Qawiyyul Jismi !!

0 comments
Qawiyyul Jismi !!

Bismillahirahmanirrahim.

Di dalam Islam, segala permainan dan hiburan adalah diharuskan selagi ianya tidak melanggar batas-batas syarak yg telah ditetapkan. Nabi Muhammad S.a.w sendiri tidak melarang utk berhibur dan bermain (bersukan).

Bersukan adalah amalan sihat dan diharuskan dalam Islam, ianya merupakan satu unsur yang menjurus kepada pemantapan fizikal dan secara tidak langsung meningkatkan kecerdasan mental. Sukan yg hendak diikuti dan dilakukan itu mestilah sesuai dan tidak melanggar hukum-hukum syarak.



Ramai orang ambil ringan akan bersenam. Kalau ditanya soalan 'apakah kepentingan bersenam?' pada setiap orang di muka bumi ni, insyaAllah semua boleh jawab. Pendek kata, semua orang sedia maklum akan kepentingan bersenam iaitu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Tapi, masih ramai yang mengabaikannya, masih ramai yang meninggalkannya. Bukan saja golongan yang sudah bekerja (baca: golongan sibuk dengan tugas), tapi golongan pemuda pun turut meninggalkannya.

Ramai lebih suka duduk terperap dalam rumah. Dalam kes yang lebih ekstrim , duduk terperap dalam bilik dan menyihatkan jari-jemari (baca: main video games atau berchatting). Ada juga yang sengaja melepak-lepak di tepi jalan atau jambatan, membuang masa berborak kosong bersama teman-teman. Alangkah ruginya. Bukankah lebih elok kalau pergi bersukan? Sekurang-kurangnya boleh sihatkan badan.

Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana, qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.



Selain itu, sabda Rasulullah SAW :

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)

Sukan boleh menjadi suatu ibadah dan mendapat pahala sekiranya kita menjaga adab-adabnya. Antara adab-adab yang perlu dipraktikkan ialah :

1.Niat untuk meraih keredaan Allah.
> bersukan sambil tidak mengabaikan solat,mendapat pengisian lengkap dari aspek rohani dan jasmani..
> tubuh badan orang bersukan(berpeluh) masih boleh menunaikan solat asalkan ianya tidak terdapat najis
> utamakan waktu solat,barulah pergi bersukan..solat boleh dilakukan dimana sahaja asalkan mengadap kiblat yg satu

2.SUKAN YG MENDATANGKAN MANFAAT
> Sebaik-baik sukan ialah sukan yang dilakukan ada mendatangkan manfaat.
> Manfaat yg bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk pasukan, peminat hinggakan kepada agama, bangsa dan negara sekalipun.

3. MENUTUP AURAT
> Ianya dituntut di mana sahaja selagi berada di tempat awam atau berada di hadapan (ajnabi) lelaki atau perempuan yg halal dinikahi.
> Islam juga mengkhususkan pakaian kaum Muslimin

4. SUKAN YANG TIDAK MEMUDARATKAN
> Semua sukan yg dilakukan adalah bertujuan untuk menyihatkan diri sendiri, bukannya yang boleh mendatangkan kemudaratan.
> Apa sahaja penyebab bahaya/kemudaratan yang menjurus kepada kehancuran adalah wajib untuk ditinggalkan.

5. SUKAN YANG TIDAK MELALAIKAN
> Muslimin atau Muslimah mestilah membatasi setiap perkara yang hendak dibuat agar selaras dengan hukum yang telah ditetapkan.
> Sekiranya sukan yg hendak diikuti itu antara perkara yang melalaikan dan boleh menyebabkan seseorang tersebut meninggalkan kewajipan atau tanggungjawab, ianya telah dikategorikan sebagai melanggar hukum Islam kerana amanah yg diberikan oleh Allah tidak boleh diabaikan.



Dapatlah umat Islam membezakan sukan mana yang patut diikuti dan yang patut dijauhi kerana tiada faedah langsung jika kita bertungkus lumus bersukan dalam keadaan kita melanggar ajaran Allah, sesungguhnya kesihatan itu pula datangnya dari izinNya.

Bersukan yang sepatutnya mendapat keredaan Allah sebaliknya menempah kemurkaan Allah SWT.

Wallahualam.



Post a Comment