Tips: Tidur Berkualiti

1 comments


Bismillahirrahmanirrahim…
Alhmdulillah, selesai sudah STIG X 2013 yang dianjurkan di Volgograd. Tahniah diucapkan buat para pemenang! Bagi yang tidak mempunyai peluang menyarung medal pada tahun ini, jangan bersedih. InshaaAllah tahun depan anda akan dapat mencapai matlamat anda itu. Dan jangan lupa, bersyukurlah sentiasa walau apa jua keputusannya, kerana tentu ada hikmahnya!

Pada kali ini izinkan saya berkongsi beberapa tips untuk membolehkan anda mendapatkan kualiti kerehatan yang optimum. Setelah bergerak secara aktif, sudah menjadi lumrah bahawa tubuh badan kita akan menjadi penat, dan memerlukan rehat. Dan aktiviti rehat yang paling baik untuk badan kita adalah tidur yang berkualiti!

Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti ini?

1) Jauhkan diri anda daripada makanan dan minuman yang berkafein sebelum tidur.

Seperti yang anda semua sedia maklum, kafein berperanan untuk menghalang mata kita daripada mengantuk, lagi-lagi sekiranya peperiksaan makin hampir. Kalau boleh, kita tidak mahu tidur langsung dek mahu menghabiskan ulangkaji pelajaran. Namun, ini adalah cara yang salah. Apabila badan kita kekurangan rehat, ia akan menimbulkan stress pada tubuh kita. Dan selanjutnya, produktiviti kita akan berkurangan dan kualiti ulangkaji kita pun akan menurun juga. Maka, jangan merasakan tidur itu satu perkara yang sia-sia dan boleh ditinggalkan begitu sahaja.

2) Tetapkan jadual tidur anda.

Berapa lama anda mahu tidur? Pukul berapa anda mahu masuk tidur? Dan bila pula anda perlu bangun untuk ke kelas pada keesokan harinya? Inilah soalan-soalan yang akan membantu anda untuk menetapkan jadual tidur anda. Langkah ini akan dapat mengawal biorhythm diri anda, seterusnya memudhakan anda untuk tidur nyenyak dan mendapatkan rehat yang cukup melaluinya. Bahkan, anda boleh juga melatih diri anda untuk bangun berqiamullail!


3) Sediakan ruangan tidur yang selesa

Tilam yang empuk, bantal yang gebu dan selimut yang selesa pasti membuatkan sesiapa sahaja terdodoi di dalam tidur yang nyenyak. Maka, apa salahnya kita mengeluarkan sedikit wang untuk menukar bantal penyek itu demi mendapatkan rehat yang lebih berkualiti. Dengan rehat yang berkualiti, kualiti dan produktiviti diri akan meningkat, dan ini adalah satu pelaburan yang menguntungkan!

4) Matikan computer sebelum tidur

Ada yang berpendapat kita seharusnya mematikan komputer sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur. Hal ini adalah disebabkan apabila kita menggunakan komputer, otak kita menjadi ‘aktif’ dan ini menyukarkan kita untuk tidur dengan nyenyak. Maka, berilah sedikit masa untuk otak anda ‘cool down’ sebentar dan menjadi tenang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

5) Matikan lampu sebelum tidur

Hal ini kadang-kadang dipandang remeh sahaja, namun sebenarnya merupakan satu rahsia kejayaan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Suasana yang gelap memudahkan anda untuk mula tidur. Sebuah penelitian terbaru menemukan bahwa bahkan sejumlah kecil cahaya dari komputer dapat mengganggu produksi melatonin dan mengganggu tidur anda. Maka, pastikan suasana tempat tidur anda kondusif dan bertepatan dengan keperluan tidur anda.

Setelah mendapatkan rehat yang cukup, barulah kita boleh mulakan hari yang baru dengan penuh bersemangat!

“Maka apabila kamu Telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain”
[Surah Al Insyirah, ayat 7]

InshaaAllah, mudah-mudahan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur dan rehat yang berkualiti, dan seterusnya meningkatkan produktiviti!

Wallahua’lam.


1 comment:

  1. Tq for sharing. Simple tapi bermanfaat. Berkesempatan, lawati blog kindhearty.blogspot.com.

    ReplyDelete