Bismilllahirahmanirahim
“Bang,
apa pandangan abang pasal hal ini?”tanya Z kepada aku sambil menunjukkan
sesuatu dari skrin telefon bimbitnya.
“Puffff.. hahaha.” Aku tersedak sekejap. Mana tidaknya, aku tengah minum teh
tarik 1 Malaysia tiba-tiba video pasal ‘Miss Pondan” si Z tunjukkan dekat aku.
Dengan cepatnya aku terus meleretkan senyuman kepada Z dan terus bertanya, “ Hurmm, apa masalahnya dengan video ini?”
“Yela, ini masalah besar. Takkan abang
tidak tahu pasal berita transgender menang kes di mahkamah tu. Ini satu
kegilaan yang tidak boleh diterima. Jauh dari norma masyarakat. Sesuatu yang
songsang di sisi agama kita.” luah hati Z dekat aku.
“Personally, abang rasa hal ini juga satu
perkara yang tidak mengejutkan. . Biarpun video ini tidak keluar atau kes
transgender tersebut tidak menang di mahkamah atas dasar GID tersebut, mereka
masih lagi akan bersikap demikian. Kalau dah hati nak jadi sebegitu
, mereka akan pakai juga. Tak begitu ?” aku cuba menjawab persoalan tersebut.
“Ini yang saya risaukan abang. Kalau hal
ini tidak dibendung awal-awal parah Malaysia. Rosak anak bangsa kita.” kata si Z.
“Inilah yang kita cuba lakukan sekarang!”aku
menjawab dengan senyuman yang menyentuh telinga.
“Errrr, apa yang kita buat sekarang?
Mengopi?” si Z cuba berseloroh sambil menghirup kopi jantan yang aku belanja.
Haha.. bukanlah, tapi tarbiyah ini. Dengan
usrah, daurah serta program-program yang membaiki hati ini.” sambil aku cuba tunjukkan
lokasi hati di dada si Z.
“Cuba kita tengok balik. Apakah punca
mereka jadi begitu. Kita boleh berkata, mereka hidup di suasana yang pelik.
Dulu pernah diperkosa oleh ayah mahupun senior sekolah dulu. Pernah merasai
diri meminati lelaki. Merasai diri itu lebih ke arah wanita sebab mak ayah nak
sangat anak perempuan dan sebagainya. Akan tetapi, kita jangan lupa sumber
kehidupan manusia ialah hatinya atau inner side. Tanpa ia, kita boleh jadi robot yang tiada emosi. Kesan hati ini memang hebat. Rosaknya hati, maka rosaklah
perwatakkan kita sebagai manusia. Baikknya hati, maka baiklah perwatakannya.”
Aku cuba menjelaskan.
“Kalau sebegitu rupa jadinya, adakah mereka
masih ada harapan?”soal si Z dengan kekecewaan.
“…..” aku tidak mampu memberi jawapan.
Senyap sendirian.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah
secebis pengalaman aku, mendengar luahan manusia. Tapi ada benarnya, masihkah
mereka itu ada harapan. InsyaAllah inilah ruang untuk aku menjawab persoalan si
Z.
Sesungguhnya
berimannya manusia itu hanyalah keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Dipandu
oleh Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dan kemudiannya diikuti As Sunnah,
yakni amalan atau tingkah laku kekasih-Nya, Rasullulah SAW. Apabila kita bercakap
pasal keimanan, maka ia perlu percaya dengan apa yang telah disampaikan bersandarkan kepada kedua-dua sumber ini. Apabila kita
sudah percaya, maka datanglah kepatuhan kepada arahan Allah dan Rasul-Nya.
Analogi yang mudah. Kenapa kita melazimkan diri kita dengan memakan panadol apabila
sakit kepala atau kenapa kita suka
sangat makan bakso biarpun perut sudah kekenyangan? Kerana kita sudah percaya
dan yakin yang bakso itu sedap biarpun perut sudah penuh manakala panadol itu
mampu menyembuhkan sakit kepala kita ini.
Maka,
dengan ini saya mahu mengajak kita semua yakin yang Allah itu Maha Pengampun.
Yang Allah itu Maha Penerima Taubat. Allah itu Ar Rahman (Maha Pengasih) dan Ar
Rahim (Maha Penyayang). Allah berfirman,
Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah
ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (81:10)
Dimanakah silapnya?
Dalam
kejadian sebegini mahupun sebarang pantang larang yang kita langgar, kita boleh
menudung jari kemana arah sekalipun. Tudinglah ia pada ibubapa, guru yang tidak
pandai mengajar mahupun kepada kawan-kawan yang jahat. Kutuklah atau kejilah
mereka yang menyebabkan kita menjadi orang yang melanggar perintah Allah akan
tetapi perintah Allah mudah sahaja dalam hal ini.
Bertaubat. Bertaubat. Dan teruskan
bertaubat.
Taubat.
Pasti
akan timbul persoalan pada diri kita, taubat itu macam mana? Macam buat cheese
cake atau bentuknya macam CUPPA?
Maka,
taubat itu adalah satu jalan kita untuk memohon keampunan daripadanya. Ianya
tidak memerlukan kita untuk bangun pukul 3-4 pagi ,melaksanakan solat sunat
taubat, baca surah taubah, dan menangis bagaikan bayi yang baru lahir. Bukan
saya mahu mengatakan amalan ini salah, tapi inilah amalan bagi mereka yang sudah
tidak terkesan dengan amalan taubah yang ringkas dan mudah. Jika anda merasakan
diri itu masih melaksanakan dosa yang sama berulang-ulang kali biarpun sudah
berpuluh-puluh kali menyatakan hasrat untuk berubah dan meninggalkan kejahatan
ini, maka buatlah amalan yang hardcore
tadi. Semoga dilembutkan hati dan dipermudahkan jalan anda.
Taubat yang ringkas
Apa
yang dimaksudkan dengan taubat yang ringkas. Ini antara langkah-langkah yang
boleh diambil, mudah-mudahan memberi kesan :
1. menyesali akan kesalahan yang
dilakukan
2. beristigfar sebanyak yang
mungkin
3. menjauhi diri dari kejahatan
tersebut
4. mengingati Allah selalu
5. menggantikan masa yang selalu
dilakukan untuk kejahatan dengan sesuatu perkara yang baik
6. tanam ikrar dan berjanji pada
diri
Ini adalah
langkah pertama yang perlu kita lakukan. Teruskan menyesali perbuatan anda
tersebut biarpun berulang ratusan kali. Anggaplah sesalan adalah satu nikmat yang
Allah berikan kepada kita supaya kita ini selalu mengingatiNya. Memetik hikmah
dari kata-kata Saidina Ali r.a yang lebih kurang macam ini;
“ Aku tidak takut diri ini
ditimpa ujian tetapi aku takut diri ini tidak ditimpa ujian. Kerana aku takut
yang Allah lupa pada diriku.”
Maka anggaplah
ujian itu satu rahmat dari Tuhan kepada kita yang jahil ini.
Banyakkan beristigfar. Ia bukan kalimah
kerana menyesali sesuatu ataupun memohon keampunan dari Allah, akan tetapi
ianya juga satu kalimah tayibbah (baik) dan zikir untuk mendekatkan diri kepada
Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman,
Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari
(Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah
(dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (2: 199)
Kita cuba berhenti merokok, maka jauhkan diri dari tempat merokok, kawan yang merokok dan kedai yang ada jual rokok.
Kita cuba berhenti ber’couple’, maka jauhilah diri dari ‘couple’ dan orang yang
ber’couple’ juga. Bak kata pramugari “ pakailah topeng oksigen anda dahulu
sebelum membantu orang lain.” Kalau tidak mampu menjauhi juga, maka
berhijrahlah sejauh yang mungkin. Ambillah hikmah dari kisah pembunuh 100 orang
yang mahu bertaubat.
Latih diri untuk selalu mengingati Allah.
Lazimkan lidah dengan zikrullah. Penuhi diri dengan aktiviti yang selalu
membangkitkan iman dan perkara yang dapat mendekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita kerana Dia mahu mengingatkan kita akan kesalahan kita sebagai tanda kasih dan sayang-Nya kepada
kita sebagai hamba. Dia tidak mahu kasih sayang ini hanya ada di dunia yang
sementara, tapi berkekalan di syurga sana. Kasih sayang siapa lagi yang kita
dambakan kalau bukan kasih sayang kepada Allah.
Ini juga penting. Kejahatan yang mahu
ditinggalkan perlu digantikan dengan kebaikan yang baru. Jika tidak, anda pasti
akan melaksanakan kejahatan yang lebih teruk dari itu. Jika dulu kita selalu
lepak di kaki lima dengan rokok, maka lepaklah di surau dengan Al-Quran di
mulut. Jika dulu kita selalu dating dengan awek dekat kedai makan, maka datinglah
dengan adik beradik atau keluarga di shopping complex. Jauh dari keluarga,
tidak ada surau dekat kawasan anda? Maka ikutlah saranan dari Allah ini,
"Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia
mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya
Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (27: 11)
Allah berfirman,
'Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah
bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.' (3: 159)
Apabila kita sudah nekad, maka bertawakal
kepada Allah. Selalu berikrar dengan diri kita untuk berada di jalan yang
betul. Beritahu kepada kawan-kawan akan hasrat kita yang mahu membina harapan
baru. Ubah realiti kita dengan mereka. Jika mereka kawan yang baik, pasti
mereka akan menolong kita.
Masihkah ada harapan?
Menjawab
persoalan si Z, masihkah ada harapan bagi kita? Maka jawapannya ialah 'ya'.
Masih
terbuka luas. Mereka yang beriman, menganggapkan dunia ini ibarat check in
hotel.
Kita perlu mengikut peraturan hotel dan tidak boleh buat sesuka hati
kita dekat bilik hotel tersebut. Akibatnya kita akan dikenakan denda apabila
kita check out nanti. Maka gunakanlah kesempatan kita berada di hotel ini untuk
memohon keampunan atas kesilapan dan memperbaiki kesilapan kia yang lalu. Kita
tidak tahu selama mana kita mampu berada di hotel ini, maka bersiap siagakan
diri. Sediakan payung sebelum hujan.
Waallahualam.
Post a Comment