Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt.
Inginkan sesuatu yang mudah? Tiada ketuhar untuk membakar kek? Jangan risau dan jangan panik. Kali ini, team Kulinari Azam akan membawa resipi kek coklat kukus.
Bahan-bahan
Bahan A
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu segar
- 1 cawan susu pekat
- 1 sudu kecil vanilla
Bahan B
- 1 1/4 cawan tepung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda
Bahan C
- 3 biji telur.
Cara- cara
1. Siapkan bahan A dan bahan B. Kemudian campurkan kesemua bahan tersebut menggunakan mixer di dalam sebuah bekas.
2. Panaskan dalam periuk di atas dapur dengan api perlahan supaya gula dapat hancur sepenuhnya. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau rata. Jika tidak kacau sewaktu memasukkan telur, telur akan masak dan menjadi acuan lain. Pastikan api perlahan sahaja.
3. Setelah bahan tersebut siap, masukkan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak.
4. Untuk topping coklat, anda memerlukan bahan lain seperti marjerin/butter, susu pekat dan serbuk koko. Cuma panaskan marjerin sehingga cair di dalam microwave. Kemudian masukkan serbuk koko dan susu pekat. Gaul sehingga topping menjadi pekat dan likat. Tuangkan di atas kek yang telah disejukkan. Hiaskan dengan kacang atau chocolate rice.
Selamat mencuba!
Nampak sedap, lebih2 lg topping tu, lg cair lg sedap..
ReplyDelete