Assalamualaikum w.b.t
Di dalam islam itu sendiri, kedudukan wanita diangkat tinggi. Wanita islam itu sendiri sebenarnya solehah dan produktif sifatnya. Wanita islam itu ibarat pesona di atas pesona.
Ia mutiara terindah dunia,
Bunga terharum sepanjang masa,
Ada cahaya diwajahnya,
Betapa indah pesonanya,
Bidadari bermata jeli pun cemburu padanya,
Kelak ia menjadi bidadari syurga,
Terindah dari yang ada .
(Hanan)
Muslimah yang produktif itu sebenarnya seorang nisa’ yang berjaya mengaplikasikan semua sumber yang ada disekitarnya dengan mempunyai satu misi iaitu ingin menghidupkan hidupnya dengan harapan untuk mendapatkan tempat tertinggi di jannah kelak.Insyallah.
Justeru itu mari kita lihat 10 tips untuk menjadi muslimah yang produktif :
1. Ikhlaskan niat dihati anda
-Apabila kita bermula dengan keikhlasan niat kerana Allah s.w.t, muslimah itu insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala dalam setiap langkah yang mereka ambil.
2. Jadi nisa’ yang proaktif
- Mari kita fokus dalam menjadi muslimah yang proaktif dalam bidang yang mampu mengangkat diri kita untuk mencapai matlamat hidup.
3. Jangan pernah berhenti mencari ilmu
“ Hidup ini terlalu singkat untuk mempelajari semua pengetahuan yang menurutmu menarik.. Jadi, belajar apa yang menginspirasimu, hanya apa yang menginspirasimu “ (Imam Ali)- Ilmu itu sifat nya di mana- mana. Boleh di cari di mana sahaja asalkan kita punyai kehendak untuk mencari ilmu itu sendiri.
-Lebih molek lagi jika ilmu yang kita berjaya timba itu, kita kongsi dengan keluarga, sahabat dan ahli komuniti yang lain
- Tapi janganlah kita berhenti menimba ilmu hingga ke liang lahad
4. Manfaatkan masa yang sifatnya emas itu
- Masa itu jika kita lihat mempunyai nilai yang tinggi. Tiada apa yang mampu merubah masa yang telah berlalu. Maka sewajarnya seorang muslimah itu merancang masanya dengan effektif dan diisi dengan perkara yang bermanfaat. Malah resipi utama untuk menjadi muslimah produktif itu sebenarnya adalah tidak membuang masa
5. Mari ber “Selfie”
- Selfie di sini bermaksud marilah kita cermin diri kita dahulu. Melalui cerminan itu kita ambil sedetik waktu untuk muhasabah kembali tentang diri kita. Dengan cara ini, dapat membantu muslimah itu dalam proses berubah menjadi seorang yang lebih produktif.
6. Mari letak 110% usaha dalam setiap perkara
- Muslimah yang produktif itu akan cuba untuk memberikan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dia laksanakan. Insyallah.
7. Kualiti itu diutamakan dari kuantiti
-Sesungguhnya lebih molek jika kita mampu memberikan kualiti terbaik dalam setiap perkara yang diusahakan. Kuantiti tanpa kualiti itu sama sahaja ibarat jasad yang tiada rohnya.
8. Manfaatkan sumber yang ada
- Setiap sumber yang bermanfaat pasti akan digunakan oleh muslimah produktif itu. Sumber itu misalnya untuk manfaatkan masanya, mengembangkan ilmunya dan juga untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baharu.
9. Beri kebaikan kepada orang lain
- Kewujudan setiap muslimah sejati pasti akan memberi manfaat kepada komuniti sekitarnya. Jadi marilah kita pastikan hidup kita ini dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Salam bersabda: “Selalu wasiatkan kebaikan kepada para wanita. Karena mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan bagian yang paling bengkok dari jalinan tulang rusuk ialah tulang rusuk bagian atas. Jika kalian paksa diri untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika kalian mendiamkannya, ia akan tetap bengkok. Karena itu, wasiatkanlah kebaikan kepada para wanita.” (HR. Al-Bukhari)
10. Percaya kepada Allah S.W.T
-Sentiasalah berdoa kepada-Nya dalam usaha untuk menikmati manisnya dunia dan akhirat kelak.
Maka insyallah moga muslimah produktif itu dapat kita bentuk dan sentiasa dalam kebahagiaan. Moga Ar-Rahman melindungi, merahmati dan merestui perjalanan muslimah itu dalam mencari cinta-Nya yang abadi. Insyallah.
Alhamdulillah.. lepas baca entry ni. rasa lebih semangat nk jadi nisa' yang lbih baik =)
ReplyDelete