Pertandingan Travelog AZAM '13: Ikrar Bersaksi

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

(Credit to artneqz)
Di negeri seribu menara,
Aku jumpa seketul bara,
Menyala dalam sekam,
Berakar dalam diam.

Hening menanti fajar sidiq,
Aku dihembus nyawa baru,
Semangat yang makin lena,
Terjaga!
Sayup takbir yang bersahutan,
Seperti petir memanah hati,
Menolak semalam jauh dari nadi,
Melukis esok akan menang kembali.

Berkat barokah bumi khalifah,
Tanah kemarau yang merekah,
Tandus kerana sekularisme yang menjarah,
Kini basah!
Biar hanya gerimis renyai,
Tapi cukup buat bekal,
Untuk menyemai benih iman,
Akan dituai meraih kegemilangan.

Bersaksi dua benua berbeza,
Aku melafaz ikrar,
Asyhaduallailahaillallah, muhammadurrasulullah,
Selagi syahadah terkait di hati,
Selagi itu haqnya akan aku perangi.

~ Ayu Asyraf


Post a Comment