Resipi kek batik

0 comments
Assalamualaikum w.b.t. Hi, kali ini pihak Azam ingin membawakan satu resipi mudah dan ringkas tapi hasilnya memang yummy. Bagi mereka yang tiba-tiba sahaja mengidam dessert, tapi mempunyai kekangan masa, ini resipi yang sesuai untuk menghilangkan rasa mengidam anda kerana ia cukup mudah dan tidak memakan masa yang lama untuk disediakan. Atau bagi abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang menganjurkan aktiviti keramaian di mana anda perlu menyediakan pemanis mulut dalam kuantiti yang banyak, kek batik adalah antara pilihan yang bernas. Percayalah ia cukup mudah!
pic credit to: http://hanamemories.blogspot.ru/2011/03/kek-batik.html

Bahan-bahan - 250 g Marjerin atau Butter - Satu tin susu pekat - Satu cawan serbuk koko - Satu cawan Nesquick atau Milo - 4 biji telur (dipukul) - 3-4 paket biskut Marie (dipatah dua) Cara-cara - Cairkan Marjerin atau Butter di atas api. Apabila cair sepenuhnya, masukkan susu pekat. Kacau sehingga rata. - Masukkan serbuk koko, Nesquick atau Milo sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga sebati. - Masukkan telur yang telah siap dipukul ke dalam adunan perlahan-lahan. Jangan terlalu cepat, bimbang telur menjadi masak di dalam adunan. - Masukkan biskut Marie ke dalam adunan, gaul rata - Tuang adunan ke dalam tupperware yang sudah dilapik plastik, tekan adunan sehingga padat - Masukkan ke dalam peti sejuk p/s: Kek batik tersebut juga enak dimakan panas-panas, cuma bentuknya tidak cantik. Kalau anda suka boleh asingkan kek batik ke dalam mangkuk untuk dimakan panas, selebihnya disimpan di dalam peti sejuk sehingga keras. Selamat mencuba!


Post a Comment