Assalamualaikum teman-teman seperjuangan, musafir lalu dibumi soviet ini yang tak pernah lekang menggodek ilmu bagi dibawa pulang bersama rindu.
Bagaimana imanmu?
Bagaimana jiwamu?
Bagaimana akalmu?
Moga semua dalam rahmat Allah.
Nampak gayanya cuti winter bakal berakhir, medan perang ilmu yang dibiarkan sepi seketika bakal bergoncang lagi. Tiada kata cukup dalam mencari ilmu baik ilmu didunia apatah lagi ilmu untuk dibawa ke alam yang kekal selamaya. Sesungguhnya semua itu dari Allah, semoga setiap detik bersengkang mata menuntut ilmu itu adalah kerana-Nya inshaAllah.
Bukan main panjang mukaddimah nya.
Pada kali ini selari dengan permulaan semester baru, team kulinari Azam akan berkongsi resipi dessert yang sangat digemari ramai bagi menemani malam-malam anda. Tak perlu susah-susah beli kat luar, buat sendiri lagi jimat dan sedap.
Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.
-Mixer
-Kek Sponge (50-60rub) / lady’s finger ( 70-80rub)
-Whipping cream/ slivki (pastikan 30% keatas ) *guna dalam 250ml
-Serbuk koko
-Cream cheese
-Serbuk nescafe dan esen vanila
-Air untuk bancuh nescafe.. *bancuh tanpa gula ye
-Setengah cawan gula kastor
Cara-cara nak buat tiramisu:
1. Putarkan whipping cream /slivki sehingga kembang.Ingat ye jangan terlebih putar. Kalau terlebih putar slivki tu akan berketul-ketul nanti.
2. Campurkan cream cheese bersama ½ cawan gula dan 1 sudu kecil esen vanila (kalau tak nak letak esen vanila pun ok) kedalam slivki tadi dan gaulkan sehingga sebati.
-Serbuk nescafe dan esen vanila
-Air untuk bancuh nescafe.. *bancuh tanpa gula ye
-Setengah cawan gula kastor
Cara-cara nak buat tiramisu:
2. Campurkan cream cheese bersama ½ cawan gula dan 1 sudu kecil esen vanila (kalau tak nak letak esen vanila pun ok) kedalam slivki tadi dan gaulkan sehingga sebati.
3. Selepas itu bancuhkan air Nescafe/ coffee tanpa gula.
4. Kemudian celupkan kek sponge/lady’s finger biscuit ke dalam air coffee tersebut (rendam dalam kadar 5 saat sahaja, jangan terlalu lama nanti biskut atau kek akan terlampau basah) kemudian susun didalam bekas.
5. Tuangkan adunan cream cheese dan slivki tadi keatas kek/lady’s finger.
6. Taburkan sedikit serbuk koko keatas lapisan tadi.
7. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga selesai.
8. Biarkan tiramisu di dalam peti sejuk semalaman. Tiramisu anda siap untuk dimakan.
Style it your way and don’t forget to give some to your friends.
Selamat mencuba .
Post a Comment