FRIDAY WRAP ( 1 MAC - 7 MAC 2013)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Friday Wrap membawakan kepada anda berita lintas dunia pada minggu ini.

Ahad, 3 Mac 2013
Presiden Filipina Desak Gerila Sulu di Sabah Menyerah


Manila. Presiden Filipina Benigno S Aquino III pada Sabtu (2/3) mendesak pengikut Sultan Sulu, yang bersembunyi di Lahad Datu di negara bahagian Sabah, Malaysia, menyerah tanpa syarat untuk mengelakkan hilang nyawa lebih lanjut. Benigno membuat imbauan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan setelah beliau bertemu dengan beberapa anggota kabinet dan pegawai keselamatan di Malacanang, istana presiden untuk kedua kali sejak pertengkaran Sabah meletus pada Jumaat pagi.

"Jika anda mempunyai aduan, jalan yang anda tempuhi adalah salah. Dan memang, satu-satunya hal yang betul untuk anda lakukan adalah menyerah," kata Aquino.

"Bagi mereka yang mempunyai pengaruh dengan orang-orang di Lahad Datu, saya meminta anda untuk menyampaikan mesej ini: menyerah sekarang, tanpa syarat," tambahnya.

Dua belas pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III maut dalam pertempuran dengan pasukan Malaysia. Dua di pihak tentera Malaysia juga tewas. Orang-orang Kiram pergi ke Sabah tiga minggu lalu untuk menegaskan tuntutan mereka atas bahagian tersebut di Malaysia yang kaya minyak dan mineral itu.

Aquino mengatakan bahawa sejak awal tujuan pemerintahannya adalah bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan pertumpahan darah.

Selasa, 5 Mac 2013
Isytihar perang sekiranya Raja Muda Agmibuddin terkorban

Manila - Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina abs-cbnnews com melaporkan beliau sebagai pemberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak " Apabila anda membuat demikian, ia diibaratkan mengisytiharkan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita".

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.


Selasa, 5 Mac 2013
Serangan Belalang di Israel



Tel Aviv - Israel sedang bersiap dengan serangan hama belalang yang sebelum itu menyerang Mesir. Kawanan belalang ini dijangka akan datang pada waktu cuti Passover yang selalunya dikunjungi para pelancong.

Passover adalah suatu perayaan mengenai bebasnya bangsa Yahudi dari perhambaan bangsa Mesir pada zaman dahulu. Dalam amaran ini biasanya diadakan festival. Tahun ini, Passover berlangsung dari tarikh 25 Mac hingga 2 April 2013.

Festival Passover kali ini tidak hanya akan didatangi oleh pelancong tetapi juga oleh kawanan belalang. Untuk itu, Kementerian Pertanian Israel sudah membuat peringatan kepada para penduduknya, demikian dilihat dari News Australia, Selasa (5/3/2013).

Warga tempatan atau para pelancong diminta segara membuat laporan kepada kementerian tersebut apabila melihat kehadiran belalang. Ini dilakukan untuk pencegahan datangnya kawanan hama tersebut yang boleh merosakkan tanaman dan mengganggu aktiviti-aktiviti di bandar.

Khamis, 7 Mac 2013
Mesir Hukum Pengusaha Era Mubarak 37 Tahun Penjara

Kaherah. Mahkamah Mesir, Selasa (7/3), memvonis Ahmed Ezz - "pengusaha baja" terkenal pada era bekas presiden Hosni Mubarak dan ahli terkemuka parti yang pada waktu itu sangat berkuasa - 37 tahun penjara kerana dakwaan rasuah, menguntungkan diri sendiri dan penjarahan dana negara . Penyidikan mendedahkan Ezza membazirkan dana negara dalam perjanjian untuk membeli syarikat baja milik negara, Ad-Dekheila.

Melalui perjanjian tersebut, Ezz meraih keuntungan peribadi sebanyak 710 juta dolar AS dari 2001 hingga 2011 dengan bantuan para pegawai kanan kerajaan.

Ezz terbukti menyatukan syarikat milik negara, Ad-Dekheila, dengan syarikat baja miliknya sendiri di bawah satu tanda dagang "Ezz Ad-Dekheila".

Ezz, pembantu dekat putra Mubarak - Gamal Mubarak, ditangkap pada akhir Februari 2011, selepas proses besar yang menggulingkan kerajaan Mubarak.


Sekian sahaja berita lintasan Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.






Post a Comment