Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.
Kebiasaannya, lelaki akan
mengalami kerisauan untuk menanggung seorang perempuan dalam
hidupnya. Namun Allah berfirman:
Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)
Allah menjanjikan kepada
sesiapa yang berkahwin berupa rezeki kekayaan dengan limpah
kurniaNya. Rezeki kekayaan itu termasuklah harta, kesihatan dan
sebagainya.
Apabila kita mula bekerja,
kita akan menghadapi kesukaran untuk menentukan jumlah pendapatan
kita. Kita perlu merancang dan menyimpan wang pendapatan kita.
Kita boleh bergantung pada
simpanan pada masa kecil dahulu. Dan hanya digunakan selepas
mendirikan rumah tangga kerana kita akan boros dalam penggunaan wang
sebelum kahwin.
[ credited]
Memilih pasangan
Kita haruslah memilih
pasangan yang bagus dalam pengurusan kewangan. Elakkan memilih
pasangan yang high maintainence kerana dia akan menghabiskan banyak
wang untuk perkara sia-sia seperti shopping, telefon bimbit, rokok
dan sebagainya.
Hantaran perkahwinan
Kita perlu ubah adat
masyarakat melayu yang suka meletakkan wang hantaran yang sangat
tinggi. Wang hantaran perlulah seimbang dengan kemampuan bakal suami
atau isteri kita nanti supaya perkahwinan itu dipermudahkan. Elakkan
berhutang selepas kahwin kerana ada kes cerai yang melibatkan hutang
yang tidak mampu diselesaikan.
Walimatul urus
Lakukanlah secara
sederhana. Jemputlah orang-orang yang rapat dengan kita sahaja. Dan
boleh juga menghebahkan perkahwinan kita pada orang lain hanya
melalui media sosial.
Sebelum berkahwin bolehlah
cuba untuk menghadiri majlis perkahwinan yang sederhana untuk
mendapat gambaran. Jika ibu bapa inginkan majlis secara
besar-besaran, minta bantuan kewangan dari mereka.
Souvinier kahwin
Elakkan dari memberi
souvinier yang tidak bermanfaat pada tetamu.contohnya gambar
pengantin.yang tidak boleh digunakan di waktu hadapan.
Sewa rumah
Belilah rumah yang
berpatutan. Elakkan menyewa. Belilah rumah atas dua nama untuk
memudahkan insuran di masa hadapan dan pinjaman bank selama 20 atau
25 tahun supaya pada umur 50 tahun sudah selesai hutang. Pilih
peralatan rumah yang perlu dahulu seperti tilam dan peralatan dapur.
Cadangan untuk pasangan
baru:
Bincanglah bersama-sama
untuk uruskan pendapatan dan perbelanjaan bersama.
Tidak boleh merahsiakan
hutang antara pasangan contohnya hutang PTPTN, hutang kawin dan
sebagainya. Kita juga perlu berterus terang antara sama lain.
Keperluan keluarga sendiri
pula, untuk isteri perlu meminta izin suami untuk memberi wang kepada
ibu bapa. Boleh juga kongsikan tabiat berbelanja antara satu sama
lain. Pasangan perlulah bertolak ansur dalam merangka perbelanjaan
rumah tangga.
Mulakan simpanan terutama
untuk kecemasan dalam 10% dari wang pendapatan.
Elakkan penggunaan kredit
kad kerana kita akan mudah boros. Jika perlu hadkan penggunaan
sehingga RM3000 sahaja. Jika ada hutang kredit kad perlu selesaikan
sebelum kahwin dengan segera. Kalau ingin berbulan madu, pilihlah
tempat yang bajet rendah atau saudara-mara yang boleh sponsor.
Contoh cara pembahagian
wang pendapatan.
Peraturan 40:30:10:10:10
40% - Perbelanjaan
30% - Hutang
10 % - Perlindungan
10% - Pelaburan
10% - Kecemasan / Misc.
? % - Aktiviti
dakwah/kebajikan/Infaq
? % - Percutian
Memastikan perlindungan
-Mati
-Jatuh & patah
-Kena langgar
-Cacat
-Penyakit
Berapa minimum takaful
hayat?
Ada 2 cara:
- Minimum setahun perbelanjaan keluarga
- Contoh RM3000x12 bulan= RM3600 setahun
- Perbelanjaan untuk seorang anak dalam lingkungan RM20-50 ribu
Wallahualam.
Nantikan kuliah kami seterusnya di minggu hadapan.
Post a Comment