Bismillah.
Assalamualaikum wbt.
Nasi. Makanan rutin rakyat Malaysia sama ada ketika berada dalam negara atau luar negara. Dan apabila kita berada di Russia sekali pun, mesti kita tetap mempunyai keinginan untuk memakan nasi. Ayuh, kita lihat beberapa 'Do's and Dont's' ketika memasak nasi.
Tips Ringkas
1. Saat membeli beras, pilihlah beras yang masih baru dengan ciri warnanya putih bersih, baunya harum, dan bentuknya panjang, serta tidak banyak patah.
2. Agar gizi beras tidak terlalu banyak hilang saat mencuci, jangan mencuci beras berkali-kali. Cukuplah sekadar membilas dua atau tiga kali dengan air bersih.
3. Agar aroma menjadi wangi, masukkan 1-2 lembar daun pandan saat hendak memasak nasi.
4. Agar nasi tidak cepat berair dan basi, terus tutup api nasi ketika nasi telah masak. Lalu buka penutup periuk nasi dan biarkan wap panas keluar dari dari periuk untuk mengelakkan terlebih masak.
Kesalahan tatkala memasak nasi.
1. Memberikan terlalu sedikit atau terlalu banyak air
Ketika memasak nasi, yang anda harapkan adalah beras yang mengembang sempurna menjadi nasi. Namun seringkali kita memberikan air terlalu sedikit sehingga nasi menjadi keras, atau malah menjadi lembik kerana airnya terlalu banyak. Jika anda menggunakan jenis beras baru yang belum pernah anda gunakan sebelumnya, masaklah 1 cup beras dengan 1 cup air.
2. Menutup nasi terlalu lama
Jangan biarkan nasi dalam keadaan terus tertutup setelah nasi matang, kerana wap panas yang terkurung dalam periuk nasi akan tetap berputar di dalam dan membuat proses pemasakan nasi tetap berlangsung meskipun api sudah dimatikan. Hal ini akan membuat nasi menjadi lebih lembik. Sebaiknya setelah nasi masak, biarkan tertutup selama 10 minit, kemudian hilangkan wap panasnya dengan cara meratakannya dengan garpu secara merata agar wap panasnya keluar. Namun jangan terlalu lama mengacaunya.
3. Terlalu sering dikacau.
Biasanya, anda selalu mengacau nasi untuk mengelakkan nasi tidak masak. Namun, sebenarnya anda tak perlu mengacau nasi yang dimasak terlalu banyak kali kerana proses ini akan mengaktifkan kandungan pati dalam nasi, dan akan membuat nasi melekat satu sama lain dan berair. Proses ini yang terlalu sering juga akan membuat nasi cepat lembik dan hancur, bahkan halus seperti bubur.
4. Menambahkan garam
Nasi sebenarnya agak sama dengan pasta. Jika anda menambahkan garam ke dalam air, maka nasi akan menjadi lebih cepat lunak dan hancur, padahal belum masak dengan sempurna.
5. Menggunakan suhu tinggi
Jika memasak di atas dapur, mulai memasak sampai beras anda mendidih. Kemudian turunkan perlahan suhunya sampai suhu rendah. Jika anda memasak nasi dengan suhu atau api yang terlalu tinggi, airnya akan cepat menguap sementara beras belum masak. Sebaiknya, masak beras dalam suhu rendah atau api kecil sehingga suhunya akan stabil dan nasi masak sempurna.
Wallahu'alam.
maksih tipsnya, sangat membantu
ReplyDelete"Rahasia Cepet Kaya Lewat ONLINE"
www.mudahumroh.com