TAUBAT..MASIH BELUM TERLAMBAT

1 comments

Bismillahirrahmanirrahim



Pernahkah kita sedar bahawa semakin hari umur kita semakin meningkat ? Mungkin ada di antara kita yang selalu terfikir tentang kenyataan ini tetapi lebih ramai di antara kita yang tidak pernah langsung endah akan hal ini malah tekad dengan prinsip "Hidup masih panjang ! Yang penting enjoy dulu , dah tua nanti kita taubatlah.." ~ Hebatnya kita kerana yakin bahawa Allah akan kurniakan umur yang panjang buat kita menikmati hidup di dunia yang sementara ini.

Cuba kita bayangkan sejenak jika kita berada dalam situasi seseorang yang telah ditimpa kecelakaan dan pada saat itu juga nyawanya diambil serta-merta tanpa kerelaannya . Alangkah sedih seseorang itu kerana Tuhan telah mencabut nyawanya sedangkan ia masih hidup bergelumang dengan dosa . Kalau dulu ia kerap melengah-lengahkan taubat , dan sampai satu masa Allah telah menamatkan riwayatnya di bumi ini hanya dalam sekelip mata sahaja.

Pada saat ia terlantar nazak di antara sedar ataupun koma , maka barulah timbul rasa kesal yang amat sangat dalam dirinya apabila mengenangkan diri yang naif serta dipenuhi dengan dosa dan noda . Apa lagi yang mampu dilakukan pada waktu itu ? Malaikat Izrail datang kepadanya dan tibalah masanya untuk ia berdepan dengan pertarungan Sakaratulmaut yang tentunya sangat pedih dan seksa . . Sesungguhnya Allah juga telah menjanjikan pembalasan yang perit bagi setiap dosa yang dilakukan tanpa taubat kepada-Nya . Na'uzubillah..

. . dan Sampailah satu masa apabila giliran kita pula tiba . .


kita akan berdepan samada pertarungan di antara kematian Suul Khatimah atau Husnul Khatimah (mati dalam keadaan kufur atau mati dalam keadaan beriman) .

Yang manakah kita selayaknya ?

TAUBAT itulah jawapannya ! InshaAllah ~
Allah cinta pada orang yang bertaubat..

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan dirinya.” – al Baqarah : 222

Subhanallah..Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang. Sudahlah manusia itu banyak melakukan dosa dan menzalimi Allah, dan apabila bertaubat, Allah SWT sangat pula mencintai manusia itu. Maka tidakkah hati kita tersentuh dengan ayat ini. Tidakkah kita terasa ingin sujud dihadapan-Nya dengan begitu lama?

Manusia yang zalim dan kejam itu, apabila datang kepada Allah untuk menyerahkan diri, maka Allah akan membuka tangannya menerima penyesalan hamba-Nya. MashaAllah..

Adakah kita masih merasa ragu-ragu dan merasa tidak layak untuk memohon taubat dan bersujud kepada Allah?Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – az Zumar : 53

Wahai sahabat, percayalah dengan janji-janji Allah. Teruskan taubat. Jangan berhenti. Kerana Allah Maha Penerima Taubat.
Dan taubat tidak pernah terlambat selagi belum datangnya hari kiamat. Percayalah bahawa Allah akan memandangmu dengan pandangan rahmat dan menggantikan hidupmu yang dahulu dengan kehidupan baru yang lebih indah didalam keredhaanNya.

“Dan Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hambaNYA dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” – as Syura : 25

Ayuh!! Sama-sama menuju Allah..Segalanya belum terlambat.

Wallahualam..



1 comment: