Bismillahirahmanirahim
Sempena hari wanita sedunia pada 8 Mac yang disambut baru-baru ini, terdetik dihati saya untuk menukilkan taraf wanita dalam Islam.
Perspektif negatif
Baru-baru ini sewaktu saya sedang membaca buku karya Abu Urwah, kawan saya yang berbangsa cina menegur saya.
“ Since when you are have an interest to read this kind of books?”
“ It just to kill my boredom, you. I’m trying spend my time wisely.”
“ It just to kill my boredom, you. I’m trying spend my time wisely.”
“ Are you going to get married this summer? Because lately I saw you reading those kind of book, for example, Men from Mars Women from Venus, Al-Hijab and the status of women in Islam and many more.”
“Oh, my. Don’t make a wild guess. Hahaha.. Its my hobby to read, and futhermore I can get know more about the status of women in Islam.”
“So, how do Islam look women?”
“Well, kami as muslim memang memandang tinggi terhadap wanita. Bukannya kami mempunyai harapan yang tinggi, akan tetapi kami memandang mereka sebagai satu kemuliaan kepada kami.”
“So, if you say like that, why those Saudi banning women from driving. Some, others country treats women badly. Women nowadays are being abuse. Where is the human right for us as a women?”
“Owh, I understand your concern. It is like this.”
Kemudian, cikgu pun masuk dan perbualan kami tergendala.
Menjawab persoalan.
Saya tidak menafikan ada sesetengah individu tidak menghargai wanita seperti mana yang sepatutnya. Malah ada juga tidak sesetengah negara yang begitu memberatkan sesuatu yang tidak patut menyebabkan wanita kelihatan tiada ruang untuk diri mereka sendiri. Wanita bukan hanya sekadar wanita, tapi mereka adalah seorang ibu, isteri dan anak.
Antara penindasan yang sering berlaku kepada kaum wanita :
- Hak wanita dalam kehidupan mereka
- Hak wanita dalam pembelajaran mereka
- Penindasan seksual
Ini hanyalah sebahagian daripada penindasan-penindasan yang berlaku kepada kaum wanita pada zaman moden ini. Adakah Islam betul-betul menjaga hak wanita?
Dalam Islam, kita tidak boleh menilai sesuatu perkara berdasarkan status ‘Islam’ atau susuk badan seseorang. Jika kita betul-betul mahu mengenai Islam, maka rujuklah kepada 2 sumber asas Islam iaitu Al-Quran dan Hadis (As-Sunnah).
“Aku tinggalkan kamu selagimana kamu berpegang teguh dengannya pastilah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iatu Kitab Allah dan Sunnahku”.
(HR Muslim)
- Hak wanita dalam kehidupan mereka.
Islam banyak memberi kelebihan terhadap wanita tidak kira dari segi manfaat di dunia mahupun di akhirat kelak. Cuba kita bayangkan, kedudukan wanita selaku seorang ibu. Syurga anak-anak mereka berada di bawah tapak kaki ibu mereka! Islam betul-betul menjaga wanita hak-hak mereka sehinggakan agama ini begitu mengambil berat kepada kesihatan mereka, iaitu kitaran haid mereka. Jika, mereka berada di dalam kondisi berhaid atau berhadas, mereka dikecualikan daripada melaksanakan ibadah-ibadah khusus seperti solat dan puasa. Dan dalam islam, kami sebutnya sebagai uzur syari'e.
Penjagaan Islam terhadap golongan wanita bukan hanya memberi arahan tapi Islam turut memberi penyelesaian kepada masalah. Apabila mereka tidak berada di dalam keadaan berhadas, maka menjadi kewajipan bagi mereka untuk menyucikan diri seperti mana lelaki yang berada keadaan berhadas besar perlu menyucikan diri mereka. Inilah persamaan antara lelaki dan wanita di dalam Islam. Islam turut menyelesaikan masalah kekeluargaan dengan adil dan saksama. Pelbagai garis panduan yang Allah telah aturkan bagi memastikan sistem kekeluargaan yang sedia ada terus berlangsung dan tiada perpisahan yang berlaku melainkan kematian. Perceraian dalam Islam adalah satu perbuatan yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah.
Seperti mana sabda baginda SAW ;
“Sesuatu yang halal tetapi dibenci Allah adalah perceraian”
Islam tidak mengalakkan penceraian berlaku sehinggakan langkah-langkah pemulihan rumah tangga sudah ditetapkan. Sama ada ianya sebelum penceraian, semasa penceraian dan selepas penceraian. Betapa prihatinnya Islam terhadap permasalahan ini kerana Islam menjaga keseluruhan aspek keluarga itu sendiri, daripada hak penjagaan anak, hak seorang isteri dan hak seorang suami. Manakala jika berlaku kematian yang menimpa si suami, hak pewarisan harta dilebih-lebihkan kepada golongan wanita berbanding golongan lelaki.
2) Hak wanita dalam pembelajaran mereka
Sabda baginda SAW ;
“Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim” (HR Bukhari)
Adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang beragama islam untuk menuntut ilmu. Akan tetapi kenapa penindasan terhadap keinginan wanita untuk belajar sering disekat dan ditindas?
Pelbagai faktor yang bermain dalam hal ini. Antaranya adalah realiti masyarakat setempat. Sering kali kita dengar kata-kata,” buat apa belajar tinggi-tinggi, akhirnya ke dapur jua.” Pepatah yang melemahkan semangat inilah telah menjadi satu mentaliti masyarakat kita sehingga menyebabkan kemundurkan wanita dari sudut pembelajaran. Mungkin mereka tidak sedar, bahawa golongan Adam juga turut berada di dapur juga sebagai kerjaya mereka. Sebagai contohnya Gordon Ramsey, Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi chef-chef yang terkemuka. Biarpun mereka berada di dapur, minat mereka untuk menuntut ilmu tidak pernah terpadam.
Tambahan pula, kerana masyarakat memandang wanita sebagai seorang insan yang lebih memainkan peranan terhadap rumah tangga sahaja, iaitu mendidik anak dengan didikan yang terbaik. Masyarakat cuba mengehadkan kemampuan wanita sebagai seorang ibu dan isteri yang memasak, mengasuh anak dan mengemas rumah sahaja. Kekeliruan ini adalah satu perkara yang salah. Adalah menjadi satu kepentingan seorang ibu itu untuk mendidik anak-anak mereka. Keterikatan mereka semenjak dari rahim lagi telah membina satu hubungan yang suci dan memudahkan proses pendidikan kepada anak mereka.
Cuba fikirkan macam mana seorang ibu itu mahu mendidik anak mereka jika hanya sekadar tahu membaca ABC sahaja. Jika seorang ibu itu memiliki ijazah PhD dalam pelbagai bidang, bukankah keilmuan mereka dapat membantu mendidik anak-anak mereka menjadi seorang ilmuwan pada masa hadapan. Sebab itulah ibu bapa mencorak masa hadapan anak-anak. Bahkan baginda sendiri memperuntukkan masanya untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada kaum Hawa.
3)Penindasan seksual
Islam begitu menitikberatkan permasalahan sosial. Dulu sebelum turunnya Islam di Jizyah Arab, anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup. Mereka memandang wanita atau anak perempuan adalah satu bala bencana kepada keluarga dan menjatuhkan darjat keluarga. Apabila turunnya islam, budaya masyarakat arab jahiliyah ini terus dihapuskan. Begitu juga dari sudut penindasan seksual. Firman Allah SWT ;
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 30-31)
Di sini kita dapat lihat Allah memperingatkan golongan Adam dahulu untuk menjaga pandangan mereka dahulu berbanding wanita untuk menjaga pandangan mereka dan perhiasan diri mereka (aurat). Beberapa pandangan daripada ahli-ahlinya, penindasan seksual berlaku atas faktor tarikan nafsu dan tindak balas hormon di dalam badan. Di sini, Islam dengan jelasnya berpesan kepada hamba-hambanya untuk menjaga diri mereka.
Nabi juga bersabda,
“Wahai Ali janganlah engkau mengikuti pandangan (pertama yang tidak sengaja) dengan pandangan (berikutnya), kerana bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak boleh bagimu pandangan yang terakhir (pandangan yang kedua).”
Konklusi
| |
Dan begitulah Islam menjaga dan menilai wanita. Tidakkah kamu masih tidak bersyukur?
|
Post a Comment