ST PETERSBURG | HI TEA WITH AZAM RUSSIA

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt.




Pada 2 Mac 2014, telah diadakan sebuah program rapat umum bersama warga muslimin Malaysia di lokaliti St Petersburg, anjuran MESSP dan AZAM Russia. Program tersebut merupakan pertemuan santai antara pelajar-pelajar muslim di St Petersburg bersama seorang wakil aktivis AZAM Russia dari Moscow, bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah antara warga St Petersburg dengan AZAM.

Hi Tea (minum petang) ini bermula pada jam 5 petang, bertempat di bilik 924, hostel korpus 1. Seramai 24 pelajar telah hadir bagi meraikan semangat kebersamaan tersebut. Program dimulakan dengan sesi taaruf ringkas, sambil para hadirin dijamu dengan kuih-muih dan minuman teh panas. Usai sesi taaruf, wakil aktivis AZAM Russia dari Moscow, saudara Muhammad Ilham bin Muntari mengambil peluang untuk memperkenalkan AZAM Russia kepada semua hadirin dalam satu sesi interaktif. 



Antara yang diperincikan ialah misi dan visi persatuan AZAM dalam membina modal insan berdasarkan acuan islam yang syumul, serta program-program yang dijalankan, terutamanya program terasnya,iaitu usrah. Selepas pengenalan AZAM dan beberapa soal jawab, saudara Ilham kemudiannya menyampaikan tazkirah ringkas bertemakan kebebasan memilih kebaikan dan keburukan menerusi tadabbur surah as-Shams.
Pada jam 7 petang, program Hi Tea tersebut diakhiri dengan solat Asar berjemaah dan bersurai.
Pihak AZAM Russia mengucapkan jutaan terima kasih kepada MESSP dan warga St Petersburg atas kesudian untuk berukhuwwah.







 Semoga jalinan ikatan kasih sayang berdasarkn iman dan taqwa dapat disemai dengan lebih mendalam dan lebih diberkati Allah azza wa jalla


Post a Comment