WOMEN'S DAY DI RUSSIA

0 comments



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.


~MOSCOW~


8 Mac 2014- Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya pihak Azam Russia berjaya melaksanakan program Women's Day yang bertemakan ala-ala 'princess' dengan slogan 'Keep Calm and Blossom On'. Program ini telah berlangsung di Kedutaan Malaysia di Moscow,Russia. Majlis bermula pada pukul 10 pagi dengan peragaan fesyen daripada peserta yang terpilih. Antara fesyen yang diperagakan ialah doktor,pelajar,atlet,santai dan juga kampung style. 

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan aktiviti- aktiviti yang menarik di setiap booth, di mana setiap booth tersebut mempunyai tema tersendiri. Antaranya ialah tema masakan, ketokohan wanita, sukan, lifestyle, kesihatan, art dan kesenian dan juga hiburan. Para peserta diminta untuk menyiapkan tugasan di setiap booth bagi mendapatkan sticker. Alhamdulillah setiap aktiviti yang disediakan banyak memberi info menarik mengenai kehebatan dan potensi wanita di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan istimewa daripada pelajar tahun akhir, yang bertemakan persahabatan. Setelah itu, majlis diserikan dengan slot pengisian daripada perwakilan moscow mengenai pengurusan masa dan juga keterampilan.

 Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada perwakilan moscow dan juga pengumuman Queen of the Day dan beberapa anugerah khas. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ajk azam russia dan pihak kedutaan malaysia yang banyak membantu menjayakan program ini. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada para pelajar dan juga tetamu yang hadir yang sanggup meluangkan masa dan tenaga bagi memeriahkan aktiviti women's day 2014. Sesungguhnya wanita ini ibarat bunga-bunga yang sedang berkembang, yang berusaha meengembangkan bakat dan potensi dalam kehidupannya. Hargailah dirimu, kerana dirimu begitu berharga. Jadilah bidadari dunia yang dicemburui bidadari syurga.


~ST PETERSBURG~

 Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang berlangsung pada 8 Mac setiap tahun, warga pelajar di St Petersburg juga tidak ketinggalan menyambutnya. Sambutan ini melibatkan semua pelajar perempuan. Warna tema sambutan adalah warna merah. Pelbagai menu telah disediakan oleh para pelajar di sini. Menu utama sambutan Hari Wanita pada kali ini adalah nasi kerabu. Selain itu, brownies, chocobar, tat buah serta kek turut dihidangkan. 

Sambutan ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun rapi oleh pihak yang mengendalikannya. Antara aktiviti yang dilakukan adalah tayangan video, forum mengenai wanita yang bertajuk "Seindah hiasan adalah wanita solehah", ceramah ringkas mengenai kisah Rabiatul Adawiyah, Saidatina Mariam serta Siti Zulaika. Kuiz fiqh wanita juga turut diadakan bagi membincangkan masalah-masalah kebiasaan bagi seorang wanita. 

Sambutan ini diakhiri dengan sesi bertukar hadiah bagi setiap pelajar. Tidak dapat dinafikan bahawa sambutan ini juga dapat mengeratkan ukhuwah antara pelajar-pelajar khususnya.




~NIZHNY NOVGOROD~

'International Woman’s Day' diraikan tanggal 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia. Berbeza dengan sambutan pada tahun-tahun sebelum ini, tahun 2014 membawa 1001 kenangan manis buat setiap muslimah di lokaliti Nizhny. Dengan tema “Muslimah Getaway” 47 peserta ditempatkan di dalam dua buah cottage di sebuah daerah bernama Bagarodski yang terletak lebih kurang sejam daripada hostel. Cottage yang dilengkapidengan pelbagai kemudahan termasuk sauna, pool dan tempat BBQ telah berjaya menghilangkan stress setelah penat belajar.

Pada hari Jumaat jam 8 malam, semua peserta telah selamat tiba di cottage. Peserta menikmati hidangan BBQ bersama mee goreng dan coleslaw dan seterusnya menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Selain itu, pelbagai permainan telah dijalankan untuk mengeratkan silaturahim antara peserta. Antaranya adalah, Guess Who, Kotak Beracun dan Makeover. Pada hari Sabtu pula, usai solat subuh berjemaah dan bacaan Mathurat, aktiviti diteruskan lagi dengan 'snow ball fight'.

Majlis disudahi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan penghargaan kepada pelajar tahun terakhir. Pastinya setiap peserta tidak dapat melupakan detik-detik indah sepanjang “Muslimah Getaway” ini di samping mengeratkan lagi ukhuwwah yang terjalin. InsyaAllah.





~VOLGOGRAD~


Pada 8 Mac 2014, warga Muslimah 2nd year VSMU telah menganjurkan Muslimah Day bertemakan 'Bidadari Syurga' di masjid Lingoranskaya. Majlis bermula jam 10 pagi dengan sebuah forum berbentuk santai 'Musings of a Muslimah'. Kemudian, para Muslimah telah dibahagikan mengikut kumpulan untuk menyertai aktiviti seperti benang ikatan ukhuwwah, drawing train, ratu bidadari, origami dan sebagainya. Majlis juga diserikan dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiahbagi yang menyertai pertandingan slogan dan silang kata di Facebook. 


Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai jualan makanan seperti karipap, cupcakes, burger Malaysia dan dedications bagi meraikan kawan-kawan, seniors dan juniors. Majlis diakhiri dengan photoshoot bagi setiap batch.

Tahniah kepada para pelajar tahun ke-2 kerana berjaya menganjurkan sambutan Muslimah Day dengan jayanya!



Wallahualam.



Post a Comment