DIY: SQUARE PILLOW BOX

0 comments
Assalamualaikum.

                   Alhamdulillah,kini bumi bertuah ini mula disinari cahaya matahari. Walaupun cuaca masih dingin namun dengan kehadiran sang matahari membuatkan segalanya terasa berbeza. Tidak diragu lagi,musim panas adalah musim yang paling ditungu-tunggu oleh semua. Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat bumi bertuah ini dibanjiri tulip. Malah mungkin ada yang telah mula merancang perjalanan pulang pada cuti semester yang akan tiba bulan Julai ini.

                   Namun dalam kegembiraan yang kita rasa,pasti ada tercelit sedekit rasa sedih apabila teringat yang kakak-kakak dan abang-abang yang sedang berada di tahun akhir pengajian  akan pulang pada bulan Julai nanti. Jadi sebelum mereka pulang,apa salahnya jika kita memberi mereka hadiah sebagai tanda kenangan-kenangan.Malah pemberian hadiah itu adalah sunah Rasulullah. Tidak perlu hadiahkan barang yang mahal,cukup sekadar benda-benda yang kecil dan murah harganya seperti diari,cawan,bunga,coklat,kek dan lain-lain. Sebenarnya ingatan dan usaha itu yang lebih penting dan bermakna dari wang ringgit.

                  Hari ini kami akan menujukkan cara-cara untuk membuat kotak. Harap ia akan memberi anda idea dan inspirasi.Selamat menonton.(n_n)

credit to: http://www.handimania.com/







"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim
salam..


Post a Comment