Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum
wbt.
Dari Anas bahawa, “Hendaklah kamu saling memberi
hadiah, karena hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan
kekotoran hati.” (Thabrani)
“Hmmm… di mana eh nak beli hadiah?”
“Rasa-rasa si fulan suka bunga apa?”
“Kalau aku bagi hadiah ni, dia suka tak?”
Ya, persoalan
inilah yang sering bermain di fikiran seseorang setiap kali mereka ingin
membeli hadiah. Ada yang bingung memikirkan hadiah apa hendak dibeli, ada yang
menggaru kepala mencari di mana tempat yang sesuai untuk membeli hadiah atau
bunga.Sang penulis pun selalunya memang banyak persoalan yang timbul di minda
setiap kali ingin membeli hadiah, terutamanya hadiah hari jadi atau hadiah
untuk slot “Exchanging gifts”.
InsyaAllah, kali
ini sang penulis ingin membawa kepada semua di luar sana yang ingin tercari-cari
tempat yang sesuai untuk membeli hadiah.
~MOSCOW~
Ingin mencari hadiah atau barang peribadi dengan harga yang rendah? Kami ingin mengajak anda untuk mencari dan membeli di kedai 'Fix Price'. Jangan terkejut. Kedai ini menjual semua barang dengan harga 38 Rubel sahaja! MasyaAllah, sangat murah! Bukan sahaja cenderahati yang dijual bahkan ada pelbagai barang yang bisa anda dapati seperti barang keperluan harian.
Macam mana ya direction ke sana ? Mudah sahaja. Kedai ini terletak di Metro Yugo Zapadnaya.Mula-mula keluar melaui bahagian kepala metro dan belok ke kanan.Selepas itu jalan terus dan anda akan nampak satu shopping complex (gambar di bawah).Kedai tersebut terletak di tingkat dua.
~KURSK~
Bagi lokaliti Kursk,sang penulis sangat
berminat untuk membeli hadiah di pusat beli-belah Pushkinski, terletak
kira-kira tiga perhentian bas dari KSMU. Kebiasaannya,sang penulis memang suka
membeli hadiah di sini, tidak kira untuk hadiah hari jadi atau hadiah untuk
rakan-rakan tersayang. Contohnya, kedai-kedai yang bernama красный куб (kedai
ini menjual hadiah dan juga perhiasan rumah) dan дочки сыночки (penulis
biasanya membeli “plush toys” di sini).
Sebenarnya,
banyak lagi tempat-tempat lain yang pelajar boleh pergi untuk beli hadiah,
tetapi sang penulis memilih tempat ini kerana pusat beli-belah ini agak dekat dengan
kawasan universiti dan kawasan asrama bagi yang tinggal di Hostel No.5 (dan
senang juga mendapatkan bas untuk ke Pushkinski!), dan harganya yang agak
berpatutan.
Bagi tempat
pembelian bunga, pelajar selalunya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan
bunga sebagai hadiah. Hal ini kerana pelajar boleh membeli bunga di kawasan
Rinak atau mana-mana kedai bunga yang biasanya terpampang papan tanda bertulis
“цветы”. Tambahan pula, musim bunga akan datang tidak lama lagi (walaupun cuaca
Russia yang tidak boleh dijangka), ramai penjual bunga akan berjual bunga di
sekitar kawasan kaki lima.
~ST PETERSBURG~
Lokasi : Leninskiy Prospekt, St Petersburg
Penerangan : Kedai ini terletak berhadapan dengan pusat membeli-belah Karusel (Карусель). Pelbagai jenis bunga yang dijual dengan harga yang berpatutan pada setiap sambutan penting di Russia seperti Hari Wanita. Para penggemar bunga juga boleh mendapatkan bunga-bunga yang segar di sini kerana ianya terletak berdekatan dengan hostel pelajar.
~NIZHNY NOVGOROD~
Di Nizhny Novgorod, terdapat banyak kedai bunga yang terletak berdekatan dengan hostel pelajar. Tak perlu menaiki bas atau tramvai, kerana kebanyakannnya terletak di stesen Surikova. Pelbagai jenis bunga yang dijual, terutamanya, bunga ros pelbagai warna, tulip, gerbera, lily dan sebagainya.
.
~VOLGOGRAD~
Lokasi: sebelah Okei, Piramida, 1st floor
Penerangan: kiosk kecil ini menjual pelbagai variasi accesories seperti beg, alat tulis, gelang, jam, earphone dan sebagainya dengan harga yang berbeza. Sesuai untuk membeli hadiah birthday, woman's day, graduation dan event-event lain
The prophet (pbuh) said,
“Exchange gifts, as that will lead to increase your love to one another” [Bukhari]
Kesimpulannya,jom jadikan amalan memberi hadiah antara satu sama lain untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan meningkatkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain
Walllahualam.
Post a Comment