FRIDAY WRAP 13 MAC 2015

0 comments


Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera. Friday Wrap kini kembali membawakan isu-isu hangat untuk para pembaca. Semoga bermanfaat...




PENEMPATAN YAHUDI DI TEBING BARAT KINI MELEBIHI 350 000





ISRAEL TIDAK AKAN SERAH WILAYAH PALESTIN - NETANYAHU

Isnin, 9 Mac 2015


Benjamin Netanyahu. - Foto REUTERS


BAITULMAQDIS: Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata Israel tidak akan menyerahkan sebarang wilayah berikutan keadaan semasa di Asia Barat, sekali gus menolak kemungkinan penubuhan negara Palestin.
Kenyataan Netanyahu itu yang dibuat ketika beliau cuba memenangi sokongan puak tegar menjelang pilihan raya kebangsaan minggu depan, jelas menolak matlamat utama masyarakat antarabangsa dan bakal menjejaskan usaha damai jika beliau dipilih semula.

"Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata sebarang wilayah yang dikosongkan akan jatuh ke tangan pelampau dan pertubuhan pengganas yang disokong Iran. Justeru, tidak akan ada penyerahan dan pengunduran. Ia tidak relevan," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan parti Likud.
Pejabat Netanyahu menjelaskan kenyataan itu mencerminkan pendirian beliau selama ini.
Masyarakat antarabangsa sudah lama berusaha untuk penubuhan negara Palestin di atas wilayah yang ditawan Israel pada Peperangan Asia Barat pada 1967.
Pada 1993, Israel dan Palestin memeterai perjanjian sementara yang akan menjurus kepada penamatan konflik Israel-Palestin.

Beberapa pusingan rundingan damai diadakan sejak itu dengan yang terbaharu menemui jalan buntu tahun lalu.

Pegawai Palestin, Saeb Erekat, berkata Netanyahu menggunakan persengketaan serantau sebagai alasan.
"Hari ini Netanyahu menunjukkan wajar sebenar beliau. Sejak 1993, beliau berusaha keras untuk memusnahkan usaha damai dan penyelesaian dua negara," kata Erekat.
Menjelang pilihan raya kebangsaan, puak sederhana dan parti berhaluan kiri menyatakan mereka menyokong usaha menyambung rundingan damai dengan Palestin.
Tiada reaksi segera daripada Amerika Syarikat.


Sejarah Palestin

Bumi Palestin memiliki kedudukan yang istimewa dalam hati setiap Muslim sebagai tanah yang suci dan berkat dalam al Quran al Karim. Di sini terletak Masjid al Aqsa sebagai kiblat pertama orang Islam dan juga masjid ketiga umat Islam, ia juga merupakan bumi Israk Rasulullah selain menyaksikan kelahiran dan kewafatan nabi-nabi yang disebut dalam al-Quran.



Masjidil Aqsa


Di dalam Islam ia dikira sebagai Tanah Pusaka Islam, orang yang bermukim di sana dikira mujahid di Jalan Allah, sebagai pusat golongan yang mendapat pembelaan yang teguh di atas kebenaran sehingga hari kiamat.
Bumi Palestin juga merupakan tanah suci orang Yahudi dan Nasrani: Yahudi menganggap Palestin sebagai tanah yang dijanjikan dan paksi sejarah mereka serta persemadian nabi-nabi mereka. Manakala Nasrani/Kristian menganggapnya sebagai tempat lahir agama mereka ; yang mana Isa alaihi salam telah dilahirkan dan tapak permulaan dakwahnya. Di sini juga pusat-pusat keagamaan mereka yang besar seperti al Quds, Bait Lahm dan an Nasirah.



Upacara keagamaan Kristian di Bait al-Lahm

Orang Muslim beriman bahawa mereka pewaris yang sebenar pada pusaka-pusaka nabi Dawud , Sulaiman dan nabi-nabi Bani Israel dan orang-orang soleh mereka, dari mereka yang pernah memerintah Palestin sejak zaman-berzaman di bawah panji Tauhid; kerana orang Muslimlah yang mengangkat panji Tauhid selepas mereka, dan melalui resam nabi-nabi. Orang Muslim yakin bahawa orang Yahudi telah memesong dari kebenaran dan menyelewengkan kitab-kitab mereka, membunuh nabi-nabi mereka serta mendapat laknat dan kemurkaan Allah.
Semasa pemerintahan Yahudi dan Nasrani ke atas Palestin terutamanya Baitul Maqdis, mereka telah menyekat dan menolak kehidupan masyarakat berbilang agama dan melebihkan pengikutnya serta berusaha menghapuskan selain mereka. Adapun orang Muslim sikap mereka dibina di atas tolak ansur dan menerima kehidupan majmuk dan memelihara hak-hak orang lain dan membelanya.


Yahudi Tidak Memiliki Hak di Bumi Palestin.

Sesungguhnya bangsa yang paling lama menduduki Palestin dan persekitarannya adalah Bangsa Kan’an yang telah berhijrah dari Semenanjung Arab sejak sekitar 4500 tahun. Pada waktu itu Palestin dikenali dengan nama Tanah Kan’an dan bangsa Palestin yang ada hari ini adalah susur galur Kan’an. Penduduk Palestin sendiri sebahagian besarnya telah memeluk Islam dan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa mereka sejak kedatangan Islam. Syiar-syiar Islam telah wujud di bumi Palestin sejak zaman pembukaan Palestin pada tahun 15 Hijrah/636 Masehi sehingga sekarang, walaupun sebahagian besar penduduk Palestin telah dihalau keluar secara paksa oleh Rejim Zionis sejak tahun 1948.
Bangsa Palestin telah memakmurkan bumi Palestin kira-kira 1500 tahun sebelum terdirinya Negara Yahudi. Yahudi hanya memerintah sebahagian dari Palestin dalam tempoh sekitar 4 kurun terutama antara 1000 sehingga 586 BC. Lalu tamatlah pemerintahan mereka seperti mana telah tamat pemerintahan Kaum lain seperti: Assyria, Farsi, Firaun, Greek dan Rom. Sedangkan Bangsa Palestin terus menetap di bumi itu.
Adapun pemerintahan Islam yang paling panjang iaitu 636M sehingga 1917M tidak termasuk tempoh perebutan dalam Perang Salib yang berlanjutan 90 tahun iaitu sekitar tahun 1200. Seraya Yahudi telah terputus hubungan dengan tanah Palestin selama 1800 tahun sejak 135 Masehi sehinggalah kurun ke-20. Bahkan telah diharamkan dalam ajaran agama mereka untuk kembali ke Palestin.
Sebahagian besar (80%) dari Yahudi hari ini menurut kajian beberapa pengkaji Yahudi sendiri seperti penulis terkenal Arthur Koestler dalam bukunya “The 13th Tribe” tidak memperakui dari segi sejarah kaitan antara Yahudi moden dengan Palestin. Mereka ini tidak diperakui sebagai sebahagian daripada kaum Bani Israel. Majoriti Yahudi hari ini berasal dari Yahudi Khazr “Ashkanz” iaitu sebuah kabilah dari Tartar-Turki Kuno yang menetap di Utara Kaukasus dan telah menjadi Yahudi pada kurun ke-8 Masehi. Maka seandainya ada hak untuk kepulangan Yahudi maka bukanlah Palestin tetapi selatan Russia.





Manakala dakwaan yang mengaitkan Yahudi dengan Palestin tidak berdiri di atas hakikat kebenaran kerana terdapat sebahagian besar Bani Israel tidak mahu mengikut Nabi Musa alaihi salam dalam perjalanan baginda menuju ke bumi Baitul Maqdis. Sepertimana mereka menolak untuk menyertai kepulangan ke Bumi Palestin dari Babylon selepas diusir kerajaan Parsi pada masa itu. Sepanjang sejarah sehinggalah kini jumlah Yahudi di Palestin tak pernah melebihi 40% dari jumlah mereka di seluruh dunia.

Penubuhan gerakan Zionis bertujuan untuk mewujudkan jajahan Yahudi di Palestin. Sesungguhnya ideologi menubuhkan gagasan Yahudi untuk memainkan peranan “Negara Tempahan” yang didukung oleh penjajah Barat , terutamanya Britain, menjadi lambang kemuncak bahaya Barat-Yahudi. Langkah ini bertujuan memisahkan dua sayap Alam Islami di Asia dan Afrika kepada dua pecahan yang terpisah. Usaha ini akan membawa kepada menghalang penyatuan terus melemahkan dan memastikan perpecahan yang berterusan, lemah untuk melakukan perubahan.
Pertubuhan Zionis Antarabangsa telah ditubuhkan di Switzerland pada Ogos 1897 di bawah pimpinan Tudor Heartzel. Mereka telah bergabung dengan projek penjajahan Barat, tetapi gagal untuk memperolehi sebarang hasili sehingga akhir perang dunia pertama.


7 MAUT DALAM KEBAKARAN DI PUSAT BELI BELAH RUSSIA
Jumaat, 13 Mac 2015



KAZAN - 7 maut dan kira-kira 25 orang dilaporkan hilang selepas sebuah pusat membeli-belah di sini terbakar, kata pegawai. Anggota penyelamat membersihkan sisa bangunan tiga tingkat yang musnah dalam kebakaran di Kazan, ibu negeri Tatarstan terletak kira-kira 800 kilometer timur Moscow.
"Mereka masih perlu menempuh sisa bangunan sebanyak 8,000 kubik meter," kata jurucakap kementerian hal ehwal kecemasan di Tatarstan.




ANGGOTA penyelamat membawa mangsa keluar dari bangunan pusat membeli-belah yang musnah dalam kebakaran di Kazan. - Foto AFP


Tujuh yang maut termasuk seorang wanita sudah disahkan terkorban. Dua mangsa berasal dari Tajikistan. Katanya, kementerian kecemasan tidak akan mengumumkan nama yang masih hilang selagi tidak menemui mayat mereka. Pengarah Kementerian Hal Ehwal Kecemasan, Igor Panshin berkata, 25 orang yang hilang itu mungkin berada di bawah timbunan runtuhan. - AFP



SAHAM KL DITUTUP RENDAH


KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah hari ini berikutan kekurangan pemangkin bagi memacu pasaran.
Pada 5 jam petang, indeks utama itu ditutup pada 1,781.75 iaitu susut 5.12 mata selepas berlegar antara 1,781.75 dan 1,789.36 sepanjang hari.

Bagi saham paling aktif, Sumatec naik 4.5 sen kepada 25 sen, Nexgram untung setengah sen kepada 12 sen namun Genetec Technology dan Wintoni susut 2.5 sen kepada 21 sen dan 37 sen.
Sentimen pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 471 berbanding 372 dengan 308 kaunter tidak berubah, 616 tidak diniagakan dan 10 lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada 2.96 bilion saham bernilai RM1.82 bilion berbanding 2.94 bilion saham bernilai RM2.18 bilion, semalam.
Indeks FBM Emas susut 40.11 mata kepada 12,285.05, Indeks FBMT100 merosot 42.45 mata kepada 11,966.49 manakala FBM Ace jatuh 13.86 mata kepada 7,080.73.
Indeks FBM Emas Syariah susut 47.61 mata kepada 12,878.89 manakala FBM 70 merosot 78.31 mata kepada 13,299.4.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan susut 23.7 mata kepada 3,262.45, Indeks Perladangan turun 16.5 mata kepada 7,770.79 dan Indeks Kewangan merosot 11 mata kepada 15,858.72.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan berkurangan kepada 1.37 bilion unit bernilai RM1.55 bilion daripada 1.43 bilion unit bernilai RM1.87 bilion, semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE adalah tinggi pada 1.49 bilion saham bernilai RM255.41 juta berbanding 1.40 bilion saham bernilai RM292.72 juta yang dicatatkan semalam.

Waran sebaliknya merosot kepada 84.76 juta unit bernilai RM13.14 juta daripada 102.49 juta unit bernilai RM16.85 juta, sebelum ini. Barangan pengguna menyumbang sebanyak 111.51 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perindustrian (224.74 juta), pembinaan (61.27 juta), perdagangan dan perkhidmatan (701.08 juta), teknologi (99.93 juta), infrastruktur (10.81 juta), SPAC (32.85 juta), kewangan (39.68 juta), perhotelan (3.91 juta), hartanah (70.96 juta), perladangan (13.14 juta), perlombongan (67,400), REIT (5.52 juta) dan dana tertutup (7,100).


"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." - Ali Imran Ayat 103














Post a Comment