Are you ready?

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt



Alhamdulillah atas satu lagi hari yang Allah kurniakan untuk kita makhluknya masih kekal bernafas dalam hembusan iman dan islam, masih lagi terpelihara dalam lingkungan taqwa.

Kata imam al-ghazali, “Apabila seseorang itu bangun pada waktu pagi, ketahuilah bahawa Allah berkehendak memberi ia kesempatan untuk bertaubat”

Soalan untuk diri kita, apakah kita sudah bertaubat untuk hari ini? Nabi Muhammad SAW junjungan kita, dalam sehari sahaja paling kurang 100 kali diulang kalimah “astaghfirullahal azim”. Nah itu manusia yang dijanjikan Allah takkan disentuh api neraka.
Kita?
Apakah sudah at least sekali melafazkan taubat sepenuh hati, dalam sehari dua ini?
Dalam minggu ini?
Dalam bulan ini?
Bertaubatlah sementara dada masih bisa bernafas, sementara mulut masih bisa digerakkan melafaz kalimah taubah, sementara hati masih terpaut dalam dakapan jalan yang lurus.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pemergian beberapa insan ajaib istimewa yang dijemput Allah pulang ke sisiNYA. Mungkin ada di antara kita kenal siapa itu Muhammad Nur Iman Shafiq bin Abdul Rahman. Sungguh beliau bukan siapa-siapa di kalangan kita, jika beliau masih hidup pun, kita barangkali tidak mengenali beliau. Pun begitu setelah pemergian beliau, Allah angkat namanya seharum nama-nama lain yang turut memperjuang kalimah suciNYA.

Kurang lebih dua bulan yang lepas, Siti Hajar Binti Ahmad Sabir, juga telah pergi meninggalkan kita. Ketabahan, keyakinan, keutuhan iman beliau, itu yang sangat-sangat meninggalkan kesan di hati kita. Sungguh kisah mereka menyayat hati, meruntun perasaan, menggoncang jiwa ini untuk terus melaju berbakti atas nama islam.

Maka hari ini, mari kita muhasabah diri, apa yang telah kita perbuat dalam menyediakan diri menghadapi sakaratulmaut dan akhirat kelak?
Are you ready?

Kita sememangnya takkan pernah bersedia sepenuhnya, tapi adakah kita telah berusaha sehabis baik untuk menghadapinya? Bukankah usaha itu tangga untuk menggapai redhanya, agar kita tidak dicampak ke neraka, bahkan diiring ke syurga kekal abadi?

Maaf andai entry ini terlalu banyak persoalan yang dihumban, pun begitu ianya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyedarkan hati kita yang masih lagi belum terbuka luas kelopak matanya, terutamanya hati saya sendiri.
Apa-apa pun, hidup ini perlu diteruskan, namun adakah kita mahu terus seperti hari-hari gelap kita sebelum ini, ataupun beralih arah mengikut angin islam hakiki menuju negeri abadi?

Wallahua’alam



Link untuk sesiapa yang tidak mengenali insan-insan yang disebutkan di atas:

http://angelwearsgucci.blogspot.ru/2013/03/iman-si-mujahid-setia.html
http://aisyahumairah30.blogspot.ru/2013/01/siti-hajar-binti-ahmad-sabir.html


Post a Comment