AYUH KENAL SEJARAH RUSSIA!!

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


The one who does not remember history is bound to live through it again.
                          - George Santayana –



Ayuh kenal sejarah Russia !
InshaAllah pada post kali ini , team Local Wrap akan berkongsi sedikit info mengenai beberapa muzium yang berada di setiap lokaliti .

-St Petersburg.-
“ State Hermitage Museum”

 

Muzium ini adalah muzium seni dan kebudayaan di St Petersburg. Ianya merupakan muzium paling besar dan tertua di dunia. Pelbagai koleksi gambar dan barangan sejarah yang terdapat dalam muzium ini termasuk koleksi lukisan terbesar di dunia.
Muzium ini terbahagi kepada 6 bangunan utama, akan tetapi hanya 5 bahagian sahaja ang terbuka kepada orang ramai iaitu Winter Palace, Small Hermitage, Old Hermitage, New Hermitage dan Hermitage Theatre.

Tiket masuk bagi pelancong luar lebih mahal dikenakan berbanding warganegara Russia. Walau bagaimanpun, tiket masuk percuma boleh didapati pada setiap hari khamis minggu pertama pada setiap bulan dan tiket masuk percuma pada setiap hari kepada para pelajar dan kanak-kanak. Untuk pengetahuan anda, muzium ini ditutup pada setiap hari Isnin.

Anda boleh menikmati pemandangan lukisan yang menarik di sini seperti seni lukis Russia, German, British, Perancis, Mesir dan banyak lagi. Jika anda berkunjung ke St Petersburg, tidak sempurnalah kunjungan anda sekiranya anda tidak melawat ke muzium ini. Jadi, pastikan muzium ini termasuk dalam checklist anda! ;)

Waktu operasi : 10:30-18:00 setiap hari kecuali Hari Rabu pada jam 10:30-21:00 (TUTUP : HARI ISNIN)
Bayaran Masuk : 400rub, 350rub, FREE



-Nizhny Novgorod-
“Muzium Kremlin”

 

Mari sama-sama kita singkap sejarah Kremlin Nizhny Novgorod. Kremlin ini menjadi salah satu simbol terkenal bagi mereka yang ingin melawat Nizhny. Ia terdiri daripada 13 menara dan terletak di Ploshad Minina.

Ingin tahu mengenai sejarah Kremlin? Ayuh kita tinjau Muzium Kremlin. Dengan hanya bayaran 60rb, orang ramai berpeluang berjalan sejauh 3km untuk mengelilingi Kremlin dan menikmati pemandangan sekitarnya serta mengunjungi muzium .

Di dalam muzium ini, terdapat sejarah mengenai Nizhny Novgorod, replika Kremlin, replika kapal perang, kisah pemimpin terawal dan artifak peninggalan pemimpin terdahulu. Tingkat 2 muzium ini pula menyediakan pameran mengenai cendawan. Menurut pekerja muzium, pameran ini merupakan pameran berkala dan akan berubah setiap tahun.

Waktu operasi : 10:00-20:00
Bayaran Masuk : 60rub

-Volgorad-
MUZIUM PANORAMA ‘STALINGRAD BATTLE’

 

Muzium Panorama adalah antara muzium utama di Volgograd yang menceritakan tentang sejarah bandar ini. Ianya terkenal dengan lukisan kanvas 360 darjah, bersaiz 16-120m yang memberi gambaran tentang situasi tegang ketika berlakunya Stalingrad Battle dahulu. Lukisan ini telah mengambil masa lebih 20 tahun untuk siap dan merupakan gabungan tenaga 7 orang pelukis. Selain itu, terdapat juga pameran-pameran tinggalan perang, koleksi-koleksi dokumen, poster, gambar dan lain-lain.

Muzium ini juga terletak berdekatan dengan monumen ‘Dom Pavlova’ (rumah yang bertahan selama 58 hari dalam rintangan terhadap pihak Jerman, diambil namanya daripada Sgt. Yakov Pavlov), tinggalan Grudinin Mills (bangunan yang masih berdiri selepas pengeboman Stalingrad) dan tugu Lenin.

Tiket berharga 200 ruble, harga pelajar: 100 ruble. Anda juga boleh menyewa audio guide yang berharga 100 ruble atau menempah tour guide untuk mengetahui sejarah Stalingrad dengan lebih teliti.

Waktu Beroperasi:  Setiap Hari 10:00-18:00 (TUTUP: HARI ISNIN)
 Khamis 10:00-21:00 1 April – 31 Oktober / 13:00-21:00 1 November -31 Mac
Bayaran Masuk: 200rub / pelajar 100rub

-Moscow-
“Museum of Cosmonautics”


Pada 4 Oktober 1964, sebuah tugu ‘Penakluk Angkasa’ telah didirikan di Prospekt Mira di Moscow yang direka bersama oleh arkitek Michail Barsh dan Andrey Kolchin, dan pengukir Andrey Faydish-Krandiyevskiy.

Pada 28 September 1967, kerajaan Soviet telah memutuskan untuk memulakan penubuhan muzium ini di kaki mercu tanda Penakluk Angkasa sebagai memperingati serta menghargai pencapaian negara dalam penerokaan angkasa lepas.

Muzium ini mula dibuka kepada orang ramai pada 10 April 1981 sempena ulangtahun ke-20 penerbangan pertama ke angkasa yang dipandu manusia.

Terdapat pelbagai jenis pameran yang tersedia antaranya mengenai kajian bulan dan planet-planet system solar,sejarah dan budaya angkasa lepas , ruang angkasa dan bermacam-macam lagi . Sekurang-kurangnya 1 jam masa untuk menghabiskan lawatan di muzium ini. Jom kenal ruang angkasa kita . InshaAllah, boleh kita taddabur alam sekaligus kenal dengan Pencipta kita.

Waktu Beroperasi: 10:00-1900. (Hari Khamis 10:00-21:00) TUTUP : Hari Isnin
Bayaran Masuk: 200rub , percuma untuk pelajar yang pamerkan kad pelajar.



Apa lagi?? Jom pergi muzium !!! Jangan lupa bawa kad pelajar untuk dapatkan diskaun.hehe


SELAMAT MENGENAL SEJARAH !!
MOGA MOGA DAPAT MUHASABAH !! :)


Post a Comment