iSiswi Games 2013

0 comments

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Moscow, 7 April – Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan karuniaNya pihak AZAM dapat menganjurkan satu pertandingan sukan khusus untuk Siswazah Malaysia di Moscow tidak kira bangsa dan agama iaitu iSiswi Games 2013 (iNtervasity Moscow Siswazah Games 2013) yang  diadakan  di Sport Zal M2, Moscow.  Program ini dianjurkan sempena Hari Wanita yang disambut pada 8 Mac baru-baru ini.

Program ini telah berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 300 peserta yang terdiri daripada beberapa buah universiti iaitu I.M Sechenov First Moscow state (M1), Russian State Medical University (M2), dan Moscow Aviation Institute (MAI). Sudah pastinya program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama para peserta dan juga para penganjur. Selain itu, para peserta telah berjaya memenuhi  salah satu muwasofat tarbiyah iaitu Qawiyyul Jismi (sihat tubuh badan).

Program ini telah dirasmikan oleh Ukh Nurul Iman Binti Zalzilah Rashidi selaku Pengerusi Program Isiswi Games 2013 dan juga selaku Naib Pengerusi Azam Russia dengan menjaringkan gol ‘ala-ala’ futsal.  Antara aktiviti sukan yang disertai oleh para peserta ialah handball, futsal, netball, volley, Frisbee dan juga dodgeball. Kebanyakkan para peserta bermain dua jenis permainan sekaligus. Para peserta juga diingatkan kewajiban mereka sebagai ‘abid Allah untuk melaksanakan solat zuhur berjamaah. “Bermain-main juga, amanah Allah jangan tinggalkan,” itulah salah satu pesanan penganjur kepada para peserta.

Setelah penat beraksi di gelanggang, para peserta mula berasa dahaga dan lapar lantas mencari sesuatu bagi menghilangkan ia. Alhamdulillah, di iSiswi Games 2013, sebanyak 8 buah gerai telah dibuka termasuk gerai Azam bagi memeriahkan lagi program tersebut. Antara juadah yang dijual pada hari tersebut ialah, Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Rojak Buah, kek cokelat, air bandung, sirap dan banyak lagi. Pelbagai aneka barang yang dijual di gerai Azam , contohnya : tafsir Quran, majalah JOM, sarung tangan, tudung mesir, dan banyak lagi untuk keperluan para peserta yang memerlukan ia.

Menang dan kalah adat pertandingan. Itulah lumrah kehidupan kita. Bahkan ia merupakan sunatullah. Sebelum program ini berakhir, majlis penyampaian hadiah bagi para pemenang telah diadakan bagi menghargai semangat kesukanan yang dipamerkan ketika beraksi di gelanggang.







Teringat sabda baginda :
‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan’ [Riwayat Muslim]

semoga kita terus 'haybat' melangkah mencari redha Allah.
wallahu'alam




Post a Comment