Malas Itu Ubatnya Rajin!

0 comments

Sahaja Aku Berubah Kerana Allah Ta’ala.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada kita untuk membaca entri ini.Alhamdulillah. Tidak lupa juga selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita semua insya Allah.

Malasnya nak tulis entri ini.Bisikan itu sering berlegar di fikiranku. Arghhh!
Pedulikan semua itu. Itu syaitan punya kerja.Aku tidak boleh kalah dengan syaitan. Camtuhaa.. (trend matlutfi).

Kalau malas-malas, semua pun tak boleh! Haiyaa. [Kredit]

MALAS? Malas itu apa ya? Malas itu adalah sejenis penyakit.Serius ?? Dan awas! Ianya hanya mampu diatasi dengan sifat rajin.

Ya, saya tidak tipu anda. Dan itulah ubatnya, iaitu rajin. Bosannya baca entri ini, asyik malas dan rajin ja.Semua orang dah tahu la. Dah la, malas nak baca.  (Okay, dah nampak permainannya di situ).

Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari penyakit ini. Benar? Kita ini kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas.Bila “time” rajin tu, masya Allah, kalah pembantu rumah. TAPI kalau malas tu, astaghfirullahal’azim.. Tak terbayang dahsyatnya. Bilik dah macam kena gempa bumi. Kerja bertimbun tak siap. Futur macam tahap dewa. (okay, ini over).

Habis tu, nak buat apa? Haa, jom kita cuba baca kisah di bawah ini.

Situasi 1:

Ali        : Ahmad, jom kita pergi surau tu petang nanti. Aku dengar ada ustaz ajar mengaji tiap-tiap petang. Jom la, ajak adek kau skali.

Ahmad: Alaa, malas la pulak. Lagipun ni haa, aku ada banyak kerja xsiap ni. Xpala, kau pergi ja nanti. Kalau aku rajin aku pergi laa. (sedang mencari alasan untuk menyelamatkan diri).

Saya yakin, ramai di luar sana (termasuk yang menulis entri ini) pernah melakukan seperti di atas.Kita boleh lihat , sebenarnya yang menghalang kita melakukan kebaikan hanyalah diri sendiri yang malas. Okay, dah dapat “keypoint” di situ. MALAS. (Tunduk dengan kelemahan diri sendiri).

Situasi 2:

Minah   : Ros, kau masak apa hari ni?

Ros      : Entahlah Minah. Aku malas betol nak masak hari ni. Masak sekadar nak kenyang perut ja. Malas aku nak masak “heaven-heaven”. Lagipon, homework aku banyak tak siap lagi.

Minah : Hurmm, nanti lepas zohor, teman aku pergi shopping nak?  Aku nak beli something la.

Ros      : Boleh aja. Yeayy! Lagipon aku dah lama tak shopping ni. (terus lupa tentang homeworknya yang belum siap)

Oh! Tidak! Jangan begini sahabat-sahabatku sekalian. [Kredit]

Tepuk dahi. Astaghfirullahal’azim. Itulah saya, haiyaa. Kantoi pulak. Saya gurau saja.

Kita sebagai manusia memang tidak dapat melawan 100% fitrah itu. Tapi, kita mampu sebenarnya untuk berubah sedikit demi sedikit. Senyum. Rasa lega sedikit. Alhamdulillah.

Perlu diingatkan bahawa Allah sentiasa memandang usaha kita.Berapa banyak usaha kita untuk terus bermujahadah dan istiqamah dalam perubahan, Allah sedang mengira insya Allah. Jadi, jangan takut dan jangan sedih wahai sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah.

Sebab apa kita tidak perlu sedih dan takut ya? Haa, sebab Allah kan dah janji dengan kita semua.

Seperti firman Allah di dalam al-Quran [ ar Rum 30: 6]

“(Itulah) janji Allah.Allah tidak akan menyalahi janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Sentap pulak rasanya. Allahuakbar. Kita semua tahu yang janji Allah itu tidak ada yang palsu.
Kalau kita tidak dapat rasai nikmat itu di sini, insya Allah di sana pasti menanti. Insya Allah. Semuanya dengan rahmat Allah.

Jadi, mengapa perlu malas. Malas itu bukan sifat manusia. Cuba kita fikirkan, kalau kita malas, apa yang akan kita dapat? Macam cari kerja la jugak, kita hanya duduk di rumah goyang kaki. Adakah kerja itu yang akan memanggil kita? Tidak. Perlu ada usaha, perlu ada doa, dan perlu ada tawakkal hanya kepada Allah.

Semua orang tahu tentang firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka “ (Ar Ra’d 13: 11).

Sahaja aku berubah kerana Allah Ta'ala. [Kredit]

Ya laa, dah tahu. Tapi still malas jugak. Macam mana nak buat ni? Baru-baru saya ada mendengar satu talk. Masya Allah, hebat kalamnya. Sampaikan hati saya terasa sangat-sangat. Alhamdulillah. Haza min fahdli Rabbi. Semua ini hanyalah kurniaan dari Allah semata-mata.

Dipetik dari kata-kata seorang Syeikh  Tawfique Chowdhury , dari videonya ( ada link di bawah insya Allah)

 

Very soon, Allah will give us a massive reward, and make us happy, 
Very soon, o Muslimin, Allah will give us Jannah insya Allah, and make us happy,
Very soon, insya Allah Allah will give us victory and make us happy,
Very soon, we will go to Jannah insya Allah.. insya Allah.

 

 https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=KoqhNz7wD3I

 

Ayuh! Mari kita memperbaharui niat kita mulai saat ini. Insya Allah sama-sama kita berlari menuju Jannah. Sahaja aku berubah kerana Allah Ta’ala. Semoga kita bertemu di Jannah insya Allah. Amin

 

Wallahu’alam.

                                   




Post a Comment