SEKITAR SAMBUTAN HARI WANITA

0 comments

[Nizhny Novgorad : The Enchanted Night]

Assalamualaikum wrt.


Happy International Woman’s Day to all beautiful ladies out there!



Dengan bertemakan The Enchanted Night, dewan Hostel 1 dihiasi dengan bintang-bintang gemerlapan beserta background istana yang tersergam indah. Majlis sambutan bermula tepat jam 7.15 malam dengan ucapan daripada PIC, Nur Aida Zayani dan kemudian bacaan doa bagi memberkati majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan daripada 3rd year dan 6th year yang berbentuk muzikal. Princess of the Night merupakan acara kemuncak majlis, di mana 7 orang dipilih berdasarkan pakaian dan aksesori yang menepati tema. Kemudian, finalis disoal mengenai isu-isu semasa dan perihal wanita masa kini.


Sejurus selepas itu, persembahan adik adik tahun pertama begitu menyentuh hati apabila diiringi dengan tayangan video mengenai kehidupan kakak-kakak tahun terakhir sepanjang 6 tahun berada di bumi Soviet ini. Persembahan terakhir menyusul dengan teater muzikal Magika yang dipersembahkan oleh pelajar 5th year. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk 6th year dan Princess of the Night. Ia diakhiri dengan upacara “Exchange Gifts” dan sesi bergambar.


Tahniah buat komiti Woman’s Day 2015 dan diharapkan agar majlis ini menjadi salah satu memori terindah buat semua yang hadir.
Wallahualam.

“Sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”







[VOLGOGRAD:Beauty and Besties]


Pada 8 Mac yang lalu, sebuah program bertemakan 'Beauty and Besties' telah dianjurkan di Volgograd sempena perayaan Women's Day di Russia. Mengikuti tradisi, program ini telah dirancang dan dilaksanakan oleh para pelajar tahun ke-2



Memasuki dewan berkumpul di Hiroshima, para-para 'bidadari' yang mengikuti tema pakaian pastel disambut dan diberi doorgift serta sekeping kertas yang ditulis nama kumpulan buat aktiviti yang akan datang. Terdapat kumpulan Ariel, Belle, Jasmine, Tiana, Snow White, Cinderella dan pelbagai lagi. Majlis dimulakan dengan aktiviti ice breaking, kemudian the Rocking Hijab, di mana setiap kumpulan diminta untuk mengayakan cara-cara memakai hijab. Ternyata, sungguh kreatif dan inovatif gaya-gaya yang telah dimodelkan. Majlis disambungkan lagi dengan kuiz dan tayangan video.



Kemuncak acara merupakan talk show tentang Hygiene yang menceritakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan masyarakat dan sharing Its gonna be okay, iaitu sedikit perkongsian tentang kehidupan seorang bakal doktor yang sudahpun berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Majlis diselangi dengan sebuah flash mob 'Silence is betrayal' bagi membangkitkan kesedaran tentang isu saudara-saudara kita di Syria.


Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah buat para pemenang dan upacara mengambil gambar
Tahniah diucapkan buat para pelajar tahun ke-2!



Post a Comment