“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima
tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang
seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran
berhala.
“Jangan kamu berharap
saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati
Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
Wanita tua itu tetap
berkeras. Panasnya terik mentari. Lemahnya susuk tubuh ini. Seksanya
diperlakukan sebegini. Diwaktu usia tua, kudrat yang lemah pastinya tidak mampu
bertahan lagi. Tidak! Demi Allah yang menguasai seluruh alam. Demi Allah yang
menciptakan insan. Demi Allah yang Maha Penyayang, Maha Adil, Yang Menguasai
Hari Pembalasan. Demi Rasulullah SAW, pemberi peringatan dan perkhabaran.
Sumayyah tetap degil.
Tidak terubah hatinya dengan pujukan dan ancaman. Hati Abu Jahal membengkak.
Panas. Api kemarahan menyala. Lantas matilah kau! Kau hanyalah manusia hina,
seorang hamba. Matilah!
Syahidah yang pertama
dalam Islam. Sumayyah Binti Khayyat (Khabbath). Isteri Yasir, Ibu kepada Ammar.
Terjulang namanya dalam kalangan penghuni Syurga. Martabat wanita Allah
tinggikan sedemikian rupa sehinggakan anugerah Syahid Yang Pertama itu dimiliki
wanita. Alangkah mulianya. Alangkah hebatnya. Dikala teringat akan kisah
Sumayyah, terasa cemburu dengan ketegasannya, kekuatan jiwanya, dan kemuliaan
yang diberikan kepada beliau radiallahu anha.
Lantas kita bagaimana? Bagaimana status Dunia itu di dalam jiwa kita?
”Ya
Rabbi, bila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, bakarlah diriku di
dalamnya. Bila aku menyembah Mu,kerana mengharapkan syurga jauhkan aku dari
sana. Namun jika aku menyembah Mu hanya kerana Engkau, maka janganlah Engkau
tutup keindahan abadiMu”.
-Rabiatul
Adawiyah-
***
Rabiatul Adawiyah. Wali
wanita dari Kota Basra, Iraq yang dikurniakan karamah oleh Allah SWT. Kecintaan
yang luar biasa kepada Allah SWT, sehinggakan beliau hanya beribadah kerana
Allah semata, tidak berhajatkan pahala dan syurga, tidak juga menyembah Allah
kerana takutkan neraka. Sembahnya hanya kepada Allah, Tuhan yang telah
menciptakannya. Dikala teringat kisah Rabiatul Adawiyah, sungguh malu rasa
dalam hati mengenangkan ibadah kita yang tidak seberapa. Yang kita lakukan
kejap cuma, mungkin bersungguh, mungkin juga seperti batuk di tangga. Alangkah
malunya, kalau membandingkan diri kita dengan insan bernama Rabiatul Adawiyah.
Allah telah memberikan kemuliaan dengan mencabut Dunia dari hatinya. Lantas
kita bagaimana? Bagaimana status Dunia itu di dalam jiwa kita? Evaluasi
sendiri. Muhasabahkan diri. Dan rasalah malu dengan ibadah yang dikira sudah
cukup menebus diri.
Kisah dua wanita Syurga
ini pastinya bukan suatu yang asing bahkan dikenali dan sentiasa diulang-ulang
nama mereka ini sejak kita kecil lagi. Hebatnya dua wanita ini setanding bahkan
melebihi pengorbanan lelaki yang sezaman dengan mereka. Kedua-dua mereka
berstatus hamba kepada manusia dizaman mereka, namun status mereka dihadapan
Allah.. MasyaAllah, MasyaAllah..MasyaAllah..hebatnya mereka! Bidadari syurga
pun mencemburui mereka!
Cinta mereka, cinta
hakiki. Bagaimana dengan cinta kita?
Adakah penuh dengan duniawi? Tidak mahu menghentam, tidak mahu menudingkan jari
situ dan sini, sekadar mahu mangajak berfikir untuk kebaikan diri.
Apa KPI (Key Performance
Index) kita terhadap wanita yang hebat?
Apa yang kita lihat pada wanita untuk cukup mengatakan, wah ini wanita yang
hebat? Adakah kita melihat dari sudut kecantikannya, ataukah dari sudut
kekayaannya, ataukah dari sudut kebijaksanaannya, ataukah dari sudut betapa
popularnya dia? Ya dari suatu sudut, mereka hebat dari kaca mata manusia. Itu
hanya didunia. Di akhirat hanya ada satu sudut pandang yang menentukan KPI
kehebatan manusia. Sudut Pandang Allah SWT. Bagaimana kehebatan itu dinilai melalui
sudut pandang Allah SWT? Melalui sudut iman dan takwanya! Bukan betapa mahal
beg Pradanya. Bukan betapa tebal mekap yang dipakainya. Bukan betapa cantik
baju yang diperagakannya. Sudah tentu
Sumayyah dan Rabiatul Adawiyah mengungguli carta di akhirat sana disamping
wanita-wanita Syurga yang lain.
Wahai wanita..
Kita mahu menjadi wanita
yang bagaimana? Sejak dulu Allah telah meninggikan martabat wanita dengan Islam
yang sempurna. Dengan Islam wujudlah insan seperti Sumayyah dan Rabiatul
Adawiyah. Dengan Islam mereka mengenali Allah SWT sebagai Pencipta. Dengan
Allahlah segala kemuliaan.
Siapa yang menghendaki kemuliaan maka
milik Allah segala kemuliaan, perkataan-perkataan baik mendaki kepadanya dan
perbuatan baik, Ia mengangkatnya. Dan mereka yang merencanakan
keburukan-keburukan, bagi mereka siksa yang keras. Dan rencana merekalah yang
akan hancur. (35:10)
Wahai wanita,
Terlalu lama sudah kita
dibelenggu dengan arus jahilyah. Terlalu lama sudah kita meninggalkan kemuliaan
yang Allah kurniakan buat wanita. Terlalu lama. Bilakah akan munculnya
wanita-wanita hebat yang bakal menggoncangkan dunia? Jangan pernah berputus asa
dengan perubahan. Jangan pernah rasa kita tidak mampu mengubah keadaan. Jangan
pernah rasa tidak mampu menjadi seperti wanita-wanita Syurga yang telah menang
dalam perjuangan.
Wahai wanita,
Jadikanlah kisah mereka
menjadi pembakar semangat kita untuk meraih keredhaan Allah. Ingatkan diri kita
bahawa kita adalah wanita yang sangat tinggi martabatnya, namun tingginya
martabat cuma dapat diraih dengan mencintai Allah SWT. Dosa dan pahala hanya
Allah yang tahu. Namun rahmat Allah yang menentukan kesudahan kita kelak. Maka
dekatkanlah diri dengan Allah SWT. Dikala kita berusaha kembali kepada Allah,
disitu tercatit dalam buku kita satu mujahadah kita mencari Allah SWT. Ayuh!
Kita mampu! Menjadi wanita hebat, sehebat mereka biidznillah!!
InsyaAllah. Wallahualam.
Lantas kita bagaimana? Bagaimana status Dunia itu di dalam jiwa kita?
MasyaAllah! Satu penulisan yg mantap. Moga byk hati2 yg diketuj lembut utk terus berjuang membentuk diri menjadi wanita muslimah yg unggul di mata Ilahi!
ReplyDelete