Sayang dia, fillah.

0 comments

Bismillahirahmanirrahim.



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita hari ini, sehingga kita masih boleh bernafas, berjalan, melihat dan mendengar. Dalam surah Ar-rahman Allah bertanya kepada kita “maka nikmat tuhan manakah yang hendak kau dustakan”. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang mendustakan nikmat ALLAH swt.

Kali ini, hati terpanggil untuk mencoret satu kisah mengenai ukhuwah. Dan saya pasti setiap daripada kita yang sedang membaca susunan bait-bait kata ini mempunyai sahabat, teman, kawan, yang sentiasa bersama kita di saat susah dan senang. Andai anda merasakan anda tidak mempunyai mereka, wajiblah bagi anda untuk menilai kembali adakah anda makhluk asing yang tersesat ke bumi ini. Uhuk. *batuk*

Dalam satu riwayat Rasulullah saw pernah bersabda:
“Ada di kalangan hamba, mereka ini bukan Nabi-Nabi, bukan pula golongan mati syahid, tetapi mereka ini disukai oleh para syuhada dan Nabi-Nabi. Mereka ini tinggi kedudukannya di sisi Allah swt. Lantaran itu di kalangan sahabat-sahabat ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah mereka itu? Maka jawab Rasulullah, “Mereka itu satu kaum yang berkasih sayang kerana Allah swt. Mereka melaksanakan perintah Allah swt. Mereka itu tidak ada sangkutan adik-beradik atau saudara mara. Dan bukan pula kerana harta, mereka berkasih sayang.”


Saya juga manusia biasa, punyai sahabat seperti anda dan sahabat kita pastinya bukan seorang, bukan dua orang malah hampir beratus-ratus dan mungkin mencecah beribu-ribu.
Tapi, sejauh manakah telusnya ikatan ukhuwah yang dibina atas dasar persahabatan itu?
Adakah di antara ratusan sahabat kita itu yang mampu memimpin tangan kita untuk sama-sama mencapai syurga ALLAH?
DAN… Adakah kita juga mampu menarik tangan mereka untuk bersama kita melangkah ke dalam syurga ALLAH ?? atau anda ingin berlari-lari masuk syurga seorang diri tanpa mereka?
Alangkah ruginya anda andai ada yang mahu memimpin tetapi anda menyombongkan diri melepaskan pimpinan mereka lantas meninggalkan mereka. Dan alangkah bongkaknya anda andai anda tidak mahu memimpin tangan mereka kerana anda merasakan cukuplah anda seorang yang mencapai syurga ALLAH tanpa mereka. Itu bermakna anda masih tidak memahami konsep “ Ukhuwah fillah abadan abada “ lantas usah anda mengucapkan “ Ana uhibbukum fillah “.

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
"Tidak beriman seorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." Hadis Muttafaq ‘Alaih.

Dan aturan ALLAH ini sebenarnya sentiasa indah. Mungkin dulu tika kehidupan di zaman jahiliah tanpa mengenal tarbiyah, kita merasakan persahabatan ini cukup sekadar mengharungi ujian dugaan bersama, berkongsi makanan sambil bergelak ketawa, saling tetap berhubungan walau terpisah oleh masa dan ketika, bercerita masalah dan pengalaman semasa, bergurau senda bermanja mesra dan tidak lupa ada ketika berlaku perang dunia ke dua. Itulah erti persahabatan ketika itu, tidak jauh pengertiannya, cukup sekadar berlabel ‘best friends forever’ .

Tetapi apabila mengenal makna erti tarbiyah, insan yang kita rasakan dulu asing buat kita, yang kita anggap sebagai ‘kawan biasa-biasa ’ selama enam tahun lamanya, tidak mustahil jika kini dia mampu menjadi teman yang paling baik buat kita dalam masa beberapa bulan sahaja. Aneh bukan?
Dengan hanya kerana kamu mengenal tarbiyah dan aku juga mengenalnya, walau terpisah jaraknya oleh 2 benua, namun hanya melalui pemahaman tarbiyah itu mampu membina satu ikatan yang amat kukuh hanya kerana-NYA !

sabda Rasulullah SAW:
“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya: ….. Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya.” Hadith Riwayat Bukhari.


Ya, tanpa keimanan, tanpa pentarbiyahan berterusan, tanpa pemahaman, hati ini tidak mungkin bersatu. Jadi amat mustahil untuk kita membina persahabatan dengan matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Mungkin dulu kita bersahabat dengan harapan sahabat kita mampu bersama kita di saat susah dan senang , tapi kini besar harapan kita agar kita punyai sahabat yang mampu mengingatkan kita kepada ALLAH supaya pabila tiba masanya nanti, kita akan saling berpimpinan tangan tersenyum riang melangkah tenang menuju Jannah insyaALLAH 

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW :
“ Bagaimana ciri-ciri orang yang patut aku dampingi (untuk dijadikan teman)? Nabi bersabda : Teman yang patut kamu dampingi ialah yang apabila melihatnya kamu teringat ALLAH, apabila mendengar kata-katanya bertambah ilmu mu dan apabila melihat amalan-amalannya lalu kamu teringat akan akhirat.”



DALAM DAKAPAN UKHUWAH, Salim A Fillah

Ketika kubaca firmanNya, "Sungguh tiap mukmin itu bersaudara"
aku merasa, kadang ukhuwah tak perlu dirisaukan
tak perlu, karna ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita, ukhti sayang
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah muafakat
meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

ya, kubaca lagi firmanNya, "sungguh tiap mukmin itu bersaudara"
aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan

karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai
aku tahu, yang rombeng itu bukan ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
tentu lebih sering, imankulah yang compang-camping

kubaca firman persaudaraan ukhti sayang
dan aku makin tahu, mengapa dikala lain diancamkan ;
"para kekasih pada hari itu, sebagaian menjadi musuh sebagian yang lain...
kecuali orang-orang yang bertakwa"



Buat semua yang saya sayang kerana Allah, semoga syurga Allah milik kita bersama.
SAYANG SEMUA FILLAH 




Post a Comment