Kek Keju Suka Hati

2 comments
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Segala puji bagi Allah, dapat saya mengetuk papan kekunci untuk berkongsi sedikit resepi, dan anda diberi kesempatan untuk membacanya hari ini.

Apabila berberbicara mengenai seni kulinari, terdapat bebera cabang utama seperti makanan barat, pastri, ukiran dan banyak lagi.

Hari ini, saya ingin menulis mengenai Bakery. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, bakery merujuk kepada kilang roti atau tempat membuat roti. Ia juga dikenali sebagai kedai yang menjual produk berasaskan tepung yang dibakar,antaranya roti, kek, pastri dan pai. Menarik bukan? Jadi insyaAllah kali ini, kita akan bermain dengan tepung pula. Enak dihidangkan sebagai pencuci mulut selepas menjamu  nasi dagang bulan lepas kan?

Oleh kerana kita berada di negara yg kaya dengan keju, jom kita cuba resepi kek keju yang mudah ini. Ayuh tambah kemahiran baru untuk menjadi individu muslim yang sempurna insyaAllah...

Kek Keju Suka Hati





Bahan-bahan
Untuk kek
Cream cheese(сливочный сыр)- 400g 
Sour cream(сметана)-200g( 15% atau 20 %) 
Gula -200g ~ 1 cawan 
Tepung -200g~1 cawan 
Telur-3 biji 
Susu-200ml~ 1 cawan 
Serbuk vanilla- 1 sudu teh +- 

Untuk tapak( base)
Biskut -2 paket kecil ( biasanya saya guna brand юбилейное-традиционное atau biskut marie perisa coklat) 
Mentega/majerin- 100g~150g 

Untuk toping

Buah strawbery/ blackbery beku- 150g +- 
Gula-1/2 cawan( boleh kurangkan ikut selera masing-masing) Atau boleh guna;
Jem strawbery atau mana-mana perisa yang disukai- 4-5 sudu makan 
Butter-2 sudu makan 

Cara-cara.

1. Cairkan mentega/ majerin, dicampur dengan biskut yang telah dihancurkan. Gaul rata dan tekan di dalam loyang pembakar sehingga padat. ( **tips- jangan lupa sapu rata mentega/megerin di seluruh permukaan loyang supaya lebih senang dikeluarkan)

Selepas itu, ketepikan. 

2. Campurkan cream cheese, sour cream ,serbuk vanilla dan gula. Gaul sehingga rata.

( **tips-gaul dengan satu arah untuk mengelakkan gelembung udara apabila dibakar) 

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya tidak berketul. Kemudian masukkan telur satu persatu dan susu. Gaul sebati 

4. Tuangkan di dalam loyang dan boleh dibakar di dalam oven untuk 45 min/160 celcius 

5. Sementara itu, boleh panaskan buahan beku bersama gula diatas dapur. Masak sehingga likat. Kemudian disejukan. Jika anda mengunakan jem yg sudah siap. Panaskan jem di atas dapur dan campurkan dengan mentega agar lebih cair dan likat. Kemudian disejukan. 

6. Akhirnya boleh dihidangkan dengan hiasan mengikut kretiviti. Selamat mencuba semua.

sedia untuk dihidang- hiasan mengikut kreativiti kombinasi warna yg menarik 







wallahua'lam.


2 comments: