Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Pada 28 Mac 2014,bertempat di Surau Al-MAI telah diadakan satu sesi kuliah umum bersama Presiden AZAM Russia, saudara Ilham bin Muntari sebaik sahaja selesai solat isyak secara berjemaah.
|
Kuliah ini membincangkan tentang maksud ilmu dan kepentingan ilmu dalam kehidupan umat Islam pada masa kini,dengan mengambil kira peranan yang telah dimainkan oleh ilmu di masa lampau seperti pada zaman kegemilangan tamadun Islam dan juga pada zaman gelap dan renaissance tamadun Barat suatu ketika dahulu.Saudara Ilham juga sempat mengaitkan hubungan antara ilmu dan agama dan bagaimana kedua-duanya saling memerlukan.Akhir sekali,aspek amali tentang ilmu juga ditekankan dengan mengemukakan tanggungjawab seseorang muslim itu terhadap ilmu yang telah diketahui dan dipelajarinya.
Kuliah yang dihadiri kebanyakan dari pelajar MAI ini telah berlangsung selama satu jam setengah dan Alhamdulillah para peserta sangat responsif dan mendengar dengan sangat baik. Semoga hasil positif dari kuliah ini,para pendengar dapat mengambil pengajaran dan motivasi dalam menuntut ilmu dengan lebih gigih lagi.
Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
"Jadikanlah dirimu orang yang alim atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.".. (HR Al-Bazzar).
‘Bersunguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan
– (Imam al-Ghazali Rohimahullah)
Akhir sekali,diharapkan agar kuliah seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang dengan penyertaan lebih ramai lagi para peserta dari semasa ke semasa.InshaAllah.
Wallhua'lam
Post a Comment