Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt pembaca sekalian.
Insyaallah pada minggu ini Friday Wrap membawakan berita-berita nasional dan
antarabangsa untuk tatapan semua. Semoga bermanfaat!
14,000 pelarian Rohingya diusir
SABTU, 8 NOVEMBER 2014
Umat Islam Rohingya menunggu di luar pusat bantuan kemanusiaan di Sittwe, Rakhine. - Foto AFP |
YANGON - MYANMAR.Kumpulan hak asasi manusia mendedahkan ribuan penduduk
minoriti Islam Rohingya dipaksa meninggalkan Myanmar dalam tempoh tiga minggu
lalu berikutan perancangan terbaharu kerajaan itu.
Menurut Pelan Tindakan Rakhine yang diluluskan kerajaan baru-baru ini, lebih sejuta etnik Rohingya akan dihalau kecuali mereka dapat membuktikan keluarga mereka telah tinggal di negara Asia selama lebih 60 tahun.
"Dalam tempoh tiga minggu lalu, lebih 14,500 penduduk Rohingya telah berlayar dari pantai Rakhine ke Thailand, untuk masuk ke Malaysia,"menurut The Arakan Project, sebuah kumpulan yang memantau pelarian itu.
Rohingya juga bakal berdepan penahanan tanpa bicara di bawah pelan yang memerlukan mereka sama ada menerima pengkelasan etnik dan mendaftar sebagai Benggali atau ditahan.
Sementara itu, Pemerhati Hak Asasi Manusia mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar bagi membatalkan keputusan tersebut. - Press TV
SABTU, 8
NOVEMBER 2014
Perdana Menteri Yaman , Khaleed Bahah yang baharu dilantik - Foto Reuters |
SANAA: Yaman
mengumumkan pembentukan kerajaan dengan 36 anggota bagi membawa keluar negara
miskin itu daripada krisis politik, menurut agensi berita rasmi Saba.
Pembentukan Kabinet
baharu itu semalam, susulan perjanjian damai yang dipersetujui selepas
pemberontak Syiah Huthi menawan ibu negara Sanaa pada 21 September lalu,
tertangguh berikutan ketegangan pihak pemberontak dengan lawan politik mereka.
Amerika Syarikat
(AS) mengalu-alukan pembentukan kerajaan baharu itu dan menggalakkan negara
Arab itu mengatasi perpecahan politik selepas krisis selama beberapa minggu.
Kerajaan baharu itu
turut dianggotai empat wanita dengan seorang daripada mereka diberi portfolio
penerangan dan budaya. Empat lagi anggota Kabinet sebelum ini dilantik semula
manakala tiga lagi bertukar portfolio.
ISNIN, 10
NOVEMBER 2014
Bot nelayan Palestin kelihatan sedang berlabuh di Pelabuhan Gaza - Foto AFP |
BANDARAYA GAZA: Dua
nelayan Gaza dilaporkan cedera manakala empat lagi hilang selepas tentera laut
Israel menembak dua bot di luar pesisiran pantai, kata Perkhidmatan Keselamatan
Hamas hari ini.
Pegawai keselamatan
berkenaan berkata, mereka tidak pasti sama ada keempat-empat mereka yang hilang
itu ditahan oleh Israel.
Tentera Israel pula
mengesahkan, tembakan yang dilepaskan tentera laut itu memusnahkan sebuah bot
yang didakwanya terbabit dalam penyeludupan namun tidak mempunyai maklumat
mengenai empat nelayan yang dilaporkan hilang itu.
Pegawai keselamatan
Hamas berkata, kedua-dua nelayan yang cedera itu dikeluarkan dari pelabuhan
selatan Rafah selepas tembakan Israel memusnahkan kedua-dua bot.
Israel berkata
kapal tentera lautnya mengesan bot yang terbabit dalam penyeludupan dari Mesir
dan melepaskan tembakan amaran terlebih dulu. - AFP
SELASA,
11 NOVEMBER 2014
PENUNTUT sekolah berada di dalam bilik darjah yang rosak akibat dibedil dalam pertempuran puak Hamas dengan Israel di Bandar Gaza, awal bulan ini. - Foto AFP |
PERTUBUHAN
BANGSA-BANGSA BERSATU: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
Ban Ki-moon mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa penyiasatan bagi
menyiasat kematian, kecederaan dan kemusnahan di premis PBB ketika peperangan
di Gaza baru-baru ini.
Jurucakap PBB,
Farhan Haq berkata jawatankuasa bebas lima anggota itu dipengerusikan Patrick
Cammaert, major jeneral bersara Belanda yang pernah berkhidmat sebagai
penasihat Ban.
Menurut anggaran
Palestin, lebih 2,100 rakyat Palestin terbunuh, sebahagian besarnya orang awam,
dalam peperangan 50 hari yang bermula pada 8 Julai lalu.
Kira-kira 72 orang
pula terbunuh di sebelah pihak Israel.
Beribu-ribu
bangunan musnah dan sekurang-kurangnya 223 sekolah di Gaza, sama ada
dikendalikan oleh agensi Pelarian PBB atau kerajaan Hamas, menjadi sasaran
pertempuran itu.
Turut dijumpai di
sekolah PBB ialah tempat simpanan senjata yang tidak digunakan.
Haq berkata
setiausaha agung berharap semua pihak akan memberi kerjasama dalam penyiasatan
itu.
Menurut Haq, dalam
lawatan setiausaha agung ke Gaza pada 14 Oktober lalu, beliau mendapati
kemusnahan yang berlaku adalah jauh lebih dahsyat berbanding perang
Israel-Hamas pada 2009.
Menurut Haq, Ban
berkata tidak ada apa yang lain yang dapat menjadi simbol penderitaan daripada
apa yang dihadapi ribuan keluarga yang berlindung di sekolah Jabalia di bawah
panji-panji PBB.
RABU, 12
NOVEMBER 2014
Warga Palestin sedang memeriksa kerosakan sebuah masjid yang dibakar oleh Israel - Foto AP |
RAMALLAH:
Penceroboh Israel yang menduduki bumi Palestin malam tadi membakar sebuah
masjid berhampiran Ramallah di Tebing Barat, kata pegawai keselamatan Palestin.
"Golongan
pendudukan itu membakar keseluruhan tingkat satu masjid berkenaan di kawasan
Al-Mughayir dekat kawasan penempatan Shilo," kata seorang pegawai
keselamatan.
Sebuah masjid lain
di kawasan sama juga dibakar pada 2012.
Semalam, askar
rejim Zionis itu menembak mati seorang penunjuk perasaan Palestin dalam
pertempuran di Tebing Barat.
Presiden Erdogan
Desak Tindakan PBB Menentang Israel Untuk Al-Aqsa
RABU, 12 NOVEMBER
2014
Presiden Erdogan mendesak tindakan PBB terhadap Israel kerana serangan ke atas Al-Aqsa - Foto Anadolu Agency |
ANKARA - Presiden
Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata pada hari Rabu Majlis Keselamatan PBB harus
mengambil tindakan terhadap Israel kerana serangan ke atas Masjid al-Aqsa, kata
sumber-sumber presiden.
Dalam perbualan
telefon dengan Pertubuhan Kerjasama Islam, Ketua Setiausaha Iyad Ameen Madani
Rabu, Erdogan berkata tindakan Israel telah menciptakan kebencian di seluruh
dunia Islam.
Ketegangan telah
meningkat tinggi di rantau ini sejak akhir bulan lalu, apabila pihak berkuasa
Israel menutup sementara kompleks Masjid al-Aqsa di wilayah pendudukan
Jerusalem Timur selepas pelampau rabbi Yahudi telah cedera dalam penembakan di
Baitulmuqaddis Barat.
Rusuhan bermula
apabila tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin yang muda, yang disyaki
menembak Rabbi, dalam satu serbuan ke atas rumah Baitulmuqaddis Timur itu.
Memburukkan lagi
keadaan, beberapa Ahli Parlimen Israel telah memasuki kompleks al-Aqsa dalam
beberapa minggu kebelakangan ini, gambar kemarahan dari jamaah Islam dan
kecaman rasmi dari negara-negara Arab dan Islam.
Sidang kemuncak Asean bermula hari
ini
RABU, 12 NOVEMBER 2014
NAY PYI TAW - MYANMAR. Sidang Kemuncak Asean ke-25 dan Sidang Kemuncak
Berkaitan lain selama dua hari, yang dihadiri ketua-ketua negara dan kerajaan
negara anggota Asean serta delegasi masing-masing, dirasmikan pagi ini oleh
Presiden Myanmar U Thein Sein.
Ia merupakan sidang kemuncak Asean pertama dihadiri Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-Ocha.
Delegasi Malaysia diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, dua tugas utama yang dilaksanakan Asean sepanjang tahun ini adalah melibatkan usaha mengukuhkan Institusi Asean, sejajar dengan Piagam Asean, dan usaha ke arah mencapai Wawasan Komuniti Asean Pasca 2015.
Presiden Myanmar itu menyuarakan kegembiraan beliau kerana Asean mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang, sejajar dengan tema tahun ini “Moving Forward in Unity, to a Peaceful and Prosperous Community.” (Bersama Maju Ke Hadapan Untuk Membentuk Komuniti Aman dan Makmur).
'Risau kahwin sejenis pun diminta'
KHAMIS, 13 NOVEMBER 2014
· Tun Abdul Hamid Mohamad |
KUALA LUMPUR - Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan
Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan amat luas implikasinya, termasuk membuka jalan untuk
membenarkan perkahwinan sejenis.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, alasan-alasan
yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa
terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.
“Alasan penghakiman itu memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara sekular.
“Alasan penghakiman itu memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara sekular.
“Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat
dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada
seseorang hakim, termasuk yang bukan Islam, hukum syarak akan sentiasa terdedah
kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” katanya.
“Apa yang merisaukan saya ialah alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.
“Bagi saya, jika mereka menerima kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan.
''Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu,” katanya.
Abdul Hamid berkata, sebaliknya hakim itu merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.
“Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu nampaknya terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.
“Apa yang merisaukan saya ialah alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.
“Bagi saya, jika mereka menerima kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan.
''Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu,” katanya.
Abdul Hamid berkata, sebaliknya hakim itu merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.
“Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu nampaknya terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.
“Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku,” kata beliau.
Abdul Hamid berkata, setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes itu beliau mendapati peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia ‘undang-undang jenayah’ yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5 (1) (kebebasan diri), 8 (1) (kesamarataan), 8 (2) (diskriminasi), 9 (2) (kebebasan bergerak) dan 10 (1) (a) (kebebasan bercakap dan bersuara).
Seksyen 66 Enakmen itu memperuntukkan adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian wanita atau berlagak seperti wanita di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Sekian Friday Wrap untuk minggu ini. Semoga bermanfaat.
Wasalam.
Firman
Allah S.W.T
“Dan
apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
inereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku
perkenankanpermohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku maka
hendaklah mereka menyebut suruhan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan
hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta
betul.” (al- Baqarah ayat 186)
Post a Comment