Pernahkah kita sedar bahawa semakin hari umur kita semakin meningkat ? Mungkin ada di antara kita yang selalu terfikir tentang kenyataan ini tetapi lebih ramai di antara kita yang tidak pernah langsung endah akan hal ini malah tekad dengan dengan prinsip "Hidup masih panjang ! Yang penting enjoy dulu , Dah tua nanti kita taubatlah.." ~ Hebatnya kita kerana yakin bahawa Tuhan akan kurniakan umur yang panjang buat kita menikmati hidup di dunia sementara ini .
Cuba kita bayangkan sejenak jika kita berada dalam situasi seseorang yang telah ditimpa kecelakaan dan pada saat itu juga nyawanya diambil serta-merta tanpa kerelaannya . Alangkah sedih seseorang itu kerana Tuhan telah mencabut nyawanya sedangkan ia masih hidup bergelumang dengan dosa. Kalau boleh,biarlah setiap saat yang berlalu tu kita penuhkan dengan amal. Dan maksud beramal itu sendiri bukanlah bermakna kita 24 jam berada di tikar sejadah. Islam itu mudah sebenarnya.
Apa-apa yang kita buat,dengan niat keranaNya sudah cukup untuk dianggap sebagai ibadah. Tak kiralah aktiviti apa pun. Makan,mandi,tidur semuanya boleh dianggap ibadah. Tapi, kadang kala, tanpa kita sedar, banyak masa kita dihabiskan dengan melakukan sesuatu yang lagha. Dan ada pula perkara yang kita rasa dah betul,tapi rupa-rupanya masih di anggap lagha di sisi Islam. Bahaya kan?
Menurut Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
Jadi,insyaAllahlah,dengan perkongsian saya yang xseberapa ni boleh digunakan untuk kita berusaha mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Manusia itu tidak sempurna tapi kita boleh berusaha untuk jadi sempurna. Muhasabah kembali, apa yang kita lakukan sehari-hari. Dan paling penting, apa yang kita lakukan itu perlulah diniatkan kerana Allah. Wassalam.
Post a Comment