Berubah. Perlukah?

0 comments

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kerana cinta kita kepada Allah kita perlu berubah. [Kredit]

Apakah kita sudah melakukan perubahan? Agaknya bila kita akan melakukan perubahan? Hmm.. Apa agaknya jawapan anda. Perubahan merupakan satu detik indah bagi setiap manusia terutamanya bagi mereka yang ingin kembali ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai Allah swt. Sesungguhnya setiap perubahan yang dilakukan merupakan detik kesyukuran, keredhaan dan merupakan hidayah daripada Allah swt. Hidayah ialah petunjuk Allah kepada manusia ke jalan yang benar yang dinyatakan di dalam surah Al- An’am ayat 125.
           
"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk) , Dia akan membukankan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman."

             Mengikut ayat di atas, terbuktilah bahawa Allah berhak untuk memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Manusia tidak berkuasa untuk memberi hidayah sebaliknya manusia hendaklah berusaha mendapatkan hidayah. Seseorang yang telah mendapat hidayah akan berubah tingkah lakunya daripada kufur, beriman kepada Allah.

Firman Allah lagi dalam surah al-Qasas [28:56] :

 'Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang MAHU menerima petunjuk' 

Mungkin kita nak sangat sahabat-sahabat di sekeliling kita cepat-cepat menerima hidayah, bersama-sama kita dalam jalan yang satu ini. Tapi, Allah lebih mengetahui di dalam hati setiap hambaNya siapa yang MAHU mendapatkan petunjuk. Kita sebagai seorang hamba yang lemah haruslah berdoa untuk mereka. Semoga Allah akan menerima doa-doa kita.Ketahuilah Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Senyum.

Berubah. Sikit-sikit, lama-lama insya Allah jadi bukit. [Kredit]

Agak-agaknya, bila kita nak bermula membuat perubahan pada diri kita? Sekarangkah, esokkah, ataupun bila dah tua nanti? J Mari kita tepuk dada, tanya hati kita.

Wallahualam..




Post a Comment