Bukan sekadar homosapien yang biasa

0 comments
Assalamualaikum wbt.


Kita manusia,ataupun mengikut spesies biologi saintifik ialah homosapien.Kita bukanlah sekadar homosapien yang hanya tahu bangun tidur,pergi ke kelas,makan,tidur tetapi kita ada tujuan kita yang luar biasa iaitu untuk menjadi khalifah yang memakmurkan alam dan menjalankan ibadah padaNya.Jom jadi homosapien yang luar biasa dan hebat.

Pernah tak merasakan perkara yang menimpa sebagai suatu bebanan pada jiwa?Macam lori yang membawa muatan yang lebih hadnya merangkak mendaki bukit dengan perlahan .Hidup ini tak senangkan?Siapa yang dapat lari dengan ujianNya?Hanya Firman Allah yang dapat menenangkan hati hamba-hambaNya yang lemah ini.

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Berbeza tak orang yang sabar dan cuba untuk selesaikan sesuatu perkara berbanding dengan orang yang hanya duduk di rumah goyang kaki laju-laju?

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

Wah,untungnya dan bahagianya apabila baca ayat di atas, Allah menjanjikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.Untung dan hebatkan orang yang sabar dan hanya berharap padaNya, cuba berusaha memerah keringat,memikirkan idea untuk mencari jalan bagi menyelesaikan sesuatu perkara.

Untuk apakah bebanan yang bertalu-talu ini?Jom kita tengok hadis ini:
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR. Tirmidzi, hasan sahih)

Manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesalahan,kerana kita selalu alpa.Tetapi,Maha Pencipta begitu Maha Penyayang pada hamba-hambaNya dengan memberi peluang pada hamba-hambaNya untuk sentiasa dalam keadaan bersih dari dosa.Apa lagi keluhan kita?

Apa peranan kita?Ayuh kurangkan keluhan,perhebatkan panjatkan kesyukuran,perhebatkan frekuensi berdoa,perhebatkan amalan membaca al quran,perhebatkan mempraktiskan akhlak yang mulia,perhebatkan jiwa dalam mengesakanNya dalam semua perkara,perhebatkan jasmani dan perhebatkan minda.



Jom hayati kata-kata pujangga di bawah,
''Menjadi orang hebat bukan satu pilihan,tetapi suatu perjuangan kerana syurga hanya menerima orang-orang yang hebat''.

Post a Comment