Syria yang diasingkan, kepada The Financial Times Khamis, 25 April di pejabat Ikhwanul Muslimin di Istanbul, demikian lansir onislam.net.

"Sekarang ada banyak kumpulan di dalam (Syria) sehingga kami merasa perlu untuk menyusun untuk (kembali ke Syria)." Dia mengatakan keputusan untuk membuka pejabat di Syria bertujuan untuk menghidupkan kembali struktur organisasi Ikhwanul Muslimin di Syria.

Di Syria, Ikhwanul Muslimin memimpin perjuangan melawan pemerintahan Hafiz Al-Assad pada tahun 1982, mendorong kerajaan untuk melancarkan tindakan keras berdarah terhadap bandar Hama, yang mengakibatkan puluhan ribu orang maut. Ikhwan juga memainkan peranan dalam perjuangan terhadap kekuasaan putra Hafiz Al Assad, Bashar, di mana beribu-ribu orang telah dibunuh.

Kumpulan ini adalah ahli aktif dalam payung pembangkang Majlis Kebangsaan Syria (SNC). Sumber pembangkang mengatakan Ikhwan adalah penyokong dana kumpulan pejuang Syria yang berpusat di Syria itu dan juga sayap bersenjata pembangkang Syria terhadap pemerintahan Assad. Ikhwanul Muslimin juga kelihatan menghidupkan kembali asas di antara petani kecil dan kelas menengah Sunni Syria.

Sabtu, 27/04/2013
Muslimah Mualaf AS: Otak Kami Tidak Dibasuh


WASHINGTON - Sewaktu berita mendedahkan bahawa isteri pelaku serangan bom Boston adalah seorang wanita Amerika yang masuk Islam, stereotaip dan tuduhan telah kembali muncul tentang wanita AS yang telah memilih Islam, menggambarkan mereka sebagai orang-orang yang telah dicuci otak dan patuh untuk mengorbankan kehidupan gaya Amerika mereka demi mengikuti kehendak suami mereka.

"Apabila anda memakai tudung, orang beranggapan bahawa anda telah kehilangan kebebasan anda," kata Lauren Schreiber, warga wanita AS yang memeluk Islam kepada NBC News Jumaat, 26 April.

Schreiber, yang menjadi seorang Muslim pada tahun 2010, sering mendengar cemuhan mengenai 'cuci pemikiran' selepas media mendedahkan bahawa Katherine Russell, 24 tahun, seorang wanita keturunan Inggeris, berkahwin dengan suspek serangan bom Boston Tamerlan Tsarnaev.

"Saya (memeluk Islam) bukan kerana seseorang memaksa saya," jelas Schreiber, seorang mualaf. "Ini yang saya pilih dan saya gembira dengan pilihan saya."

Schreiber, yang merupakan salah seorang penyelaras acara bagi Dewan Hubungan Amerika-Islam (CAIR), berkata bahawa ia tertarik dengan Islam setelah bertemu umat Islam lain sewaktu perjalanan ke luar negeri sebelum tamat pengajian di Universiti St Mary of Maryland pada 2009.

Schreiber, yang sering diajukan soalan dari orang yang terkejut melihatnya kerana dia seorang yang berkulit putih dan berlogat khas Amerika namun memakai tudung. Dia bagaimanapun menghargai orang yang mengajukan soalan kepadanya daripada membuat andaian atau pandangan yang negatif.

Isnin, 29/04/2013
Sheikh Al-Qardawi dan Erdogan Kunjungi Gaza Bulan Mei


KAHERAH - Ulama Muslim terkemuka Sheikh Yusuf Al-Qaradawi merancang untuk melawat Gaza bulan mei. "Kami sedang mempersiapkan untuk menyambut Sheikh Yusuf Al-Qaradawi pada tarikh 8 Mei," Menteri Wakaf dan Urusan Agama Ismail Radwan berkata kepada wartawan sewaktu beliau membuka sebuah masjid baru di Jabaliya di Gaza utara.

"Qaradawi akan mengetuai delegasi ulama terkemuka," tambahnya.

Beberapa sumber mengatakan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi akan berada di Gaza selama lima hari, dimana beliau akan melakukan khutbah Jumaat pada 10 Mei. Yusuf Al-Qaradawi menyokong perjuangan Musim Semi Arab di Tunisia, Mesir dan Libya, dan telah melancarkan usaha mengumpul dana untuk pejuang Syria.

Lawatan Erdogan

Kunjungan Qardhawi akan dilakukan sebelum lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ke Gaza.

"Insya Allah, kita akan berada di Gaza pada akhir Mei," Erdogan berkata melalui sambungan video dengan pusat bantuan Turki di Gaza awal bulan ini. "Kami akan merangkul satu sama lain di sana."

Erdogan, penyokong setia Palestin, sebelumnya telah mengatakan bahawa kunjungannya bertujuan untuk membantu proses mengangkat sekatan Israel di Gaza. Kunjungan Erdogan bagaimanapun telah meningkatkan ketegangan antara Turki dan sekutunya Amerika Syarikat, selepas Menteri Luar Negeri John Kerry menyeru agar Erdogan menunda kunjungannya.

Isnin, 29/04/2013
Anggota Kongres AS: Islam Agama Motivasi Yang Menggalakkan Pembunuhan


AMERIKA SYARIKAT - Salah seorang anggota Kongres AS dari Parti Republik, Dana Rohrabacher (R-CA) dalam sidang pada Jumaat (26/04) mengatakan, dia meyakini bahawa Islam secara keseluruhan merupakan ancaman bagi Amerika Syarikat. Bahkan dia menyebut Islam sebagai agama yang akan "memotivasi orang untuk membunuh anak-anak".

Sepanjang mesyuarat sidang dengar pendapat tentang persoalan "Ekstremisme Islam di Chechnya: Ancaman Terhadap AS", Rohrabacher terus mengulang kejadian pada 2004, tebusan Beslan. Peristiwa Beslan, menurutnya, merupakan contoh peristiwa dimana pejuang Chechnya mengambil alih sekolah di Rusia yang mengakibatkan kematian lebih dari 180 kanak-kanak. Kejadian ini dijadikan contoh bentuk ancaman yang ditimbulkan oleh Islam oleh Rohrabacher.

"Pada akhir Perang Dingin, saya adalah musuh terburuk Kesatuan Soviet, ya musuh, kerana saya percaya bahawa rakyat bebas menentukan siapa musuh nombor satu mereka dan bekerja untuk terus cuba mengalahkan mereka. Dan itu tidak bermakna bahawa orang yang bekerja dengan anda adalah orang yang sempurna, dan sebagainya. kami menjatuhkan Kesatuan Soviet dan kami bekerjasama dengan ramai orang yang berkesalahan, "kata Rohrabacher sewaktu memimpin rapat dengar pendapat seperti dilaporkan Think Progress, Jumat (26/04) lalu.

"Hari ini, Islam radikal dan China yang menjadi musuh utama kita. Mereka adalah ancaman utama bagi dunia yang bebas. Saya harap kita semua bekerja sama melawan sebuah agama yang akan memotivasi orang untuk membunuh anak-anak dan lain-lain ancaman terhadap kita sebagai sebuah peradaban, "katanya.

Selasa, 30/04/2013
Muslimah Tidak Dilayan di Stesen Minyak Kerana Berpurdah


BRISBANE - Seorang remaja Muslim di negara bahagian kedua terbesar di Australia, Queensland, mengeluh kerana tidak dilayan di sebuah stesen minyak kerana dia berpurdah.

"Ini sangat menakutkan," kata Hafsah Negussie kepada Courier Mail, hari Isnin, 29 April sebagaimana disiarkan di onislam.net.  "Saya orang Australia, saya lahir dan besar di sini, saya tahu hak-hak saya."

Kes ini sebenarnya berlaku pada Disember tahun lalu ketika Negussie, yang berpurdah, cuba untuk membayar di stesen petrol Brisbane setelah seorang pekerja menolak untuk melayani dia. Dia juga mengadu bahawa pintu-pintu dikunci oleh petugas ketika dia berusaha untuk meninggalkan kawasan itu.

Seorang jurucakap syarikat pam petrol BP mengatakan bahawa mengikut peraturan syarikat pelanggan harus menanggalkan helmet, hoodies atau topi besar sebelum mendekati meja juruwang. Namun dia mengatakan bahawa dasar tersebut tidak meluas ke pakaian yang berdasarkan peraturan agama, mengakui bahawa pegawai yang terlibat telah salah faham.

"Ini sangat disesalkan dan kami ingin meminta maaf atas kesalahan ini," katanya. Namun, dia menolak dakwaan remaja Muslim itu bahawa dia sempat dikunci di stesen minyak. Muslim, yang telah berada di Australia selama lebih dari 200 tahun, membentuk 1.7 peratus daripada 20 juta penduduknya.

Selasa, 30/04/2013
Tidak Ada Reformasi UU Kewarganegaraan Untuk Muslim Rohingya


YANGON - Sebuah suruhanjaya yang dilantik kerajaan menolak seruan antarabangsa untuk mereformasi undang-undang kewarganegaraan bagi menampung minoriti Muslim Rohingya di Myanmar.

"Organisasi-organisasi antarabangsa mengkritik undang-undang kewarganegaraan 1982 tentang Bengali," kata anggota komisi Yin Yin Nwe kepada harian The Hindu pada hari Isnin, 29 April. "Undang-undang ini sangat sesuai untuk kami. Tapi penguatkuasaan undang-undang tidak jelas kerana rasuah pegawai imigresen setempat," katanya.

Etnik Muslim Bengali, yang dikenali sebagai Rohingya, telah dinafikan hak-hak kewarganegaraan sejak pindaan undang-undang kewarganegaraan pada tahun 1982 dan dianggap sebagai pendatang haram di negara mereka sendiri. Kerajaan Myanmar sebagaimana juga majoriti penduduk Buddha Myanmar menolak untuk mengakui istilah "Rohingya", menyebut mereka dengan istilah 'Bengali' atau orang Bangladesh.

Ribuan Muslim Rohingya telah menjadi pelarian di Myanmar Barat tahun lalu selepas gelombang kekerasan yang membawa maut terhadap pihak muslim oleh etnik Buddha.

Kecaman antarabangsa atas perlakuan terhadap Muslim Rohingya di Myanmar telah memaksa kerajaan untuk membentuk suruhanjaya guna memperbaiki undang-undang kewarganegaraan. Namun mereka menolak pindaan mengenai Undang-undang kewarganegaraan, yang dilihat sebagai asas ketegangan antara kaum Buddha dan Muslim di Myanmar.

Rabu, 1/05/2013
Jerman Masih Menganggap Islam Sebagai Ancaman


BERLIN - Mencerminkan citra Islam yang diputarbelitkan di media, sebuah kajian baru mendapati bahawa separuh daripada orang Jerman melihat Islam sebagai ancaman bagi negara mereka dan tidak sesuai dengan dunia Barat.

"Gambaran di media memberikan Buddhisme atau Hindu adalah agama yang cinta damai," ujar Detlef Pollack, seorang ahli sosiologi yang turut menulis kajian, berkata kepada pejabat berita Deutsche Welle.

"Gambaran mereka tentang Islam tentang fanatik dan pencerobohan." Berjudul "Religion Monitor (Memantau Agama)" oleh Yayasan Bertelsmann, kajian ini mendapati bahawa separuh daripada orang Jerman melihat Islam sebagai ancaman bagi negara mereka. Kajian ini juga menyimpulkan mengenai pandangan tentang makna sosial agama dan nilai-nilai di 13 negara Eropah dan negara-negara lain.

Didapati bahawa majoriti 51 peratus warga Jerman melihat Islam sebagai ancaman bagi negara mereka. Pendapat ini berbeza dengan negara-negara Eropah lain. 60 peratus orang Sepanyol, 50 peratus orang Switzerland dan 42 peratus orang AS turut menyokong pendapat ini. Sebaliknya, di India, hanya 30 peratus melihat Islam sebagai ancaman, sementara di Korea Selatan hanya 16 peratus.

Di negara-negara Eropah yang lain Barat, seperti Perancis, Inggeris, dan Belanda, tinjauan melihat Islam lebih positif daripada Jerman. Hasil ini, menurut Pollack, berkaitan dengan tahap pendidikan umat Islam di masing-masing negara.

Di Jerman terdapat antara 3.8 hingga 4.3 juta Muslim, membentuk kira-kira 5 peratus daripada jumlah 82 juta penduduk Jerman Ketakutan terhadap Islam di Jerman bukanlah perkara baru. Sebuah kajian sebelumnya pada tahun 2010 oleh University of Munster mendapati bahawa 66 peratus warga Jerman Barat dan 74 peratus daripada Jerman Timur mempunyai sikap negatif terhadap umat Islam.

Rabu, 1/05/2013
Pemuda Palestin Meninggal Terkena Serangan Israel Pertama Sejak Gencatan


GAZA - Seorang pemuda Palestin meninggal pada hari Selasa selepas serangan udara Israel di Bandar Gaza, dalam serangan udara pertama sejak gencatan senjata yang dimediasi Mesir sejak November lalu.

Kementerian Kesihatan Gazamelaporkan seorang meninggal manakala yang lain cedera. "Seorang lelaki berumur 20-an syahid dan lain-lain cedera dalam serangan udara Israel di kem pelarian Shati di bahagian barat Bandar Gaza," kata juru bicara kementerian kesihatan Ashraf al-qudra kepada pejabat berita AFP.

Seorang jurucakap kerajaan Israel mengatakan kepada pejabat berita Reuters bahawa tentera Israel telah menyerang kumpulan pejuang di Gaza yang mrupakan ahli pembuat roket.

Dia menambah bahawa pejuang itu mempunyai peranan dalam serangan roket dari semenanjung Sinai Mesir mmengarah ke resort Eilat, di Laut Eilat bahagian Israel pada tarikh 17 April, yang tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan.

Warga di Gaza menyebut lelaki yang meninggal itu bernama Haitham al-Meshal, 29 tahun, berkata dia terkena serangan udara sewaktu menunggang motosikal di utara wilayah tersebut. Dia diyakini sebagai anggota pasukan keselamatan negara Hamas, tetapi keluarganya mengatakan dia juga merupakan ahli kumpulan Jihadis Salafi.

Sementara itu di kawasan Tebing Barat, terdapat pergaduhan, di mana untuk pertama kali sejak 2011, seorang Palestin membunuh seorang peneroka Yahudi. Tentera Israel menembak dan mencederakan penyerang setelah dia menikam seorang yahudi di simpang jalan. Kedua insiden mempunyai potensi konfrontasi yang lebih luas di sepanjang sempadan Gaza.

Khamis, 2/05/2013
Fatwa Online Menarik Minat Muslim India


NEW DELHI - Semakin ramai Muslim India yang beralih ke laman web dalam talian untuk mendapatkan jawapan atas pertanyaan mereka tentang isu-isu agama dan sosial. "Muslim ingin mendapatkan pandangan dari ulama mengenai pelbagai isu," ujar Abid Khan, seorang Muslim India, kepada OnIslam.net, Rabu 1 Mei.

"Mereka inginkan jawapan bagi pertanyaan yang berkaitan dengan Islam, keganasan atau masalah yang lain." Dia mengatakan umat Islam sekarang menggunakan teknologi moden untuk mendapatkan jawapan bagi pertanyaan agama dan sosial.

"Dalam era Facebook dan Twitter, siapa yang boleh jauh dari perkara tersebut? Kerana alasan ini laman tersebut mendapatkan populariti," katanya.

Jumlah yang cukup signifikan dari Muslim di India yang kini menggunakan laman web dalam talian untuk mendapatkan jawapan dari ulama mengenai isu-isu agama dan sosial dilihat dari perkembangan pengunjung internet. Ramai Muslim mendedahkan bahawa laman web dalam talian membantu mereka mendapatkan jawapan dalam masa yang  cepat.

"Saya mendapat jawapan mudah," Faraz, seorang pemuda Muslim. Faraz telah menghantar soalan ke laman Islami bertanya tentang penipuan yang dibenarkan sewaktu ujian. Dia dengan cepat mendapat jawaban atas pertanyaannya.

"Mungkin Mufti bandar tidak akan memberikan jawapan kepada soalan saya. Dia boleh saja mengatakan bahawa soalan saya tidak penting," katanya. "Tapi kita mendapat jawapan atas semua jenis pertanyaan melalui website."

Ada banyak laman web yang menyediakan fatwa talian untuk umat Islam di seluruh dunia. Diantaranya adalah OnIslam.net, Islamweb, Fatwa talian dan banyak lagi yang lain. Ada juga banyak laman web India yang menawarkan perkhidmatan serupa sebagai website Darul Uloom Deoband. Salah satu laman web terkemuka yang sering dikunjungi oleh Muslim India adalah Fatwa Online.

"Kami mula mengeluarkan fatwa dalam talian di dalam negeri melalui Darul Ifta pada tahun 1999," kata Mufti Aijaz Arshad Qasmi, yang menjalankan laman wtersebut, kepada OnIslam.net. "Setelah itu kami melancarkan Fatwa talian pada tahun 2006 dari Delhi."

Website menerima rata-rata sekitar 150-200 permintaan setiap hari, yang dijawab oleh pasukan yang terdiri daripada 10 orang. "Tidak ada yang salah jika orang memperoleh maklumat melalui internet," kata Mufti Qasmi. "Di satu sisi, ini sangat sederhana. Tidak ada cara yang lebih baik untuk mengetahui tentang agama anda."

Qasmi, bagaimanapun, berpendapat bahawa sukar untuk menentukan halaman mana yang sesuai untuk fatwa. "Anda perlu melihat siapa yang mengeluarkan fatwa dan orang-orang yang berkaitan dengan laman web tersebut. Anda perlu memutuskan dan memilih laman web yang sesuai."

Kira-kira 13 peratus muslim membentuk penduduk India, menjadikan India sebagai negara dengan penduduk Islam ketiga terbesar selepas Indonesia dan Pakistan.

Sekian sahaja Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.









Post a Comment