"Simplicity" Peraturan

0 comments

Simplicity Peraturan..

Bismillahirahmanirahim.

“Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita dan kejayaan”.

The choice is yours. [Kredit]
Mata kita sering dikaburi dengan cita-cita dan kejayaan. Demi mengapai kejayaan, kita sanggup lakukan apa sahaja. Tidak teman!!! Matlamat tidak pernah menghalalkan kejayaan. Sesungguhnya setiap jalan menuju kejayaan ada manual yang perlu dipatuhi. Ya, sama sahaja bagi mereka mahukan sorga. Perlu patuhi Al-Quran dan Sunnah. Jika mahukan kejayaan didalam sukan, perlulah patuhi peraturan sukan.

Kenapa perlu patuhi peraturan? Wujudnya manual ini tidak lain tidak bukan mahu menjaga kemaslahatan manusia itu sendiri. Kenapa? Kerana kecenderungan manusia untuk berbuat sesuatu mengikut nafsu mereka, sehingga biarpun ada berpuluh-puluh mata perkara yang salah menjadi titik buta (baca : blind spot). Yang batil menjadi benar. Mudah dihasut oleh pak cik bertanduk dua berwarna merah. Bila ini terjadi, maka hilanglah keharmonian, muka akan saling bermasam-masam. Hilang senyuman yang menawan.

Anda mahu melihat suasana ini? Cuba selami apa yang saya mahu khabarkan. Bayangkan suasana yang mungkin terjadi di pesimpangan jalan. Kemudian, semua orang memandu bagaikan kilat mahu menuju ke destinasi masing-masing. Apa yang mungkin terjadi? Melanggar lampu isyarat, tidak mematuhi peraturan had laju, tidak mematuhi peraturan memotong, disaman, kemalangan atau selamat tiba ke destinasi? Mungkin, anda tidak kisah jika ianya orang lain. Tetapi jika ia melibatkan ahli keluarga anda, orang yang anda hub fillah, orang yang paling anda kasihi? Bagaimana? Masih mahu bersikap jangan jaga tepi kain orang lain?

Sedangkan islam telah mengariskan melalui sabda Rasullulah yang bermaksud:

"Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya".

Tengoklah dan fahamilah, betapa Allah sayang pada kita. Turunnya Al-Quran supaya dijadikan panduan. Lahirnya Rasullulah untuk dijadikan uswatun hasanah. Pokoknya, patuhilah peraturan dalam kehidupan anda. Senyuman dan kemesraan pasti terukir di dalam kehidupan seharian anda.

Mari saya membantu anda dalam memperingatkan beberapa peraturan yang boleh diikuti:

1- Harisun ala waktihi. Jagalah masa anda. Kelewatan anda untuk tiba untuk pertandingan anda, boleh mengakibatkan kumpulan anda didenda ataupun ditendang keluar.

Jaga masa ya. [Kredit]
2- Al-adil. Bersikap adil sebelum bermain, semasa bermain dan selepas bermain. Kegagalan anda bersikap adil menjadikan anda seorang yang zalim. Kerana antonim bagi adil ialah zalim. Jika anda tidak suka dizalimi, begitu juga orang lain tidak suka dizalimi.

3- Al-ghafir. Bersikap pemaaf. Jika anda dikasari, dizalimi, dicekik atau pun dijatuhkan, laa tagdhob (jangan marah), bersabar dan maafkanlah mereka. mereka mungkin tidak menyedari ataupun tidak tahu. Jadi, jika ini terjadi dan anda tidak tahu macam mana mahu menanganinya, tunjukkan sahaja esei ini. insyaAllah dengan berkat doa orang yang dizalimi, terbuka pintu hati mereka nanti.


Izinkan saya akhiri dengan satu ayat, dan mudah-mudahan membangkitkan diri kita untuk beramal.

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (42:20)

Peringatan untuk diri sendiri. [Kredit]


Wallahu'alam.


Post a Comment