FRIDAY WRAP (14/03/2014 - 20/03/2014)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembali lagi dalam “Friday Wrap” pada minggu ini memaparkan berita-berita semasa dunia.


Ulama Malaysia Bantah Penggunaan Sihir Bagi Mengesan Pesawat Hilang
Jumaat, 14/03/2014

Kuala Lumpur – Organisasi Islam Malaysia membantah ritual sihir yang dilakukan bomoh, atau dukun bagi membongkar misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Sejumlah tokoh mendakwa bahawa tindakan tersebut adalah sangat memalukan.

“Sesiapa pun yang melanggar prinsip dan fatwa syariah akan diminta untuk membubarkan dan jika menolak, mereka akan kami tangkap”, Zaifullah Jaafar Shidek, ketua Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata.

Tambahnya, hal ini bagi menghindari orang kebanyakan dari perbuatan syirik. Ahmad Fazrin Yahya, Ketua Pertubuhan Ilmuan Malaysia ( Organisasi Cendikiawan Malaysia) mengatakan bahawa sebagai seorang muslim, doa-doa yang ikhlas adalah cara yang terbaik bagi menangani masalah ini. Malaysia Airlines membawa 227 penumpang, termasuk 2 bayi dan 12 awak, hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sekitar jam satu selepas berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sabtu lalu.


Pemerintah Sekular Bangladesh Larang Aktiviti Dakwah
Jumaat, 14/03/2014

Dhaka - Melihat dakwah sebagai sebahagian daripada tugas setiap Muslim terhadap agamanya, muslim Bangladesh telah diseru untuk meneruskan dakwah di negara itu sejak tahun 2009 lagi. Selama beberapa dekad, kegiatan dakwah berkembang di Bangladesh di mana pertemuan massa ( dikenali sebagai Waj Mahfil ) dihadiri oleh ribuan Muslim yang berminat untuk mendapatkan pendidikan, nilai-nilai dan semangat Islam.

"Kerana pengharaman kerajaan, kita tidak menyelenggarakan 5 hari yang panjang ' Waj Mahfil ' di Chitagong sejak 2007," kata Nasir Uddin Ahmad Chowdhury, setiausaha Islami Samaj Kalayn Parisad Chitagong ( Dewan Kesejahteraan Sosial Islam Chitagong ).

Seiring larangan kegiatan dawah, banyak pendakwah yang telah dipenjarakan. Sejumlah besar ulama Muslim ditangkap dan dipenjara oleh kerajaan Bangladesh. Maulana Abdus Sobhan, seorang mubaligh, menambah bahawa ratusan ulama dan mubaligh telah ditangkap oleh kerajaan sekular selama lima tahun terakhir.


Parlimen Jordan Kembali Minta Pengusiran Duta Israel
Jumaat, 14/03/2014

Amman - Parlimen Jordan memberi batas waktu kepada kerajaan Perdana Menteri Abdullah Ensour sehingga selasa untuk mengusir duta besar Israel dari Amman dan memanggil duta Jordan dari Israel untuk kembali.

Rabu lalu, parlimen mengatakan bahawa kepercayaan pada kerajaan Ensour bergantung pada kemampuannya untuk memenuhi tuntutan yang telah ditetapkan pada selasa lalu. Hakim Jordan Raed Ala'eddin Zeiter ditembak mati oleh tentera Israel isnin lalu dekat Jambatan Raja Hussein ( Allenby Bridge ) yang menghubungkan Jordan dengan Tebing Barat.

Parlimen memilih untuk melakukan siasatan atas pembunuhan hakim oleh tentera Israel dan membawa pelaku ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Selasa lalu, Ensour mengatakan kepada parlimen bahawa Israel telah mengucapkan permohonan maaf secara rasmi atas pembunuhan hakim tersebut.


Aktivis Pertahankan Masjid Cordova
Jumaat, 14/03/2014

Madrid - Keinginan Gereja Katolik Sepanyol untuk merampas Masjid Cordoba yang berusia berabad - abad telah dikritik keras oleh kumpulan hak yang menuntut pengakuan akan warisan sejarah Islam yang sangat kaya di Sepanyol.

Menurut juru kempen Sepanyol, Gereja Katolik telah berusaha untuk memadamkan sejarah Islam di masjid Cordoba, yang berabad-abad lalu ditubuhkan. Di tempat agama bersejarah itu, mereka mengedarkan risalah kepada pengunjung termasuk maklumat yang menyesatkan dengan mengabaikan sejarah masjid yang telah berusia lebih dari 1000 tahun itu.

Selain itu, tiket masuk ke laman bersejarah menunjukkan kenyataan yang berbunyi, "Selamat datang di Katedral Santa Iglesia". Masjid Agung Cordoba dibina antara tahun 784 hingga 786 sepanjang pemerintahan Khalifah Abdur Rahman I. Menjadi masjid untuk solat selama lima abad, masjid ini telah diubah fungsinya menjadi gereja sejak Ferdinand III, raja Sepanyol yang merebut Cordoba dari para penguasa Muslim pada tahun 1236.

Namun , tempat ini masih disebut oleh orang Sepanyol dan pelancong sebagai masjid , bukan gereja. Masjid ini menjadi pusat perdebatan baru-baru ini selepas Gereja Katolik berupaya untuk membuatnya menjadi milik gereja bukan lagi milik kerajaan.


Kanada Tamatkan Operasi Ketenteraan di Afghanistan
Jumaat, 14/03/2014

Kabul - Pasukan Kanada telah menamatkan operasi ketenteraan mereka di Afghanistan, demikian keterangan pasukan gabungan yang dipimpin NATO rabu lalu. 

Kanada mengisytiharkan pengakhiran lebih dari 12 tahun operasi ketenteraan besar di Afghanistan saewaktu upacara menurunkan bendera yang dilakukan di markas ISAF (Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa).

Lebih dari 40,000 anggota tentera Kanada dikerahkan ke Afghanistan antara tahun 2001 hingga 2014. Jumlah pasukan asing yang berada di Afghanistan kini sekitar 52,000. Puncak pasukan asing NATO-Amerika yang tergabung dalam ISAF mencapai jumlah tertinggi tahun 2010.


Ansar Beit Al Maqdis Serang Tentera Mesir
Sabtu, 15/03/2014

Kaherah - Kumpulan Ansar Beit al-Maqdis mengaku bertanggungjawab atas serangan bersenjata pada pos pemeriksaan polis tentera di Kaherah utara, yang menyebabkan kematian enam tentera. Dalam satu kenyataan Facebook, kumpulan itu berkata bahawa pihaknya telah melakukan serangan itu selepas mengintip para tentera selama beberapa jam.

Sebelumnya pada hari sabtu, seorang sumber keselamatan mengatakan kepada televisyen kerajaan bahawa dua bom ditemui di dekat pos pemeriksaan, juga telah dimatikan. Tentera menuduh serangan dilakukan kumpulan Ikhwanul Muslimin. Seorang pemimpin senior Ikhwanul Muslimin, pada hari sabtu menafikan terlibat dalam serangan mematikan di Kaherah utara, yang membunuh lima polis tentera tersebut.

"Tidak betul untuk menyalahkan Ikhwanul atas serangan itu tanpa bukti atau siasatan," Amr Darrag, ahli Parti Keadilan dan Kebebasan ( FJP ) sayap politik Ikhwanul Muskimin mengatakan kepada Anadolu Agency.

Beberapa serangan terhadap pasukan keselamatan sejak tentera mengkudeta Mursi Julai lalu dan kira-kira 300 pegawai keselamatan telah terbunuh. Ikhwanul Muslimin, yang mengatakan komited untuk perjuangan tanpa kekerasan, mengutuk serangan khamis lalu dan menuduh kerajaan yang disokong tentera cuba untuk menuduhnya kerana alasan politik.

Kumpulan perjuangan Ansar Beit al-Maqdis telah mengaku bertanggungjawab atas beberapa siri serangan terhadap pegawai keselamatan termasuk percubaan pembunuhan terhadap menteri dalam negeri tahun lalu.


Peguam Uighur Disiksa Hingga Meninggal Di China
Sabtu, 15/03/2014

Urumqi - Seorang peguam muda Uighur di wilayah Xinjiang, China, telah meninggal kerana kecederaan akibat penyiksaan oleh pihak berkuasa China. Gulnar Abdulahat diculik tahun lalu selepas dituduh bahawa dia telah membocorkan rakaman video dari persidangan salah satu pelanggannya yang dijatuhi hukuman mati.

Peguam 30 tahun itu mendakwa bahawa anak guamnya tidak menerima pengadilan yang adil dan dengan membocorkan rakaman ke internet, dia berjaya membuktikan perlakuan buruk terhadap anak guamnya itu.

Abdulahat kemudian dilarang tampil di persidangan, selepas video tersebut dibocorkan. Dia kemudian ditangkap kerana tuduhan seperatism. Keluarganya meminta kerajaan agar dia dibebaskan. Abdulahat dipulangkan dalam keadaan sakit dan cedera teruk. Ketika dia dibebaskan, keluarganya mengatakan bahawa dia tidak mampu berdiri, semua kukunya dicabut, wajah bengkak dan luka di seluruh tubuhnya.

Beberapa hari kemudian, Gulnar Abdulahat telah meninggal kerana kecederaan yang dialami. Menurut radio RFA, selepas kematiannya, pihak berkuasa China juga menangkap orang tuanya.


Pasukan Israel Kembali Serang Jemaah Di Masjid Al Aqsa
Isnin, 17/03/2014

Al Quds - Pasukan Israel melepaskan bom tangan dan peluru getah pada jamaah Palestin di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa di Al-Quds, kata seorang pegawai Palestin. "Pasukan Israel menyerbu kompleks Al-Aqsa melalui Gerbang Al-Selseleh," Sheikh Azzam Al - Khatib, Ketua Pengarah wakaf Muslim dan urusan Al-Aqsa di Al-Quds, mengatakan kepada Anadolu Agency.

Menurut Al-Khatib, sejak pagi hari, pasukan Israel menutup beberapa pintu Al Quds dan melarang lebih dari 500 pelajar Palestin untuk masuk. Langkah-langkah itu sebagai persiapan masa beberapa kumpulan ekstremis Yahudi dan para pengikutnya bagi melakukan upacara ritual pada hari cuti Yahudi, yang dirayakan pada hari ahad.

Naser Qous, penjaga Al-Aqsa, mengatakan bahawa sejumlah jemaah cedera dalam pertengkaran dengan polis Israel dan salah seorang telah cedera. Dalam beberapa bulan terakhir, kumpulan pelampau Yahudi yang sering disertai dengan pasukan keselamatan Israel, telah berulang kali memasuki kompleks Masjid Al - Aqsa. Hal ini menyebabkan konfrontasi dengan umat Islam Palestin.


Tentera Mesir Hancurkan Rumah Sepanjang Sempadan Gaza
Isnin, 17/03/2014

Kaherah - Tentera Mesir dilaporkan terus menghancurkan rumah-rumah bersempadan dengan Gaza dalam usaha untuk menubuhkan zon penampan di sepanjang sempadan. Tentera ingin membina zon penampan selebar 50 meter untuk mencegah penyeludupan dan untuk mengawal terowong di sepanjang sempadan.

Zon penampan akan menjadi kawasan yang mudah dikuasai oleh tentera Mesir, yang boleh dipantau dengan satelit dan peralatan canggih lain. 12 Mac lalu, tentera Mesir mengatakan bahawa mereka telah menghancurkan sebanyak 1,370 terowong bawah tanah antara Mesir dan Gaza yang terkepung.

Warga Palestin menggunakan terowong bawah tanah untuk menghantar bekalan penting, termasuk makanan dan bahan bakar ke Gaza, yang telah disekat oleh Israel sejak tahun 2007. Mesir mula menghancurkan terowong ke Gaza selepas penggulingan bekas Presiden Mesir Mohammed Mursi tahun lalu.


25% Korban Pembunuhan Di Rabaa Al Adawiya ditembak Dari Belakang
Selasa, 18/03/2014

Kaherah - Suruhanjaya HAM Mesir mengatakan bahawa kebanyakan korban dari serangan tentera Mesir terhadap penyokong presiden Muhammad Mursi di Padang Rabaa al-Adawiya, disebabkan oleh tembakan dan bahawa hampir satu perempat mangsa telah ditembak dari arah belakang.

Pada sidang akhbar hari Isnin, Dewan Nasional Hak Asasi Manusia ( NCHR ) mengatakan bahawa sebanyak angka 632 penunjuk perasaan telah terbunuh ketika percubaan pasukan keselamatan untuk meleraikan mereka sepanjang pertengahan ogos tahun lalu.

Hampir 88 peratus kematian daripada operasi keselamatan disebabkan oleh luka tembak, sementara 24 peratus daripada mangsa ditembak dari arah belakang, menurut NCHR. Pada sidang akhbar hari Isnin, NCHR menunjukkan gambar jenazah yang terbakar di balik khemah-khemah dan penembakan terhadap putri pemimpin Ikhwan Muslimin, Mohamed al - Beltagi.

NCHR juga menunjukkan rakaman penunjuk perasaan yang diserang oleh pasukan keselamatan dalam tahanan, bersama dengan kesaksian yang dirakam dari orang awam.


Lembaga HAM Minta Buka Lagi Kes Penyiksaan Tahanan Di Abu Ghraib
Rabu, 19/03/2014

Washington - Sebuah kumpulan hak asasi menyeru pembukaan kembali kes penyeksaan terhadap kontraktor ketenteraan swasta AS yang melakukan soal siasat berkaitan penjara Abu Ghraib di Iraq.

Pusat pengarah hukum Center for Constitutional Rights , Baher Azmy , mengatakan pada hari selasa bahawa empat bekas tahanan Iraq yang mengatakan bahawa mereka disiksa di penjara, perlu dibenarkan untuk mengemukakan tuntutan mereka terhadap CACI Premier Technology Inc.

Pekerja CACI telah dituduh mendorong tentera AS agar mempersiapkan para tahanan untuk penyiksaan dengan kejutan elektrik, kekerasan seksual dan penelanjangan paksa. Pada Julai 2013, seorang hakim AS di Mahkamah Negeri di Alexandria menolak kes yang diajukan oleh warga negara Iraq.

Hakim itu berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menerima ugatan kerana peristiwa itu berlaku di luar kawasan Amerika Syarikat. Syarikat yang berpusat di Arlington itu berdalih bahawa tidak ada bukti bahawa para tahanan pernah berhubungan dengan seorang pekerjanya atau bahawa pekerjanya mempunyai sebarang interaksi dengan tahanan.

Antara 2004 hingga 2006, 11 tentera dihukum di mahkamah kerana penyeksaan dan penderaan seksual terhadap tahanan Iraq .

Tentera Israel Bunuh Remaja 15 Tahun Di Tebing Barat
Rabu, 19/03/2014

Tebing Barat - Pasukan Israel telah melepaskan tembakan dan membunuh seorang remaja lelaki Palestin berusia 15 tahun di Tebing Barat. Sebuah sumber keselamatan Palestin mengatakan bahawa Yussef Sami Shawamreh meninggal pada hari rabu akibat tembakan pasukan Israel di dekat tembok pemisah di dekat desa Al-Ramadin, barat daya Tebing Barat, demikian laporan Press TV.

Sumber itu juga mengatakan bahawa jenazah Shawamreh masih dibawa tentera Israel.
Saksi mata mengatakan pasukan Israel menembak Shawamreh, yang berasal dari kampung Deir al-Asal al-Tahta tanpa amaran. Tentera Israel juga mengesahkan penembakan itu. Namun mengatakan bahawa insiden itu berlaku di lokasi lain di Deir al-Asal al-Tahta, sebelah barat daya dari Hebron (Al-Khalil).

Pada tarikh 11 Mac, pasukan Israel membunuh seorang Palestin, selepas mereka menembak kereta mangsa dekat bandar Tulkarem di Tebing Barat bahagian utara. Sebelumnya pada hari itu, seorang pemuda Palestin juga terbunuh di dekat bandar Ramallah, Tebing Barat. Pasukan rejim Israel melancarkan serangan ke Tebing Barat hampir setiap hari. Secara teratur menyerang rumah-rumah di wilayah Palestin yang diduduki dan menangkap aktivis dan orang awam tanpa diadili.


Rusia Kembali, Muslim Tatar Di Crimea Khuatiri Penindasan
Khamis, 20/03/2014

Crimea - Sewaktu Rusia merayakan penguasaan Crimea ke wilayahnya, Muslim Tatar di semenanjung Laut Hitam menyuarakan kebimbangan kehilangan identiti dan kebebasan mereka di bawah pemerintahan Rusia.

"Mengapa saya tidak ingin menjadi sebahagian dari Rusia?" Mustafa Asaba, pemimpin serantau dari Tatar Crimea. "Kerajaan Rusia tidak boleh diramal, kerana ketuanya adalah seorang diktator”. Muslim Tatar menyuarakan kebimbangan atas kehilangan kebebasan dan menghidupkan kembali kenangan pengasingan dan pendakwaan yang mereka hadapi pada tahun 1944.

“Kami selalu menikmati kebebasan bertindak dan saya fikir bahawa jika mereka menindas kami, kami akan menolak”. Asaba menyatakan. “Akan ada mahkamah dan penjara dan tidak ada yang baik yang akan datang,” tambah pemimpin Tatar tersebut.

Memori tahun 1944 berikutan tindakan keras Joseph Stalin kembali menghantui muslim Crimea.
Sebelumnya pada hari isnin, para pegawai pilihan raya di Crimea mengesahkan keputusan rasmi referendum semenanjung Crimea. Menurut hasil referendum tersebut, 96 peratus suara menyokong Crimea lepas dari pemerintahan Ukraine.

Pada hari Selasa, Presiden Rusia Vladimir Putin telah menandatangani perjanjian yang meletakkan Crimea di bawah kawalan Rusia. Putin mengatakan bahawa semenanjung Laut Hitam akan sentiasa menjadi sebahagian dari Rusia.


Sekian sahaja Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.


"Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar"

(33:35).

*Selamat Hari Wanita Sedunia





Post a Comment