Positif

0 comments


Assalamualaikum wbt,

Apabila ada jiwa yang positif,fikiran juga positif dan akhlak jugak terpamer dalam sudut yang positif.Langkah pertama perlu mencari jiwa yang positif.Tetapi bagaimana untuk dapatkan jiwa yang positif?

Prinsip yang teguh.
Prinsip yang teguh di sini ialah memegang pada sesuatu yang teguh.
Firman-firman Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW haruslah menjadi santapan jiwa.Allah banyak mengajar hamba-hambaNya untuk melalui kehidupan ini dengan kisah-kisah rasul-rasul,nabi-nabi,sahabat-sahabat,hamba-hambaNya yang soleh yang boleh kita ambil ikhtibar.Dan juga kisah-kisah orang yang ingkar ajaran dan petunjuk Allah yang boleh kita ambil pengajaran.Menjalani kehidupan sebagai individu di zaman urbanisasi ini banyak dugaannya.

Dengan positifnya jiwa,kita tak mudah jatuh dan menganggap segala dugaan yang menimpa itu satu bebanan dan titik berhenti.Malah kita akan memikirkan dugaan itu satu ujian dari Maha Pencipta untuk menguji hamba-hambaNya.Jika kegagalan mendatang,tetapi dengan individu yang berbekalkan jiwa yang penuh dengan didikan Al Quran dan hadis,kegagalan tidak lagi menjadi sebab penghalang untuk menjadi lebih produktif,maju dan berani untuk keluar dari lembah kegagalan.

Kita boleh berfikir sejenak sebelum mengambil apa-apa tindakan dengan membandingkan apa yang akan bakal terjadi jika kita membuat sesuatu perkara.Pertimbangan itu wajar.Fikiran yang positif juga mampu dimiliki kalau kita sentiasa menunaikan tanggungjawab dan hak tubuh badan.Maksudnya di sini,apabila kita sentiasa bersenam kerana apabila kita bersenam,kita memperbaiki sistem-sistem tubuh badan.Apabila badan sihat,otak pun cerdas.Kan?Apabila jiwa dan fikiran yang positif bergabung,maka zahirlah akhlak yang positif.

Jom tengok balik firman Allah SWT:
''Dan apa saja-perbuatan baik-yang engkau sekalian berikan untuk dirimu sendiri,nanti pasti akan engkau sekalian dapati di sisi Allah,keadaannya adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya dan mohonlah pengampunan kepada Allah ,sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang''(Al-Muzammil:20)

Rasa lagi bersemangat nak jadi orang yang ada fikiran,jiwa dan kelakuan yang positif.Hidup tenang bahagia di dunia dan mendapat ganjaran pahala untuk akhirat yang berganda.Berjaya dunia akhirat.Siapa yang tak nak?

Allah Ta'ala berfirman:
''Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan.''(Al Baqarah:148)

Apabila anda menjadi positif,anda dapat menarik charge-charge negatif di luar sana.Anda tidak akan membiarkan segala kesusahan yang anda hadapi begitu sahaja tanpa usaha penyelesaian.Apabila positif bertemu negatif maka neutral lah jawapannya.Anda akan dapat mengurangkan charge-charge negatif itu sedikit demi sedikit.Dan yang paling untungnya charge positif anda semakin bertambah kuat.Anda dapat menarik charge negatif,yang juga bermaksud anda menarik orang-orang di luar sana yang memerlukan nasihat anda.InsyaAllah.Tak rugi kalau jadi orang yang ada banyak charge positif.Anda membantu diri anda,dan orang di sekeliling anda.Jom jadi insan yang mempunyai positif di jiwanya,fikirannya, dan akhlaknya.Belum cuba belum tahu,tak kenal maka tak cinta.Ayuh!!

Post a Comment