Friday Wrap (29 Mac - 4 April 2013)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Friday Wrap pada minggu ini membawakan kepada anda topik-topik semasa dunia.



Palestin sepanjang Mac : 236 ditangkap, 3 syahid

(AHRAR), singkatan bagi Pusat kajian tahanan dan Hak Asasi Manusia melaporkan bahawa tentera Israel telah menangkap 236 orang penduduk Palestin sepanjang Mac 2013. Dari jumlah tersebut, 5 yang ditangkap dari Semenanjung Gaza adalah nelayan.

Berhubung kematian tersebut, AHRAR memaklumkan terdapat 3 kes kematian pada bulan Mac. Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Samih Asfour, 22 dari Ramallah (wilayah Tebing Barat) telah syahid semasa pertempuran menyelamatkan para tahanan Palestin dari penjara pihak penjajah.


Kes kedua turut melibatkan pertempuran dengan tentera penjajah di bandarAl-Khalil, Tebing Barat. Mangsa Terbabit, as syahid Mhamoud Al-Tayti berasal dari Mukahyyam Al Fawwar, Al Khalil dan mangsa ketiga yang berasal dari Ramallah bernama Muayyid Ghazawanah berusia 35 tahun meninggal dunia selepas tentera penjajah melepaskan tembakan bom gas ke arah kereta yang mereka naiki. Pada waktu kejadian, mangsa dikatakan keluar mencari makanan untuk anak-anaknya.


Jumaat, 29 Mac 2013
Perancis Arahkan Penguatkuasaan Anti-Jilbab Dipertingkat Atas Dakwaan 'Islamphobia'


PARIS - Majoriti masyarakat Perancis menyokong peraturan yang lebih ketat terhadap pemakaian tudung di negara Eropah itu, sebuah kajian baru mendedahkan dalam pemberitaan laman France 24, sebagaimana disiarkan onislam.net, Selasa 26 Mac.

83 peratus daripada responden mengatakan mereka setuju pengharaman pemakaian tudung di syarikat swasta. Hasil dari kajian ini dijangka akan mencetuskan perdebatan baru mengenai pemakaian tudung di Perancis.

Pada tahun 2004, Perancis melarang pemakaian tudung di tempat umum. Beberapa negara Eropah turut mengikuti contoh Perancis. Perancis juga melarang pemakaian purdah di depan umum pada tahun 2011. Perancis adalah rumah bagi enam juta minoriti muslim, yang terbesar di sebuah negara Eropah.

Ahad, 31 mac 2013
Berita Kematian Bashar Belum Dapat Disahkan


Tersebarnya isu bahawa Bashar Al Assad telah terbunuh perlu disiasat kebenarannya. Hal ini disampaikan oleh Syaikh Ghoyyats Abdul Baqi seperti yang dilaporkan dalam Bumisyam.com, Sabtu (30/03/2013) melalui kerjasama antarabangsa.

Ulama Syria yang kini tinggal di Arab Saudi menyatakan bahawa dia telah melakukan hubungan dengan semua rangkaian perjuangan di Syria. Banyak kenyataan dari para pejuang dan rakyat Syria sendiri yang tidak mengetahui akan soal itu.

"Saya belum mendapat kepastian kebenaran berita itu hingga saat ini setelah saya menghubungi semua rangkaian perjuangan di Syria," jelasnya.

Syaikh Ghoyyats mengaku sangat gembira mendengar berita tersebut. Dia menilai kematian Bashar Al Assad sebagai kebahagiaan bagi rakyat Syria dan umat Islam sendiri. "Namun jika ini benar berita ini sepatutnya sudah tersebar dangan cepat" katanya lagi.

Melihat fakta tersebut, Syaikh Goyyats sendiri menyimpulkan bahawa berita kematian Bashar masih perlu dipersoalkan kebenarannya.

Isnin, 1 April 2013
Peraturan Baru HAMAS: Sekolah Perlu Pisahkan Murid Laki-laki dan Perempuan




GAZA - Kerajaan Hamas di Gaza akan segera memperkenalkan model sekolah yang berasingan untuk kanak-kanak laki-laki dan perempuan. Selain itu, guru lelaki juga akan dilarang mengajar di sekolah yang khusus buat kaum hawa di Gaza. Peraturan baru ini akan ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan dari Gerakan Islam Hamas.

Pemisahan sekolah laki-laki dan perempuan ini bermula pada usia sembilan tahun. Undang-undang terbaru tentang pemisahan sekolah ini mula dikeluarkan pada hari Isnin 01/04, dan akan dikuatkuasakan pada tahun berikutnya.

Peraturan ini juga akan dilaksanakan di sekolah swasta, sekolah Kristian dan sekolah-sekolah milik PBB. Peraturan ini bukan sebagai halangan namun langkah ini diambil sebagai salah satu cara Hamas untuk mengurangkan ideologi barat dalam kalangan masyarakat.

Setakat ini belum terdapat kritikan dari mana-mana pihak mengenai peraturan yang baru dikeluarkan ini.

Selasa, 2 April 2013
Kebakaran Landa Asrama Sekolah Islam di Myanmar, 13 Pelajar Meninggal


YANGON - Satu kebakaran di sebuah sekolah Islam di Yangon yang meragut nyawa 13 orang kanak-kanak pada selasa pagi dikatakan sebagai satu kemalangan atau kebakaran biasa, setelah berlakunya keganasan terhadap kaum Muslim di Myanmar.

Mangsa-mangsa kebakaran yang kesemuanya kanak-kanak lelaki meninggal selepas kebakaran berlaku di asrama sekolah yang terletak bersebelahan dengan sebuah masjid di Botataung, wilayah multi-etnik di Yangon sekitar pukul 2:40 (20:10 Isnin GMT).

Pihak bertugas mengatakan bahawa mereka masih melakukan penyelidikan dengan lebih lanjut.

"Kami berjasil memadamkan api pagi ini, tetapi kami belum tahu punca kebakaran. Ada banyak khabar angin di luar dan keprihatinan atas hal ini," kata pegawai bomba Myint Aung saat berada di lokasi kejadian, demikian seperti yang dilaporkan dalam laman alarabiya.net.

Menurut catatan rasmi, kerosakan elektrik adalah punca utama kebakaran di Yangon. Namun, pihak Muslim di Myammar mengesyaki punca kebakaran adalah rancangan dari pihak-pihak tertentu. "Kami khuatir dan sedih kerana anak-anak yang tidak berdosa mati," kata salah seorang Muslim di kawasan itu. Pengebumian 13 kanak-kanak lelaki tersebut dilakukan pada Selasa petang.

Warga sekitar asrama dan saksi di daerah Botataung mengatakan pintu ke asrama sekolah telah dikunci untuk keselamatan setelah kekerasan yang berlaku dalam bulan Mac. "Anak-anak sekitar 13 atau 14 tahun, mereka meninggal kerana mereka tidak boleh melompat keluar dari tingkap, yang ditutup oleh jeriji besi," kata Ye Naung Thein, seorang saksi kejadian.

Yangon atau Rangon, adalah bekas ibu negara Myanmar sebelum dipindahkan oleh pemerintah ke Naypyidaw pada tarikh 7 November 2005. Bandar ini tidak terlibat dengan kekerasan anti-Muslim pada bulan Mac walaupun pihak kerajaan mengarahkan pihak polis berkawal di luar masjid dan memerintahkan restoran di beberapa kawasan untuk tutup lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga.

Secara rasmi, 43 orang maut dalam kekerasan yang dikatakan berpunca dari pihak pelampau Buddha, yang meletus di bandar Meikhtila yang merupakan wilayah tengah-tengah Myanmar pada tarikh 20 Mac. Rusuhan tersebar ke sekurang-kurangnya 15 bandar-bandar lain dan kampung-kampung hingga Presiden Thein Sein memerintahkan tentera dan polis bagi membendung rusuhan.

Khamis, 4 April 2013
Muslim di Yunani Akhirnya Dibenarkan Solat di Masjid


ATHENS - Setelah selama bertahun-tahun dilarang melakukan ibadah di masjid, umat Islam akhirnya  dibenarkan melakukan ibadah di sebuah masjid di bandar kedua terbesar di Yunani Thessaloniki.

"Sebuah langkah positif telah diambil ke arah yang benar," Kerim Uras, duta besar Turki di Yunani, berkata dalam Hurriyet Daily News. "Kami mengharapkan bandar lain juga. Saya berharap Athens juga akan menjadi tempat di mana umat Islam boleh beribadah (di masjid)."

Muslim melakukan solat Zohor untuk pertama kalinya dalam 90 tahun di Masjid bersejarah di Thessaloniki awal minggu ini. "Saya sangat gembira dengan perkembangan ini," kata Konsul Jeneral Turki di Thessaloniki, Tugrul Biltekin. "Saya berharap masjid di Thessaloniki dan lokasi lain di wilayah ini akan turut terbuka untuk Muslim."

Masjid ini merupakan salah satu masjid yang dibina di Thessaloniki pada tahun 1902. Namun, tempat ibadah Muslim tersebut ditutup untuk ibadah pada tahun 1923 dan kemudian berubah menjadi ruang pameran.

Terdapat kira-kira 100,000 muslim atau 1.3 peratus dari 10,7 juta penduduk Yunani. Muslim Yunani telah lama memohon untuk membina sebuah masjid besar bagi menampung keperluan agama minoriti Muslim yang terus bertambah. Walaupun terdapat bantahan dari Gereja Ortodoks, kerajaan Yunani telah berjanji untuk mengizinkan pembangunan sebuah masjid di Athens untuk kaum minoriti Muslim di Athens.

Khamis, 4 April 2013
479 pelajar Al-Azhar keracunan makanan





KAHERAH,3/4/2013 - Seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Mesir semalam menyatakan, seramai 479 orang pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami keracunan makanan. Pegawai itu, Khaled el-Khateib berkata, semua 479 kes keracunan makanan itu melibatkan asrama universiti tersebut di daerah bandar Nasr, Kaherah.
Keracunan itu berlaku selepas mereka makan makanan yang disediakan di asrama universiti tersebut kelmarin. Para pelajar universiti itu merancang untuk menunjuk perasaan di luar pejabat universiti kerana marah dengan kejadian tersebut.
Universiti itu milik Masjid Al-Azhar yang merupakan pusat pengajian tertinggi untuk penduduk Islam Sunni. Selain mata pelajaran agama, universiti itu turut menawarkan pengajian dalam bidang sains dan kemanusiaan.
Pihak pendakwa raya mengarahkan siasatan dilakukan berhubung kejadian itu.


Sekian sahaja berita lintasan dunia dalam Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.






Post a Comment