DIY: White board and Schedule Board

0 comments

 Membuat jadual dari bingkai gambar!

Assalamualaikum wrt
Kini Azam Russia membawakan kepada anda cara mengasah kretiviti, cara berjimat dan yang paling penting, cara menyusun jadual anda dengan lebih efisien.

Barang-barang utama yang diperlukan:
1. Bingkai gambar
2. Kertas bersaiz A4
3. Gunting dan gam
4. Riben atau apa-apa alat menghias mengikut kreativiti

Langkah-Langkah
Langkah pertama, buka bingkai gambar anda, dan keluarkan kad atau kertas yang disertakan dengan bingkai semasa dibeli. 

Langkah kedua, balut kad tadi dengan kertas A4 yang telah disediakan. Ataupun untuk lebih mudah, gantikan kad tadi dengan beberapa lapisan kertas A4. Kertas A4 tadi boleh dalam apa-apa warna mengikut kesesuaian dan kegemaran masing-masing.

Langkah ketiga, susun dan tutup semula bingkai gambar anda yang dah pun siap untuk dijadikan papan putih.


Langkah keempat, hias mengikut kreativiti anda!


Selamat mencuba!


Post a Comment