Bismillahirahmanirrahim .
Firman Allah dari surah
An-Nisa' ayat 1:
“Wahai sekalian
manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula)
dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan -
lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu.”
Allah menciptakan
pasangan bukan dari unsur yang lain tetapi Allah menciptakan seorang lagi
sebagai pasangan daripada diri Adam itu sendiri. Jelaslah bahawa Hawa itu
diciptakan daripada diri Adam. Seperti juga Allah sebutkan dalam surah Ar-Rum
ayat 21:
“Dan di antara
tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan
dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”
Lelaki dan perempuan
berasal dari satu jiwa. Jadi antara lelaki dan perempuan ada persamaan.
Kedua-duanya adalah manusia. Jadi mereka mempunyai taraf kedudukan yang sama
kecuali taqwa sahaja yang akan membezakannya.
Perkahwinan itu
tujuannya adalah untuk melahirkan khalifah. Allah telah memilih cara atau
wasilah untuk melahirkan khalifah dengan melalui zuriat. Oleh sebab itu,
perkahwinan itu mestilah dalam keadaan terhormat dan suci murni. Allah swt
mengatur pertemuan antara lelaki dan perempuan dengan mensyariatkan
perkahwinan. Namun, lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin pun mampu
melahirkan zuriat juga, tapi keturunan yang dilahirkan itu tidak dijamin
kesejahteraannya kerana tiada ikatan perkahwinan.
Masyarakat pada masa
sekarang banyak terlibat dengan zina dan kes membuang bayi semakin meningkat.
Jika bayi itu dibiarkan macam itu sahaja maknanya tiada nilai untuk menjadi
khalifah. Sebab itu Islam mensyariatkan perkahwinan.
Dalam Islam perkahwinan
itu satu ibadah kerana ia merupakan satu tuntutan syariat oleh Allah swt.
Apabila mula merancang untuk berkahwin, itu sudah dikira sebagai ibadah. Islam
mengajar cara istikharah,meminang dan menikah. Semua ini ibadah yang membuahkan
pahala apabila kita ikut langkah-langkah yang disyariatkan. Selepas berkahwin,
perlu untuk melaksanakan tanggungjawab dan hak suami dan isteri kerana ia juga
merupakan satu ibadah.
Kata-kata Imam
Al-Ghazali
“Tujuan mendapat anak
adalah mengekalkan keturunan supaya bumi ini tidak kosong tanpa manusia.
Syahwat hanyalah sebagai pencetus mendorong ke arah itu.”
Jadi tujuan utama
perkahwinan bukan untuk memenuhi syahwat semata-mata tapi untuk melahirkan
anak. Syahwat itu hanyalah sebagai alat sahaja untuk mencapai matlamat iaitu
dapat melahirkan anak. Jika manusia itu mencari syahwat sahaja dalam
perkahwinan, maka samalah dia dengan haiwan.
Tujuan diciptakan
pasangan adalah untuk mendapat ketenangan dan kasih sayang antara suami isteri.
Apabila wujud kasih sayang dan ikatan antara suami dan isteri maka lahirlah
rasa tenang. Tiada ketenangan sebelum perkahwinan. Jika ada maknanya itu
hanyalah hawa nafsu semata-mata.
Akad nikah mempunyai
pelbagai maslahah agama dan dunia. Antaranya perkahwinan dapat melindungi
urusan wanita dan nafkahnya. Allah menyuruh lelaki menjadi pemimpin, pelindung
dan pembimbing bagi kaum wanita. Jadi jika tiada perkahwinan, wanita tidak akan
dilindungi dan dipimpin. Bukan bermaksud wanita itu lemah tapi Allah jadikan
keseimbangan dan melengkapkan antara lelaki dan perempuan.
Tujuan-tujuan
perkahwinan:
1.
Melindungi
wanita
2.
Memelihara
maruah dan elakkan zina
3.
Meramaikan
hamba Allah dan umat Nabi Muhammad saw
-merealisasikan impian baginda
Sabda baginda:
“Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada
Hari Kiamat nanti.”
Konklusinya, bila kita
berkahwin, kita telah memenuhi tuntutan agama dan menjadi satu kebanggaan.
Galakan supaya
berkahwin
Surah An-Nur ayat 32:
“Dan kahwinkanlah
orang-orang yang sendirian di kalangan kamu, dan orang-orang yang layak
[berkahwin] daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu
yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan
kurniaanNya. Dan Allah Maha luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui.”
Ayat ini ditujukan
kepada wali iaitu ayah-ayah yang mempunyai anak yang sudah sampai umur untuk
berkahwin tidak kira lelaki atau perempuan.
Apabila seseorang itu
tidak mampu untuk mengawal dirinya dari terjebak dalam zina, maka wajiblah dia
berkahwin. Permulaan kepada perkahwinan adalah memilih calon. Disebabkan
perkahwinan ini disyariatkan dalam Islam, Islam telah menggariskan beberapa
panduan atau cara menjaga batas,tuntutan dalam meminang dan sebagainya.
Ingin mengetahui
cara-cara memilih calon dan proses meminang? Jangan lupa untuk mendengar kuliah
seterusnya.
Wallahu 'alam
Post a Comment