STIG X – PENERUS TRADISI, PENCETUS INTEGRASI, PERKASA JISMI

0 comments


Bismillahhirrahmanirahim

Pada 12-14 April 2013 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya temasya sukan tahunan antara universiti di bandar perwira Volgograd. Temasya yang lebih dikenali sebagai STIG X (Stalingrad Intervarsity Games ke 10) telah disertai oleh 6 buah kontinjen yang terdiri daripada I.M Sechenov First Moscow State Medical University, Nizhny Novgorod State Medical Academy, Kursk State Medical University, Moscow Aviation Institute, Russian National Research Medical University, dan tuan rumah sendiri, Volgograd State Medical University. Perasmian majlis oleh Dato Zainol Abidin, Duta Besar Malaysia ke Rusia telah diadakan di stadium Manesh menandakan acara sukan yang sangat dinanti-nanti ini secara rasminya bermula.





Pelbagai acara sukan telah berlangsung selama 3 hari dari 8 pagi hingga 9 malam. Antaranya badminton, catur, futsal, frisbee, bola baling, bola tampar, ragbi, bola jaring, bola keranjang, ping pong dan takraw. Suasana semangat kesukanan dan kemeriahan dapat dirasakan oleh setiap pelajar apatah lagi amat jarang sekali perkumpulan mega ini berlaku di Rusia atas faktor masa dan jarak yang jauh. Peluang keemasan ini dapat digunakan para pelajar untuk berkenalan, berkongsi pengalaman dan pastinya mengenali bandar Volgograd. AZAM Russia juga mengambil peluang ini dengan membuka gerai jualan makanan dan pelbagai barangan AZAM juga turut dijual.





Temasya gilang gemilang ini berakhir dengan majlis penutupan mengumumkan senarai juara bagi setiap sukan dan juga juara keseluruhan yang digenggam kemas tuan rumah, Volgograd State Medical University dengan 7 emas, 2 perak dan 3 gangsa. Keputusan penuh seperti berikut :

Kontinjen
Emas
Perak
Gangsa
Total
VSMU
7
2
3
12
KSMU
3
2
3
8
RNRMU
3
1
4
8
NNSMA
2
3
2
7
MAI
1
3
2
6
MSMU
-
5
1
6



Diharapkan walaupun sudah berakhirnya STIG X ini , usaha untuk memenuhi salah satu muwasofat tarbiyah tidak berakhir malah berterusan lebih-lebih lagi di musim bunga ini.
Sungguh, moga Allah menempatkan kita dalam golongan yang disebutkan nabi tercinta ;

‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan’ [Riwayat Muslim]


Post a Comment