Assalamualaikum w.b.t.
Aduhaii sedap nya, macam mana nak diet
ni? Apa nak buat ni? Hmmmm tapi hurm tak apalah. Cheating day okay hari ni?
Hari ni sahaja. Janji. hikhik
Bosan dengan nasi? Mehla beralih ke
spaghetti! Resepi biasa-biasa sahaja tetapi yang biasa itu la lagi best, ye dak?
Bahan-bahan
:
200
gram spaghetti yang direbus
Sedikit
minyak
1
batang serai –diracik halus
5-6
ulas bawang putih – dicincang halus
1
biji telur
Sedikit
perahan lemon
1
genggam udang
Sedikit
lada benggala
Daun
parsley
½
sudu teh lada hitam
1-2
sudu sos tiram
Sedikit
serbuk pati ayam
Garam
secukup rasa
Cara-cara
:
1. Panaskan
sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih. Biarkan seketika sehingga
harum.
2. Kemudian
masukkan serai yang telah diracik halus dan pecahkan telur.
3. Masukkan
lada benggala dan udang yang telah dikupas kulitnya.
4. Apabila
udang telah masak, masukkan sos tiram, daun parsley, lada hitam dan perahan
lemon.
5. Masukkan
spaghetti yang telah direbus dan tambah sedikit garam dan kiub pati ayam.
Mee
tu macam biasa. Rebus sampai lembut, letak garam lepas mendidih. Minyak jangan
lupa! Lepas tu tapis, basuh dengan air sejuk supaya struktur lawa.
Takde
serai? Tuu roommate ade, jangan risau. Pinjam se (baca satu) nanti balik Malaysia
ganti.
Perahan
lemon lagi banyak lagi best!
Itu
je kot. Boleh tambah bahan-bahan yang nak ikut citarasa sendiri. Jangan buang
duit makan dekat luar even currency turun
Buat
yang nak diet, harini je okay cheating day? Hihi
Adios.
Selamat mencuba dan salam!
Post a Comment